GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, September 19, 2014

BAL’AM BIN BA’URA’ : ULAMA’ YANG MATI KUFUR


Tergelincir hati boleh berlaku kepada mana-mana hamba Allah tidak kira walaupun dia seorang wali Allah atau hanya orang biasa yang mana boleh mengakibatkan seseorang itu mati dalam keadaan kufur. Dari cerita seorang pencuri kain kapan yang ditangkap setelah mencuri dari 1000 buah kubur orang Islam. Katanya selepas ditangkap, hanya satu jenazah sahaja yang mengadap kiblat yang lain berpaling dari arah kiblat kerana mereka ini semasa hidup zahirnya saja Islam tapi bathin mereka ini adalah kafir. Pada masa sekarang pun bolehlah kita lihat golongan ini walau pun nama saja Islam, tetapi cara hidup mereka ini bukan mencerminkan seorang Islam.


Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. ( Maksud ayat 176 : Surah al-A’raaf )

Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.

 Menurut Imam Fakhruddin Ar-Razi dan Imam Ibni Khathir, ayat ini diturunkan berkenaan dengan seorang lelaki dari Negara Yaman bernama Bal’am bin Ba’ura’. Sebilangan ulama lain menyatakan, Bal’am adalah seorang ahli ibadat yang mempunyai kemakbulan doa dari bangsa Bani Israel.

 Menurut cerita daripada Ibnu Abbas, pada zaman Nabi Musa a.s ada seorang alim bernama Bal’am bin Ba’ura. Allah s.w.t telah mengurniakan kepada Bal’am rahsia khasiat-khasiat nama-nama Allah Yang Maha Besar [ Do'a Bal'am bin Ba'ura mustajab] . Setelah peristiwa firaun dilemaskan dalam laut, Nabi Musa A.S dan bani Israel yang terselamat terus mengembara sehinggakan hampir sampai dengan negeri tempat tinggal Bal’am. Raja negeri tersebut ketakutan, takut kalau-kalau negerinya diserang oleh kaum yang telah berjaya menewaskan Firaun. Setelah bermesyuarat dengan penasihat-penasihatnya Raja tersebut memutuskan untuk meminta pertolongan Bal’am agar Bal’am menggunakan ilmunya [berdo'a] untuk mengalahkan Nabi Musa a.s.

 Pada mulanya Wali Allah ini menolak permintaan raja negeri tersebut kerana takutkan Allah SWT. Seperti juga sejarah Nabi Adam as yang mana iblis pernah menyuruh Nabi Adam memakan buah dari pohon yang dilarang oleh Allah SWT melalui Hawa. Tetapi Nabi Adam a.s terpengaruh dengan Hawa disebabkan bisikan iblis yang halus itu dan melanggari larangan Allah SWT dan diusir dari syurga dan dibuang ke dunia. Begitu juga raja negeri tersebut telah menggunakan isteri Bal’am seperti mana iblis menggunakan Hawa. Firaun telah memberi hadiah berupa barang-barang kemas dan perhiasan yang mahal kepada isteri Bal’am sebagai umpan supaya Bal’am mendoakan akan Nabi Musa as.

 Pada mulanya Bal’am masih tidak mahu mendoakan. Akan tetapi setelah isterinya tidak bercakap, melayannya dan menyediakan makanan seperti biasa dibuat. Lama kelamaan Bal’am pun bertanya kepada isterinya mengapa isteri beliau mogok dan beliau tidak dilayan seperti biasa dilakukan. Isteri Bal’am berkata “berdoalah bukan susah seperti yang dipinta oleh Raja”.

 Bal’am dengan kekuatan ilmunya dan kemujaraban doanya telah mengenakan sekatan kepada Nabi Musa a.s. doa Bal’am itu termakbul, menyebabkan Nabi Musa tersesat di satu tempat yang bernama Tih (sekarang : semenanjung Sinai) selama 40 tahun.

