GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, September 14, 2014

Apa agenda Hj Hadi mahu Khalid Ibrahim dikekalkan?

Ketua Pemuada PAS Pusat, Suhaizan Kayat menerima banyak kecaman melalui status gambar laman Face Booknya di sini. Antara komen-komen awal ialah :

Suhaimi Talib :  Yang kata TGHH nak bawa PAS join UMNO ialah propoganda PASMA utk tujuan jatuhkan TGHH...semosga Allah SWT pelihara TGHH dan Ulama2 PAS yg lain nya .. InsyaAllah 
Like · Reply · 15 · 22 hours ago

Nodin Nodin : Itu pun ko nak tanya tok guru?.. Makna nya ko meme bodoh duk percaya propa dr percaya ketua sendiri.. Dlm kes mb selangor umno sokong khalid atau sokong pas x bermakna umno nak bersatu dgn pas atau pas nak bersatu dgn umno!.. UG ni hanya gelaran dicipta oleh sebelah pihak utk memburukkan pihak yg lain dlm pas.. Cubaan membina prasangka.. Dan menarik sokongan.. Ko pun naif sgt atau ko pun bersubahat?
Like · Reply · 14 · 23 hours ago



Walaupun Suhaizan dilihat begitu teliti dan berhati-hati dalam statusnya, puak-puak UG ni dah label Suhaizan Kayat ni masuk dalam list MH! Kesian Suhaizan. Nak buat macam mana?

Boleh baca kenyataan Suhaizan Kayat itu di sini. Saya tak minat nak bubuh kat blog ni sebab nampak macam main sarkis saja...Ha! Ha! Ha! 

Tapi apa kata korang bandingkan dengan kenyataan berikut:

KENYATAAN MEDIA RENTETAN PERTEMUAN PEMUDA PAKATAN DENGAN PRESIDEN PAS

 Saya ingin merakamkan penghargaan AMK kepada Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi Awang Presiden PAS kerana kesudian beliau bertemu saya bersama-sama Ketua DAPSY Teo Kok Seong dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat pagi Jumaat 12 September yang lalu.

 Suhaizan juga telah memberi maklumat ringkas tentang pertemuan tersebut kepada portal Malaysian Gazette.

 Pertemuan itu adalah antara siri pertemuan dengan pimpinan tertinggi parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang dipersetujui Pemuda Pakatan dalam usaha menyelesaikan hubungan dalaman Pakatan berikutan isu Menteri Besar Selangor.

 Cuma yang agak merisaukan saya adalah dalam perbincangan itu apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid.

 Pilihan itu tentulah bertentangan dengan sokongan majoriti ADUN Selangor terhadap Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi MB Selangor. Meskipun isu perlantikan MB belum selesai, tetapi Tan Sri Khalid kini hanya bertindak sebagai MB peralihan yang telah diterima DYMM Sultan Selangor. Apatah lagi Tan Sri Khalid kini hanyalah ADUN bebas tidak berparti.

 Ini ditambah dengan beberapa keputusan yang berubah-ubah sebelum ini malah berbeza dengan keputusan PAS sendiri.

 Sebarang penyelesaian isu ini mestilah dibuat dalam kerangka bersama Pakatan. 

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
TIMBALAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SERI SETIA
13 Sept 2014
Comments
9 Comments

9 comments :

mountdweller said...

A'kum

Mungkinkah ada agenda peribadi atau keluarga?

Boleh dipercayaikah/diterima pakai apa yang Haji Hadi katakan setelah beberapa kali di dalam beberapa isu membuat kornar baring dan u-turn?

Walau pun pengikutnya menyifatkan Hadi adalah Tok Guru kerana mengadakan majlis ilmu di Masjidnya tetapi di dalam politik Hadi menjelma menjadi satu sosok yang berbeza.

MrXYZ said...

apa beza hadi dgn pak lah? tak ada beza. dua2 dgr ckp menantu!

mungkin jika pkr n dap janji kekalkan jawatan menantu abah, hadi akan buat U-turn roundabout somersault kot?

kemungkinan aje...

hari ini tak sama dengan semalam...

bunbinban said...

Lebeh kepada ego je Hadi Awang ni. Bese la, org2 di sekeliling byk bekap dan mendewa-dewakan dia. Belasah org pun sanggup demi Tuang Presideng. Tu yg Tuang Presideng berasa diri dia sentiasa benar.

Anonymous said...

Apa beza pulak dengan anwar. Lagi parah. Dia nak isteri jadi MB. MB woi bukan setakat CEO...

Amuraria said...

macam mamak tongkang kutti punya putar belit daa ! ABU !

Anonymous said...

Trang lgi bersuluh TGHH ialah ejen dlm selimut utk talian hayat Umno.
isu MB slangor sepatutnya dah selesai dgn mudah..tpi TGHH trus brkokok seolah2 mcm ayam yg dah hilang akal...
Sekali pun TGHH ditendang kluar dr PAs pun...imej PAs n PR dah hancuss pasal politik lintang pukang TGHH.
Ahli PAs akan trus wala dgn presiden...PAs akan trus hancusss...

Anonymous said...

Pucuk pimpinan PAs masih yakin yg PAs..konon2 nya masih ada sambutan dr penyokong2...hakikat yg sebenar dikedai2 kopi..PAs skrg jadi bahan kutukan dan maki hamun...bukan saja dr umno tpi ahli PAs sndri yg dah meluat...PAs tak kesah kalo kalah dln pilihanraya..alasan nya dah takdir tuhan...

Anonymous said...

Adun Pas kalo d pilih jd MB Slangor..TGHH akan kata...mmg Pas tak mau jawatan..tapi Pas pun tak akan derhaka pada soltan....
TGHH sndri yg kata politik suku..agama suku..la ni sapa yg 3suku...

Anonymous said...

Bukan pekara pelik kalau Hadi masih sayangkan Khalid Ibrahim dan mahu mengekalkan sebagai menteri besar kerana dalam negeri selangor sudah tersenarai banyak projek yang bakal diwujudkan dalam negeri itu.

Kepentingan yang mahu dipertahankan ialah komisyen projek bagi pihak ketiga. Ini bermakna apabila sesuatu projek yang bakal dilaksanakan pasti ada pihak yang tidak bersetuju dengan projek yang dicadangkan seperti leburaya kidex.

Oleh kerana itu tugas utama PAS dalam negeri Selangor adalah menyokong dan mempertahankan apa jua tindakan Khalid Ibrahim meluluskan projek yang dicadangkan.

Kesimpulan cerita, ia berkait rapat dengan duit.....maka dengan sendirinya kita harus memahami bahawa ulamak yang asyik bercerita tentang akhirat, cerita wala' pada pemimpin perlu duit untuk bagi anak bini makan...dan bergaya.

Apa yang terjadi pada Hadi adalah satu gambaran seorang ulamak yang tidak mampu mengawal nafsu serakahnya tentang hal keduniaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...