GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, August 17, 2014

Syukurlah, PAS berjaya mengembalikan keyakinan kita semua

Syukurlah kerana PAS telah mengambil keputusan yang tepat dan terus kekal bersama PR. Kemelut Isu MB Selangor ini  sepatutnya dapat diselesai segera dan licin setelah diserah kepada Majlis Presiden Pakatan  sejak 15 Julai lalu.

Tetapi ianya telah meleret-leret kerana PAS menangguhkan mesyuarat AJKnya banyak kali tanpa alasan yang jelas -  dari 10 Ogos ke 14 Ogos dan akhirnya ke 17 Ogos.

Saya percaya, jika PAS bermesyuarat lebih awal daripada ini, tentunya kemelut MB Selangor tidak meleret-leret sejauh ini.

Walau apa pun, marilah kita semua rawati luka-luka dan calar balar yang menyelubungi PR dan teruskan perjuangan melawan musuh kita sebenar, Umno.

PAS kekal dalam Pakatan, serah 2 nama calon MB, Wan Azizah dan Azmin 

Orang ramai, petugas, pemimpin PAS dan wartawan memenuhi 
perkarangan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut ketika Presiden 
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) hendak memasuki 
mesyuarat hari ini. – The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2014
PAS hari ini memutuskan untuk kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bersetuju dengan pilihan PKR untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diangkat menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

 Parti Islam itu bagaimanapun turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.

 "PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon menteri besar Selangor.

 "Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Khalid. Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah Dr Wan Azizah dan Azmin," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di Ibu Pejabat PAS hari ini.

 Dua nama itu kemudiannya akan ditentukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung petang ini. – 17 Ogos, 2014.  - SUMBER
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

syukur .keputusan tepat

Haji Jamaludin Haji Ariffin said...

Dengan Nama Allah SWT
Jangan syiok sendiri oooiiii..... Soalan sekarang nak ke? DAP dan Parti laki Bini tuuu.... setuju dengan keputusan PAS untuk menambah satu lagi pencalonan nama untuk di pilih oleh Sultan Selangor ???

mohamad said...

PAS tidak bersetuju TSKI dilucutkan jawatan bergantung hanya semata mata tuduhan serupa PAS tidak bersetujuan DSAI dituduh bermacam dan tidak mendapat pembelaan. Bagaimana sebuah parti islam boleh mengambil keputusan atas dasar syak wasangka. PAS juga perlu menghurmati Sultan dalam perkara perkara yang tidak boleh didedahkan kepada umum, kerana Sultan juga sebahagian daripada kerajaan. Apabila PKR memecat TSKI, beliau bukan lagi ahli PKR dan tidak lagi menjadi ADUN PAKATAN. Pas tidak menyokong TSKI kekal sebagai MB bukan atas dasar pertama tadi tapi atas dasar perundangan. Isu kerjasama dalam Pakatan dan Isu TSKI mempunyai dua sudut yang berbeza. Satu dari sudut dosa dan pahala dan satu lagi dari sudut kerjasama politik. PAS bukan parti autokratik dan jumud, Suara presiden bukan jadi kata pemutus. Suara syura yang jadi kata pemutus. Masalah dedah mendedah, londeh melondeh, ini kerja orang yaang tidak beriman. Pas tidak perlu dipengaruhi olih orang jahil dalam membuat keputusan, Bagi PAS perkara pertukaran MB buakanlah satu masalah yang melanda tapi ia adalah masalah yang dicipta. Sepatutnya yang mencipta masalah berfikir dahulu sebelum bertindak, berbincang dan sama sama mengambil kata sepakat. Yang nampak bersalah adalah PAS, sepatutnya PAS boleh senang lenang tapi malang diheret dalam isu ini dan tak semena mena apabila presiden menyatakan perkara agama, presiden PAS dimaki hamun, dituduh lembab dan sebagainya. DSAI dan kuncu kuncu nya dilihat HERO, malah ada ADUN PAS mengambil tindakan sediri tanpa menunggu Keputusan Mesyuarat PAS. Diharapkan cadangan meletakkan 2 orang calon dipertujuan dalam mesyuarat tergempar PKR. Jika sekira nya PKR bertegas hendakkan DSWAI juga dengan meminggirkan AZMIN maka kita perlu persoalkan kenapa DSAI mahukan sangat DSWAI sedangkan telah dimaklum nama DSWAI akan ditolak oleh sultan. Adakah ini perancangan DSAI untuk menyerah Selangor kepada BN dan merealisasikan rancangan Konsensus National bersama Dato Najib. Dalam keadaan sekarang kalau TSKI bubar DUN, Kemenangan dipihak BN amatlah cerah. Dalam politik jangan percaya sampai dalam perut. 99 % penasehat sultan adalah orang UMNO, Siapa tahu perancangan DSAI, DSWAI, TSKI, DS Najib, UMNO dan pihak istana ingin mengambil Selangor. Usia DSAI semakin lanjut. Mustahil DSAI rela menghabiskan usianya 5 -6 tahun lagi didalam penjara disamping cita cita politik masih belum tercapai. DS Najib mempunyai masalah untuk terus memimpin. Sekarang mereka berdua mempunyai common enemy iaitu Dr. Mahathir dan puak puaknya yang sentiasa mempastikan DSAI tidak punya peluang dalam politiknya dan juga mahukan DS Najib turun dari menjadi PM kerana kepentingan harta dan jawatan anak anaknya.
disamping untuk menghalang kesalahan dan penyelwengan nya semasa menjadi PM akan dibingkar. Kita tunggu dan lihat. Cuma bacaan politik kita biar lebih, banyak buat hipothesis.