 Kesesatan yang maha dahsyat itu, menyebabkan Nabi Musa bertanya Allah SWT, “Wahai Tuhan, apakah dosa yang kami lakukan sehingga kami tersesat di Tih ini?”9 Jawab Allah SWT, “berpunca dari doa Bal’am”

 Nabi Musa berkata lagi kepada Allah, “wahai Allah, sepertimana kamu mendengar doa Bal’am terhadapku, maka tolong makbulkan doaku terhadap Bal’am”

 Lalu, Nabi Musa mendoakan agar Bal’am dicabut keimanan dari dirinya. Doa Nabi Musa dimakbulkan oleh Allah, menyebabkan Bal’am mati dalam keadaan kufur dan lidahnya terjelir sepertimana anjing. “minta berlindung kita dengan Allah daripada menjadi seperti Bal’am bin Ba’ura” SUMBER
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Assalam Cikgu....cikgu sindir siapa ni, cikgu? Tak baik macam tu, cikgu!

Anonymous said...

Jgn nk samakn tok guru dgn bal'am la bro..klu ye pn x bsetuju dgn dia..nk kritik2 la dgn berhemah..nie mcm2 gelaran plak ko bg..pelik btl aku org tua nie...org lain pn rmai jgk yg x bsetuju ngn tok guru..tp msih pndai menjaga adab..

Tan Malaka said...

Seorang guru pernah memberitahu saya, kalau mahu tahu siapa agamawan penipu akhir zaman, teliti lah dengan cermat ceramahnya.

Apakah inti ceramahnya itu beliau mengutamakan membaca & menghuraikan ayat2 Quran? Apakah agamawan itu memfokus pada membesarkan Allah SWT ataupun agamawan itu hanya meraban tak tentu hala?

Kata2 guru saya ini mengingatkan saya kepada Haron Din.

Perhatikan & teliti video2 kisah mimpi Haron Din bertemu Rasullullah yg banyak tersebar di internet.

Apakah Haron Din membesarkan Allah, menghuraikan ayat2 Al Quran dalam ceramah kisah mimpinya itu?

Dari mula ceramahnya sampailah kesudah, bukan Allah yg diagungkannya, tetapi dirinya sendiri.

Haron Din sanggup membuang masa jemaah yg hadir, yg rata2 dahagakan ilmu pengetahuan Islam dengan bercerita secara berjela2 dan bertele2 pengalamannya "bermimpi" bertemu Rasullullah.

Sekiranya benar sekalipun, sebaik2nya Haron Din menyimpan sahaja kisah mimpinya itu kepada dirinya sendiri kerana jika diceritakan kepada khayalak umum, apatah lagi diceritakan secara berulang2, ianya boleh menimbulkan bukan sahaja fitnah tetapi sifat riak.

Sifat riak & ujub inilah menurut saya telah menjangkit ke diri Haron Din.

Penyakit riak ini boleh menjangkit kepada setiap manusia, tak kira samada mereka ini memakai serban ulama ataupun tidak.

Sudahlah merosakkan majlis ilmu dengan kisah mimpi tidurnya yg diceritakan secara berjela2,cerita Haron Din ini lebih mirip berupa dogeng.

Contohnya, dalam satu video ceramahnya beliau bercerita bermimpi bertemu Rasullullah & keesokan harinya beliau dijemput pergi kesebuah negara utk mengesahkan keaslian rambut nabi yg baru sahaja dibeli oleh pemimpin utama negara tersebut dengan harga jutaan Dollar.

Kisah ini lebih banyak menimbulkan kekeliruan daripada pencerahan. Kalau nak bercerita sangat, ceritalah dengan terus terang, negara mana, siapa yg menjemput beliau, pemimpin utama negara tersebut itu siapa?

Sembang deras tapi setengah2. Nak bercerita tapi takut2. Apa punya agamawan macam ni. Lagi baik jangan cerita daripada awal.

Lepas tu dakwa dia diberi izin oleh tuan punya rambut Nabi itu untuk mencelupkan rambut itu kedalam botol yg berisi air. Menurut Harun Din botol air itu masih ada disimpan olehnya dirumah.

