GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, September 18, 2014

Asyik kerja menghukum orang semaunya....

              Dewan Ulama Pas Kedah tegur                   Dewan Ulama Perak

KULAI JAYA - Perwakilan Muktamar Dewan Ulama Pas ditegur supaya tidak melabelkan sesama sendiri dengan gelaran 'munafik' bagi menjaga martabat dan kedudukan ulama dalam parti itu.

 Perwakilan Johor, Mohd Kassim Maidin menegaskan, sekiranya panggilan negatif itu dipraktikkan dalam Muktamar itu, ia tidak ubah seperti mesyuarat agung tahun parti komponen BN.

 "Kita tidak duduk dalam Perhimpunan Agung Umno, Dewan Ulama Pas adalah tinggi darjatnya di sisi manusia, menjadi pelindung dan penegak kepada manusia dan bukan keluarkan dari Islam.

 "Bila berbahas sebagai seorang yang berilmu, bukan emosional, kita kena ingat kita adalah orang mewakili umat Islam seluruh Malaysia.

 "Apabila berbahas dan selesaikan sesuatu isu, jangan timbul isu baharu dan kena kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah," katanya ketika membahas ucapan dasar Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yakob di sini, hari ini.

 Mengulas lanjut, Mohd Kassim juga menegaskan ulama tidak terpengaruh dengan laporan berita selain lidah rasmi parti itu, iaitu Harakah.

 "Bila berbahasa mana al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak, tapi hanya kemarahan, bukan terpengaruh dengan surat khabar bukan milik kita," ujarnya.

 Beliau menegaskan lagi, ahli dan pimpinan Pas juga diberi amaran supaya tidak mudah mengeluarkan kenyataan kepada media.

 "Mulut jemaah Pas jangan mudah-mudah keluar (media), kenapa dalam satu-satu isu kita tidak menunggu pemimpin tapi kita yang memimpin.

 "KIta diperingkatkan menjadi kewajipan taat kepada pemimpin melainkan perkara mungkar sehingga nama baik presiden dimalukan, boleh tegur tapi bukan di media sosial," katanya lagi.SUMBER

Sumber lain menyatakan perwakilan Dewan Ulama Perak telah sewenang-wenangnya menghukum munafik pada ahli atau pimpinan parti lain yang berbeza pandangan.

"Kita bukan diutus di dunia ini untuk mengeluarkan seseorang Muslim daripada Islam. Label sebagai munafik itu bukan sebarangan boleh digunakan. Bawah api neraka.

 "Adakah kita mahu meletakkan ahli PAS di bawah api neraka? Siapa kita? Berhati-hati sahabat, bila hendak menyelesaikan isu," ujarnya.~ Sumber WhatsApp

LAUNGAN "MUNAFIK" BERGEMA DI DEWAN MUKTAMAR 

 Perwakilan bagi Dewan Ulamak PAS Perak, iaitu Ustaz Norazli Musa yang juga dikenali sebagai Ustaz Toliban telah menegaskan perihal ketaatan dalam berjemaah. Kemudiannya, beliau menegaskan lagi jangan ada yang khianat.

 Beliau menyatakan, jika dahulu zaman Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor diserang, dibelakangnya ada Al-Marhum Tuan Guru Harun Taib, Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan pimpinan Ulamak yang lain. Namun hari ini, Tuan Guru Haji Abdul Hadi diserang siapa yang mempertahankannya? Harapkan Timbalan Presiden sekarang, langsung tidak mempertahankan malahan melawan Tuan Guru Presiden.

 Tambahan lagi, disuarakan juga isu berkait dua Adun yang mengkhianati PAS. "Munafik" itu gelaran yang wajar diberikan kepada mereka, kerana jelas ia menepati syarat-syarat munafik tersebut. Apabila ditanyakan kepada para muktamirin yang hadir, "Tidak munafikkah mereka?" Maka seluruh yang hadir dalam dewan menyatakan "munafik".

 Ustaz Toliban ingatkan kepada semua mengenai kalam Syeikh Abdullah Azam. Jika ada 10 peluru, maka 9 darinya mesti dihalakan kepada musuh dalam selimut dan yang 1 lagi kepada musuh yang lain.-EL-HARAKI
Comments
10 Comments

10 comments :

Anonymous said...

Sepatutnya kita ni yang merasa ada ilmu islam ,ada iman,bersabarlah dalam menhadapi situasi begini.jangan ikut iblis.Memang senang kita melebelkan orang tu munafiq kerana tak wala' pada Presiden.tapi kita lupa pulak bagaimana Presiden yang menyokong orang yang tak wala' pada presiden mereka?misalnya Khalid Ibrahim.apa Ustaz Norazli nak lebelkan Hj.Hadi sokong Klahid Ibrahim yang tak wala' pada ketua dia.beriani kamu nak lebelkan begitu.Sudah tentu kamu pejam mata aje.sebab kamu jumud

Anonymous said...

