GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, September 19, 2014

Ahli PAS mahu parti tolak jawatan MB Selangor

PAS mesti menolak pencalonan sebagai menteri besar Selangor sekiranya jawatan itu diberikan kepadanya, kata seorang pemimpin akar umbi dari Perlis semasa muktamar parti hari ini.

 Wan Kharizam Wan Khazim berkata PAS mesti berpegang teguh kepada prinsip integriti yang merupakan kekuatannya dan berpegang kepada janjinya terhadap rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu kerusi menteri besar Selangor milik PKR.

 "Ada kemungkinan jawatan itu diberi kepada PAS. Tetapi kita sudah janji, jawatan itu untuk PKR. Jadi, saya minta persidangan ini buat satu pendirian rasmi yang PAS akan tolak jawatan itu seperti yang kita umumkan pada 17 Ogos," katanya.

 Penganalisis berkata cara PAS menangani krisis menteri besar Selangor menyebabkan orang ramai mula hilang kepercayaan terhadap parti berusia 63 tahun itu. - Baca lagi di sini
Comments
3 Comments

3 comments :

Ridd said...

And the Grammy Awards goes to Iskandar Samad from PAS for new MB Selangor.

Betul ke Tn.GURU HJ HADI......?

RAKYAT DI SELANGOR DAH RIUH RENDAH, SURAT JEMPUTAN PUN DAH EDAR .

Seorang perwakilan Wilayah Persekutuan di Muktamar PAS mengambil peluang Mendoakan Laknat kepada Mat Sabu dan 2 Adun ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) dalam ISLAM ajar ke macam tu? dah tinggi sangat ilmu wakil wilayah persekutuan?

kawan nak bagitau.... tak payah sembang karut wahai penyokong PAS yang kalut ni...kalau hang nak memimpin, hang pastikan orang bukan ISLAM pun yakin dengan hang. kalau hang setakat cakap cakap kat atas pentas tu. jangan jadi pemimpin nak jadi kadi pun pun kawan tak yakin. wajah saje alim rupanya berselindung disebalik Agama. akhir zaman yang jelas.



APACETA BERBELIT BELIT NI.

XUMNO said...

PR terutama PKR cuma ada dua pilihan dalam isu MB Selangor sekiranya Baginda Sultan memilih Azmin atau Ishkandar menggantikan Khalid iaitu terima atau bubar dewan dan pilihanraya bagi negeri Selangor.Jika dewan dibubarkan, PR belum tentu boleh menang dan memerintah kerana rakyat Selangor akan menghukum PR terutama PKR kerana tidak mahu akur dengan keputusan istana.

Anonymous said...

Geng UG daripada yang tua hinggalah yang muda telah menimbulkan rasa meluat dihati anak2 muda dan sederhana yang berminat dengan PAS.. seolah2 PAS ni di miliki oleh ustaz jumud dan ustaz muda yang bajet fakeh!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...