GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, August 12, 2014

Umpama duri dalam daging...menikam dan menusuk ...

Kemelut Menteri Besar ini sepatut telah selesai bila TSKI dipecat dari PKR. 

PKR sebagai peneraju kerajaan PR di Selangor telah memecat TSKI sebagai ahlinya. Maka dimanakah lojiknya, seorang yang bukan lagi ahli dari mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat boleh diterima sebagai Menteri Besar Selangor?

Bahawa Kerajaan Selangor adalah milik Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR.Ia adalah sebagaimana kerajaan PR di Kelantan dimana ianya diterajui oleh PAS dan di Pulau Pinang, kerajaan PR diterajui oleh DAP.


Kenyataan SUA PAS Mustafa Ali  adalah saling tak ubah sama dengan pendirian dan sikap yang diambil oleh Umno.Mungkinkah ini merupakan awal permulaan terwujudnya Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO yang selama ini pernah didedahkan oleh ramai kalangan ahli sendiri tetapi cuba dinafikan oleh kalangan tertentu? 

Umno menyokong Khalid terus jadi MB walaupun Khalid bukan dari kalangan parti Umno.Khalid telah menjadi budak suruhan Umno sejurus sahaja mereka tolong melupuskan hutang pribadi Khalid sebanyak RM70 juta.

 Maka Tarif air dinaikan tanpa berunding dengan parti, meluluskan Langat 2 tanpa keizinan parti di samping melantik kroni umno jadi kontraktor, meluluskan Projek MRT dengan banyak melantik kroni umno, tanpa persetujuan PR juga meluluskan Projek KIDEX, dll. Ini semua  lebih banyak menguntungkan kroni UMNO! Oleh itu tidak ada masalah untuk Umno menyong Khalid.

Apakah sikap dan pendirian PAS ini hanyalah secara kebetulan sahaja menyamai pendirian Umno atau ianya memang sudah disepakati?

Tidakkah pelik PAS boleh menerima orang yang bukan dari kalangan mana-mana parti gabungan PR untuk jadi MB di negeri Selangor yang dikuasai PR?

PAS kini bersekongkol dengan Umno untuk menguasai Selangor, bukankah begitu senarionya sekarang? Ini tidak dapat siapa pun mampu menafikannya lagi.

Walaupun Mustafa Ali kata, "PAS masih bersama Pakatan Rakyat ..." namun tindak tanduk kalangan tertentu terutamanya Dewan Ulama PAS dan Pemudanya dilihat kurang cermat dan kurang bijaksana.Mereka lebih bersikap menikam kawan sendiri dalam PR sambil mendakap Umno!

PAS kini telah menjadi seperti orang yang tidak tahu malu malah kelihatan seolah-olah sudah kehilangan harga diri yang selama ini pernah menjadi daya tarikan orang ramai dari berbilang golongan dan kaum yang menyokongnya.

Pas umpama duri dalam seketul daging PR.Apalah erti sebuah pakatan jika sudah tidak ada permuafakatan? Walaupun PAS dianggap menjelekan oleh rakan-rakannya yang lain, mereka tidak upaya menyingkirkan PAS  kerana tahu bukan semua ahli PAS bersikap sedemikian.

PAS perlu membersihkan dirinya sendiri dari anasir-anasir yang sedang berusama memusnahkan Pakatan Rakyat dari dalam.
Comments
11 Comments

11 comments :

Anonymous said...

Allah berfirman, maksudnya:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Anonymous said...

Salam tuan. Saya agak tertarik dengan komen tuan tentang isu ini, cuma saya agak sedih kerana hampir keseluruhan komen tuan lebih kepada ledakan emosi tuan yg tidak bersetuju dgn tindakan PAS. Adakah tuan menganggap pemimpin2 PAS telah memalukan parti? Pernah tak tuan berfikir, siapa yang mencipta isu ini tanpa berbincang dengan parti2 lain? Tidak memikirkan natijah atas penciptaan masalah ini? Jika dibincang bersama, bertindak bersama..InsyaAllah..masalah yg berserabut ini tak akan timbul.Jangan kerana perancangan yg dibuat gagal, maka org lain perlu menanggung malu bersama, malah rasa2nya lebih dibebankan kpd org lain..muhasabah diri semula. Tak salah jika kita tunggu pilihanraya yang baru, baru kita pilih pengganti MB yg baru...InsyaAllah, Allah bersama-sama orang yang bersabar.