Cerita Haron Din ini sebenarnya menimbulkan lebih banyak persoalan. Semenjak bila mencelup rambut Nabi kedalam air ini jadi tradisi perubatan dalam Islam? Hadis mana yg Haron Din pakai?

kesimpulan dari kisahnya itu kalau diteliti betul2 bukannya mahu membesarkan Allah ataupun memuliakan Nabi Muhammad tetapi mahu meletakkan dirinya ditengah2 khalayak umat Melayu Malaysia sebagai manusia suci yg dekat dengan Nabi Muhammad.

Cuba fikir betul2.

Di alam nusantara kita ini Alhamdullilah cukup ramai alim ulamak yg warak, zuhud & berimu pengetahuan tinggi yg pernah dilahirkan.

Dari zaman Abdur-Rauf as-Singkili mula menulis Tarjuman al-Mustafid, kitab tafsir Quran yg pertama dalam bahasa Melayu, hinggalah ke zaman Syeikh Yusof Al Makassari, kemudian zaman Syeikh Ahmad Fathani, Syeikh Ahmad Khatib Al Minangkabawi hinggalah kezaman Tok Kenali, Tokku Paloh, Tuan Guru Haji Sulong Fathani, Kiyai Haji Ahmad Dahlan hinggalah ke zaman Hamka, tidak ada seorang Ulama pun yg menjaja kisah pengalaman bermimpi bertemu Rasullullah kesana-sini sebagaimana yg dilakukan oleh Haron Din.

Kalau ada pun sebelumnya ialah Abuya Ashaari Muhammad. Apakah Haron Din manusia Melayu yang paling mulia & hebat yg pernah dilahirkan di nusantara?

Apakah Haron Din ini sebenarnya seorang wali Kutub yg diturunkan khusus kepada umat Islam Nusantara bagi menyempurnakan misi suci dari Lauh Mahfudz untuk menyatukan PAS dengan UMNO?

Ataupun mudah sahaja.

Apakah Haron Din ini sebenarnya hanya seorang manusia penipu yg memakai jubah ulama?

Alhusseyn Alhusseyn said...

Tak sindir sesiapapun. Bukan cerita hasil karya aku pun. Aku kopipes dari blog Pemuda Dungun.Apasal nak marah-marah kat aku? Marahlah kat Bal'am bin Bau'ra' yg buat kelaku mcm itu. Kisah itu mengingatkan kita org 'alim pun tidak terlepas dari berbuat kelaku.Ambillah yg baiknya sebagai teladan dan jangan ditiru perangai buruknya.Tak kiralah siapa kamu sekalipun.

Anonymous said...

Nasab Abu Abdillah berkata .....

BismillahiRahmaniRahim ,

Memetik coretan Ibn Abass dari kitab
" Tafsir Majma' Al Bayan " bertajuk
Tharaiq Munta'syirah bermaksud Jalan Bercabang knotasinya ialah Lidah Bercabang .

Aliran ini bercambah dan menjadi produk sosial dikalangan penggiat Agama masakini.

Mengaku muslim hanyalah identiti. Islam tidak terjangkau oleh akal untuk difahami atau diterjemah oleh seluruh manusia dialam ini , walaupun ia seorang Tok Guru, Professor. Filosof jauh sekali sebagai Guru atau Ustaz.

Penggiat Agama pada perinsipnya hidup seadanya demi mencari redha Penciptanya Yang Maha Haq . Apa yang berlaku diakhir zaman , mereka mencari ridha manusia demi memperhambakan diri kepada dunia. Yang pasti dunia kehidupan ini akan sampai kepenghujungnya kelak.

Tiang usulluddin merangkumi prinsip Tauhid, berperilaku jujur , beramanah , syukur , sabar , merendah diri dan ia bertentanagan dengan sifat ujub , takabur , penting diri .

Berkembangnya aliran-aliran ini bertujuan AduDomba demi menguasai kehidupan sosial dan akhirnya membentuk kekeliruan dan penyelewengan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...