Anonymous said...

harap dilantik dua timbalan mb dr pas dan dap utk imbangi kuasa mb.

bat8 said...

Tuan Haji,

Syukur Alhamdulillah dengan keputusan PAS hari ini. Tetapi percayalah ini satu lagi U-TURN yang selalu lihat diulangtayang kepada kita. Tak ada yang mengejutkan.

Satu perkara yang PAS kena faham betul-betul adalah kesan dari tindakan PAS dalam isu kemelut MB Selangor kepada kredibiliti PAS amat parah dan real, tidak seperti U-TURN2 yang s3belum ini.

PAS terutamanya TGHH perlu mengambil tindakan-tindakan drastik dan overhaul PAS jika mahu kekal relevan di areana politik nasional. Lainlah kalau nak jadi ikan bilis seperti s3belumnya.

Pada saya PAS perlu mengambil langkah- langkah ini:-

i. TGHH perlu memperkemaskan PAS itu sendiri. Yang kita lihat selepas tsunami 2008 wujud pelbagai kumpulan didalam PAS yang mempunyai agenda sendiri sehinggga kumpulan-kumpulan ini telah menguasai organ-organ penting PAS seperti MSU dan Dewan Ulamak PAS.

Pada saya terdapat 2 kumpulan utama didalam PAS. Satu golongan ulamak konservatif dan sekumpulan ulamak UG.Basically ulamak konservatif ini seperti Dato Haron Din quite harmless tetapi telah digunakan oleh puak UG untuk memberi kekuatan dalaman didalam PAS. Ulamak konservatif ini sebenarnya satu kumpulan ulamak yang kebingungan dengan kejayaan yang dicapai oleh PAS pasca tsunami 2008. Mereka tidak pasti bagaimana untuk menghadapi dan berperanan didalam suasana baru. Mereka rasa terpinggir kerana mereka tidak mempunyai ilmu untuk menyertai era baru ini. Namun mereka ikhlas dengan Islam dan perjuangan PAS.

Puak UG kita semua tahulah agenda mereka.Agenda mereka hanyalah bekerjasama dengan UMNO at all cost. Mereka cuba menguasai PAS kerana secara individunya mereka tidak mempunyai nilai tambah dimata UMNO. Jadi mereka mahu menggunakan PAS sebagai bargaining power. Kita lihat banyak sabotaj-sabotaj dari kumpulan ini untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat.Jika kita perhatikan kumpulan ini banyak menggunakan ulamak konservatif sebagai front untuk mencapai agenda mereka. Kita lihat bagaimana Dato Haron Din selalu digunakan.

Jadi tugas utama TGHH ialah membersih PAS dari kumpulan kedua ini. Membersih MSU dan Dewan Ulamak yang mereka telah kuasai.

Rapatkan dan hapuskan jurang yang dicipta oleh Puak UG antara golongan ulamak dan prifesional. Kejayaan PAS afalah gabungan keduanya. Ulamakkan golongan profesional dan profesionalkan golongan ulamak.

Keduanya memperkemaskan sistem pentarbiahan dikalangan ahli-ahli PAS dengan sistem yang lebih kemas.

Ketiga, memulakan langkah-langkah untuk memulihkan kredibiliti PAS dimata rakyat terutamanya dikalangan bukan melayu. Percayalah tahap kepercayaan atau trust dari golongan bukan melayu sekarang ini amat rendah. Musnah hampir sepenuhnya angkara kumpulan tertentu didalam PAS.PAS memileki ramai golongan profesional dalam bidang komunikasi dll bidang yang berkaitan dengan pembinaan imej.

Akhir sekali ialah mengambil tindakan drastik menyelamatkan kerajaan PAS Kelantan dari terkubur didalam PRU 14. Tand-tanda begitu jelas. Yang paling mengecewakan ialah MB Kelantan
Berpuluh tahun beliau menjadi Timbalan MB tetapi apabila mengambilalih jawatan MB, nyata tidak berkaliber langsung. Beliau selama puluhan tahun mendapat tarbiah langsung dibawah dagu TGNA bagaimana hendak mentadbir negeri.

Jika perlu tukar kepimpinan kerajaan Kelantan, petlu tukar. Ini sahaja yang tinggal ditangan PAS.

Wisanggeni said...

menarik sekali. semoga sukses.

sizzly7761 said...

Susah TGHA nak bersihkan MSU dari agen UG kerana Din Ayam ada dalam tu... kalau tangkap nanti ayam terlepas tangan bau taik!.. menantu ayah la katakan.

Anonymous said...

OOI...JAGAN BERANGANLAH NAK JADI MB SELANGOR.BELUM SEMPAT JYMPA SULTAN DUN DAH BUBAR HAHAHAHAHA..

Anonymous said...

PAS dah kena tipu bulat2.. last2 tetap juga DSWA juga yg dipilh. Walaupun bagi nama calon lain. Awal2 sokong DSWA kan ka senang. tak la berlarut smpi sekarang. Wayang Kulit lebih, igt PAS berani sangat. Yang nyata PAS layak jadi parti tunggangan PKR n DAP. keputusan yang dipersetujui mesyuarat PR umpama PAS dah ludah tapi jilat balik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...