Apakah dalam PAS pemimpin atasan semuanya betul dan makasum hingga tidak boleh ditegur? jika inilah amalan PAS para pengundi dan para ahli biasa dalam akan bertambah bodoh kerana tidak dapat memberi idea yang membina jika tiada muktamar ,apakah pula jika presiden tidak mengikut sumpah yang telah dibuatnya ,ingat Nabi Muhammad pun ditegur oleh Allah pabila baginda tidak melayan seorang miskin yang inginkan pencerahan masaalah adakah presiden dalam PAS tidak boleh ditegur.

Anonymous said...

Org umno tak pernah keluar dewan masa tim presiden berucap. Apa yg baiknya pas. Retorik je.

Anonymous said...

Malu aku dengar...kalau betullah apa yang dilaporkan ini. Tak kan ulamak pas semudah itu bersetuju dengan Ust. Norzali apabila melabelkan 2 orang adun yang sokong wan azizah itu sebagai munafik.....Ini ke standart ulamak pas??? kalau betullah begitu.. MSU perlu dibubarkan dan perlu cari ulamak yang betul-betul ulamak!...sebab yang ada di dalam MSU itu sekarang ini kebanyakannya 'ular mak'...senang-senang hukum rakan seperejuangan mereka munafiq... mana tok-tok guru yang menjadi ahli MSU hingga tak berani nak tegur ustaz norzali ni.....syabas ulamak johor!! aku bersama mu!

Anonymous said...

kesian pas, bercakaran sesama sendiri. blogger2 pas pun turut sama 'kasi panas' dan menambah perisa. dulu asyik serang umno, serang pemimpin umno, siap labelkan umno parti tolak islam solatnya tidak diterima. kini sesama sendiri kutuk mengutuk malah jatuh hukum munafik. agaknya apakah punca semua ini? adakah kerana perancangan anwar pkr atau adakah peringatan Allah agar berlaku benar, baik kepada kawan atau kepada musuh. fitnah2 yang dilempar kepada musuh lama kelamaan akan membawa kecelakaan kepada diri, dan inilah yang sedang dialami oleh pas. dengan label islam, pas mendakwa lebih takwa, lebih tahu, lebih bijak dan lebih terpilih masuk kesyurga berbanding bukan ahli pas, lebih2 lagi umno. bila Allah memberi peringatan, istiqomah kembali kepada landasan sebenar Islam dan muhasabah kembali adakah perlakuan dan perbuatan selama ini lurus atau bercabang-cabang, antara agama Allah atau keuntungan duniawi termasuk kuasa dan harta benda.

Amuraria said...

SANG MUNAFIK LAH YANG SUKA MEMUNAFIKKAN ORANG LAIN SESAMA ISLAM ! BILA KETUA PUN KELENTONG LAGI MAU SOKONG KA ? APARAA ! ABU & JANGAN LUPA TENTANG GENG 'UG' SAMPAI MATI,BUKAN GENG RUSILA YANG SIKIT ADA FANATIK DAA ! !

Anonymous said...

Presiden pun manusia biasa juga. Ada juga kesalahan dia... Takkan tak boleh dikritik

Asrul Sani said...

Serban mangkuk hayun ni terlalu ketat...oxygen tak dapat masuk ke otak. Yang munafik hj hadi yang menampakkan sifat cakap berbelit, berbohong lain di bibir lain di hati, mengkhianati rakan. Dan disa tuang presideng yang paling besar ialah cuba mengajak PAS berziba dengan hamno. Ustaz taliban boleh tanggaljan seban buat balut buah nangka. Dasar pengampu tegar!

Anonymous said...

Banyak ustaz juz amma dlm PAS..yg dia tahu munafikkan org yg xsependapat dgnnya...wala membuta tuli...pernah ke dia gi tanya sndiri yg dituduh munafik tu mengapa n kenapa...???

Anonymous said...

Ahli PAS lebih biadap dan takde toma'ninah dalam bermuktamar berbanding UMNO. Pemuda yang baru berapa hari dalam PAS telah tunjuk samseng dan biadap pada Mat Sabu yg lebih lama berjuang dalam PAS dan telah diuji. Menggelar orang munafik memang senang Norazli Musa weh!! Presiden dsn SU PAS cakap lain buat lain tu nak cakap apa? Kata lebai.... bahasa mengalahkan orang tak beragama....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...