GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, August 04, 2014

TAMRIN TUN GHAFAR : JANGAN DISEBABKAN TSKI SEORANG HABIS RUMAH YG DIBINA SEJAK BERZAMAN REBAH MENYEMBAH BUMI

Assalam'mualaikum. Mudah2an segala apa yg sedang d hadapi ini akan dapat d selesaikan dengan baik. Isunya ialah MB Selangor dari PKR bukan dari PAS, tapi yg mulai retak ialah PAS dan Pakatan. Anih dan ajaib? Apabila Anwar membuat kenyataan bakal pengganti Khalid, itu dia bercakap bagi pehak Partinya PKR bukan bagi pehak Pakatan.

 Mungkin pada PAS kelemahan Anwar ialah mengumumkan nama pengganti MB sebelum 10/08. Mungkin juga kelemahan kita ialah membuat kenyataan umum juga sebelum 10/08. Mungkin. Kalau itu d katakan kelemahan, PAS juga ada kelemahan nya. Cuba kita renong kembali apa yg telah berlaku semasa PRU13 yg lepas.

 Memungkir janji persutujuan yg telah d capai itu bagi saya kelemahan yg susah hendak d lupakan. Yang sebenarnya selepas Rasullah SAW, tidak ada siapa pun yang maksum. Di hari dan bulan yg mulia ini sebaik2 amalan kita ialah bermaaf2an. Yang lebih baik lagi kita memaafkan sebelum di pinta.

 Musoh sedang menunggu retak menjadi belah.

 Jangan di sebabkan TSKI seorang maka rumah yg di bina sejak berzaman lamanya boleh rebah kebumi. Jangan membiarkan malah mengalakan amalan membisu dan mengampu yg ada pada UMNO menular ke dlm Parti kita. Yang penting ialah perjuangan Parti bukan pemimpin. Pemimpin boleh bertukar ganti.

Ini adalah pandangan ikhlas saya yg mungkin tidak digemari oleh sesetengah pehak, tambah pula ianya datang dari seorang yg baru saja setahun jagung dlm PAS setelah lebih 40 tahun dlm UMNO. UMNO tidak pernah mengecewakn saya tetapi corak kepimpinanya.

 Yang keroh digantikan dengan yg lebih jernih. Semoga kiambang bertaup selepas bidok berlalu. Semoga ALLAH SWT Memberi kesabaran , ketabahan dan kekuatan bagi kita menghadabi cabaran. 

Maaf Zahir dan Batin.
Tamrin Tun Ghafar
Ahad 3 Ogos 2014
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Itu sebab kita minta TSKI berundur , kita tak nak nanti last minit baru mengelupur nak perbetulkan , biar sekarang apa pun nak jadi , yang penting kita tau belang TSKI ni ..... sekarang. Contoh T'ganu & Kedah apa jadi , tak sempat buat pembetulan kerana menjaga perasaan orang tertentu , kita ambil iktibar tersebut. Masa lebihkurang 3 tahun macam-macam jadi.

Anonymous said...

Sesetengah ahli pas berlagak terlalu alim dan sentiasa betul..ingat pertandingan pas dg pkr di 3 dun memang mengaibkan. PAS sepatutnya menunjukkan semangat setia kawan dan teladan tetapi sebaliknya yang berlaku.

Anonymous said...

Stuju dgn tamrin..Masalah berebut jwtn pkr..pas pulak yg kena..pkr dh mmg prangai mcm umno..rakyat marhean nmpk isu tukar mb nie x ubah sperti umno b rebut jwtn..apa lg smpai nk lantik bini jd mb..Ckup2 la..sy sblm nie org yg reaped dgn Anwar n pemimpin pkr..tp bila satu2 prangai terbongkar..sy cuma bole kata kn hampehhh..puii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...