GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, September 20, 2014

Apakah di sini lahirnya sebuah cinta seorang Majnun?

Dr Azhar Yaakub menggunakan nama DR Azhari Yaakub ketika 
mewakili PAS Wilayah, Why Doctor? Something fishy somewhere 
Perwakilan Wilayah Persekutuan, Dr Azhar Yaakob berkata, Pas sering melabel Umno tidak berlandaskan syariat Islam namun, ahli-ahli parti itu begitu menghormati presiden mereka.

 "...Kami melihat bagaimana ketika ALLAH menguji musuh politik kami, Umno Terengganu dengan krisis Menteri Besar selepas PRU yang lalu. Kami melihat ia berakhir dengan bertukarnya menteri besar mereka yang lalu.

 "Kami melihat Ya ALLAH bagaimana hanya Presiden mereka yang bercakap, mengarah, dan membuat keputusan. Timbalan Presidennya tidak membantah. Apatah lagi tergamak mengeluarkan kenyataan, konon-kononya itu hanya kenyataan peribadinya (Presiden) saja," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden dalam bentuk doa, hari ini.

 Beliau turut menyentuh soal sikap pimpinan tertinggi Umno yang tidak kemaruk mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Presiden parti.Baca lagi di sini

 Apahal memuji Umno? Tak mahulah nak tuduh UG ke apa benda. tapi nak tanya Dr Azhar Yaakob :  Apakah di sini lahirnya sebuah cinta seorang Majnun seperti enta?

Adakah ini Perhimpunan Agong Umno (PAU) atau Muktamar PAS? Belum pernah lagi Umno memuji PAS dalam PAU mereka. Tetapi menghina mengkeji PAS adalah perkara yg biasa bagi mereka.

  Adalah sangat pelik, apabila dalam Muktamar kali ini, PAS menghina pemimpin sendiri dan pemimpin rakan parti gabungan tahalluf siyasi.

 Krisis MB Terengganu ada tidak ada kena mengena  langsung dengan situasi krisis MB di Selangor yang melibatkan 3 komponen rakan parti Pakatan Rakyat. Di Terengganu hanyalah krisis dalaman sesama Umno.

 Dalam krisis MB Terengganu, Timbalan Presiden Umno tidak membantah kerana tindakan menukar Ahmad Said itu adalah keputusan Majlis Tertinggi Umno. Presiden mereka akur dengan keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.Jadi apa yang perlu dibantah oleh Timbalannya? 

 Dr Azhar Yaakob menyebut : 

 “….. Apatah lagi tergamak mengeluarkan kenyataan, konon-kononya itu hanya kenyataan peribadinya (Presiden) saja.”

 Beliau menyindir Hj Mohd Sabu dan Mahfuz Omar kerana memberikan penjelasan keadaan sebenar kepada publik yang terpinga-pinga dengan kenyataan Hj Hadi tersebut (menyokong Khalid).

 Selaku Timbalan Presiden dan Ketua Penerangan Pusat mereka perlu menjelaskan bahawa kenyataan Hj Hadi menyokong Khalid dikekalkan sebagai MB Selangor itu bukan keputusan PAS kerana PAS belum lagi bermesyuarat. Salahkah kenyataan mereka ini? Kalau dah bukan keputusan PAS, salahkah kalau mereka kata bahawaa kenyataan Hj Hadi itu adalah kenyataan peribadi?

 Hj Hadi dalam mesyuarat bersama AJK PAS Pusat pada 17 Ogos telah menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon pertama dan Azmin sebagai calon kedua. Ini adalah diluar dugaan sama sekali oleh kesemua AJK kerana sebelum ini Hj Hadi begitu mempertahankan Khalid. Maka mereka semua menyatakan bersetuju. Tiada yg membantah. Semua rakan gabungan Pakatan Rakyat turut gembira mengenainya.

 Tetapi, pada 22 Ogos, PAS telah enggan menandatangani surat akuan menyokong nama calon yg telah dipersetujui untuk dipersembahkan kpd Sultan bagi melantik Dr Wan Azizah. 

  Maka terpaksalah AJK PAS bermesyuarat lagi pada 25 Ogos kerana mahu mengatasi masalah ini. Namun kali ini berlaku sedikit pertelingkahan. Sidang akhbar yang diadakan selepas mesyuarat tidak dihadiri bersama oleh Presiden dan Timbalannya.Mesyuarat gagal untuk memansuhkan keputusan meyuarat 17 Ogos lalu.Tiada apa-apa perubahan.

 Tetapi Hj Hadi telah hijacked dan membuat keputusan sendiri. Beliau hantar sendiri nama-nama selain itu ke Istana tanpa melalui Pejabat PAS hinggakan SUA, Mustafa Ali, Timbalan Presiden, Hj Mohd Sabu dan lain-lain AJK tidak tahu menahu tentangnya. 

 Mudah kata beginilah sahaja, jika Hj Hadi tidak mengubah keputusan yg dia sendiri cadangkan pada 17 Ogos itu, PR sudah berjaya mengatasi krisis tersebut.

Mengimbas kembali krisis MB Terengganu

 Oleh kerana Dr Azhar Yaakob begitu memuji-muja Umno berhubung krisis MB Terengganu, maka elok kalau kita mengimbas kembali krisis perlantikan MB Terengganu sebagaimana gambaran berikut:

  Akhbar perdana adalah dalam kawalan Umno. Maka itu berita penentangan dikawal rapi. Namun ada beberapa bukti mengenai adanya bantahan dari kumpulan yang membantah perlantikan Ahmad Said sebagai MB Terengganu sejak mula pertama beliau dilantik. Antaranya:



 1) Selepas pilihanraya umum 2008 istana enggan menerima Datuk Seri Idris Jusoh yang dihantar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Maka tiba-tiba nama ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dipilih oleh istana. Ingat lagi tak : ‘ Kami nak Deris, Natang’ ?

 2) Pak Lah terpaksa tunduk kepada kehendak istana dan menerima Ahmad Said sebagai MB Terengganu dan beliau angkat sumpah pada 23 Mac 2008.

 3) Pada PRU tahun 2013. Maka hasilnya BN menang 17 kerusi mengatasi PAS 15 kerusi.

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan kecewa dengan prestasi BN Terengganu pada PRU tersebut. Maka Najib suruh Ahmad Said balik dahulu dan datang kemudian ambil watikah untuk dilantik sebagai MB bagi penggal kedua.

 Najib buat syarat boleh lantik semula Ahmad Said tetapi untuk setahun sahaja. Beliau angkat sumpah sebagai MB buat penggal kedua pada 9 Mei 2013.

 4) Apabila Tempoh setahun itu berakhir pada Mac 2014, dia cuba menangguhkannya. Pagi 12 Mei 2014, Ahmad Said mengadap Najib dan minta tangguh seminggu letak jawatan sehingga selesai majlis perkahwinan anaknya di Kemaman pada 17 Mei. Najib enggan tunduk dan Ahmad letak jawatan sebagai MB.

 Ahmad Said telah meletakan jawatannya dari parti sebagai Ketua Umno Bahagian Kemaman dan ahli Umno hanya dengan melalui email sahaja. Ahmad Said keluar Umno kerana keciwa lantaran dipecat dari jawatan MB.

Akhir sekali di sini saya nak bertanya Dr Azhar Yaakob satu soalan jahat: Kenapa agaknya PAS tidak setuju Dr Syed Azman jadi MB Terengganu?
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...