Anonymous said...

Too early to state a stand. Let the process go on properly. By the accept the decision made by any party. The God knows what we dont know.
و مكروا ومكر الاه والله خير الماكرين.

IbnAbdHalim said...

Hasan Ali telah dipecat tapi yg berfikrah sptnya masih ramai dlm kepimpinn Pas.

Anonymous said...

jgn bimbang. kerajaan dokongan pas cuma boleh tahun satu penggal saja! (selain kelantan pimpinan TGNA)

Anonymous said...

Tak fahamlah fikrah sebahagian ahli dan pimpinan pas ni :
1. wala' mutlak pada pemimpin walaupun pemimpin buat salah dan tak mohon maaf pun di atas kesalahan yg dilakukannya.Sedangkan memohon maaf dituntut dalam Islam.

2. Tuduh ahli UMNO hanya tahu angguk sahaja pada pimpinan mereka tp sekarang ni tindakan PAS sama sahaja walaupun pemimpin dah buat kesilapan.

3. Kata UMNO ni zalim, perasuah, penyelewengan, menindas rakyat, tindas negeri2 PR tindas royalti petroleum dan macam -macam lagi keburukan UMNO, tapi nak bersatu pulak dengan UMNO.

4. Banyak kali ditipu UMNO termasuk kena tendang dari Kerajaan, tapi terhegeh -hegeh juga dengan UMNO ni.

Geng UG ni kalau dikata tak pandai politik marah sebab dah isytihar diri mereka FAQEH tp kalau kata BEBAL sesuai kot.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Anonymous 10:09:00am said : Pernah tak tuan berfikir, siapa yang mencipta isu ini tanpa berbincang dengan parti2 lain? - Sila spesifikan dakwaan anda supaya boleh saya memberikan reaksi sewajarnya.TKasih.

Anonymous said...

Anonymous 10.00.Panjang ayat yang tuan tulis tapi apakah tuan selama ini tidak membaca apa juga komen atau apa juga tulisan yang di paparkan.Sikap tuan ini sudah difahami bahawa tuan adalah penyokong Pas yang membabi buta.Apakah selama ini peminpin Pas tidak menyedari apa yang telah Khalid lakukan tanpa kelulusan atau keputusan PR.Jangankah jadi bebal sangat nak tunggu pilihan raya baru dan baru nak tukar MB baru ,segala perlakuan Khalid akan memberi keuntungan kepada BN.dan kita akan terlambat untuk menepisnya,Contohilah Terengganu dan Kedah bagaimana kita bolih terlepas.

Anonymous said...

Izinkan saya mengutip penutup kepada artikel Lim: "Nampaknya krisis ini telah merobekkan persahabatan antara aktivis, sehingga sukar dijalin semula dalam jangka pendek ini. Amat malang apabila kita tidak mengorak ke depan, sebaliknya mundur - sepanjang proses kita mengendali krisis dan masalah dalaman. "Rakyat biasa sudah tentu meluat dengan perselisihan yang tidak berpenghujung, lebih-lebih lagi musim kemarau sedang mengontangkan air empangan Selangor seinci demi seinci. Cuma kita tidak tahu, antara paras air dengan populariti Pakatan Rakyat, yang mana satu yang lebih rendah sekarang?" Terima kasih Lim kerana mengingatkan ...Petikan dari Facebook Ahmad Lutfi Othman

Nazam Ron said...

Penyebar fitnah alhusseyn ni

Alhusseyn Alhusseyn said...

IbnAbdHalim , kata-kata mu adalah benar.Memang masih ramai...muktamar kena bersihkan puak-puak sarkis ni!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...