GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, September 05, 2014

Berita Gembira dari Majlis Syura Ulama : Siapa tidak ikut gembira ~ Bughah!


KUALA LUMPUR 4 Sept. - Krisis Menteri Besar Selangor memasuki episod baharu apabila Pas hari ini mengesahkan telah menghantar tiga nama sebagai calon untuk jawatan itu termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti tersebut kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

 Difahamkan ADUN Pas yang dicalonkan ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad manakala dua lagi nama ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali.

 Berikutan perkembangan tersebut, kemungkinan untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu akan diisi oleh wakil Pas adalah amat besar.

 Ini kerana berdasarkan situasi sebelum ini, Istana Selangor dilaporkan menolak calon yang boleh dipengaruhi oleh individu tertentu melalui 'kawalan jauh', dipercayai merujuk kepada Wan Azizah manakala Azmin pula dari awal lagi menolak untuk namanya dipertimbangkan oleh Sultan Selangor.

 Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali seperti dipetik daripada portal rasmi Pas, Harakahdaily hari ini memberitahu, senarai nama itu dihantar berikutan titah Sultan Selangor supaya Pas, PKR dan DAP menghantar lebih daripada dua nama.

 "Buat masa ini (pengumuman) nama (calon Menteri Besar Selangor) itu biarlah dulu. Jadi (pihak kami menghantar) lebih daripada dua nama, sekurang-kurangnya tiga," katanya.

 Di TERENGGANU, Mustafa ketika dihubungi berkata, senarai nama calon untuk pertimbangan Istana Selangor itu diputuskan oleh Majlis Syura Ulama.

 Menurutnya, dalam mesyuaratnya baru-baru ini, majlis itu menyenaraikan tiga calon, dua daripada PKR dan seorang ADUN Pas yang telah dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah, namun menganggap tidak wajar baginya untuk mendedahkan nama-nama tersebut kerana berkait dengan urusan Majlis Syura Ulama.

 "Tidak seharusnya saya mengulas lanjut. Nama-nama itu terserah kepada pertimbangan saudara sendiri atau bertanyakan kepada Majlis Syura Ulama," ujarnya.

 Menurut Mustafa, beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh Majlis Syura Ulama yang jelas mengatasi pendirian Jawatankuasa Pas Pusat yang hanya mahu mencalonkan Wan Azizah dan Azmin.

 "Surat yang dipersembahkan kepada baginda sememangnya ditandatangani oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pihak Presiden yang menguruskan penghantaran, tidak melalui Pejabat Setiausaha Agung Pas. Ini suatu amalan biasa, sebagaimana dalam pelantikan Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013 apabila setiap parti menamakan calon pilihan masing-masing," katanya.

 Jawatankuasa Pas Pusat sebelum ini memutuskan kerusi Menteri Besar Selangor tetap milik PKR dan keputusan Majlis Syura Ulama difahamkan akan menyemarakkan lagi pergeseran dalam barisan kepimpinan Pas dan hubungan dalam pakatan pembangkang.

 Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh ketika dihubungi mengesahkan bahawa senarai calon itu telah dihantar oleh Pejabat Presiden Pas ke Istana Selangor, semalam.

 Bagaimanapun, beliau enggan memperincikan nama ketiga-tiga calon berkenaan sambil menambah terserah kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memuktamadkan perkara itu.

 Ditanya kemungkinan salah satu daripada dua nama calon PKR itu adalah Wan Azizah, beliau hanya menjawab: "Itu saya tak tahu, saya tak nak komen. Mungkin juga ada (Wan Azizah), mungkin juga tak ada. Tunggulah, kita serah kepada Tuanku Sultan Selangor (putuskan)". Artikel Penuh: DI SINI
Comments
9 Comments

9 comments :

1Crony said...

Hadi telah berjumpa Sultan pada 4 hari raya Idul Fitri. Mungkin membincangkan sesuatu berhubung kepentingan Melayu dan Islam di Selangor. Keputusan Sultan melantik Menteri Besar agaknya sudah boleh dibaca oleh pelbagai pihak terutama yang dah khatam politik UMNO dan kesultanan Melayu. Rasanya kalau nak menjaga kepentingan Melayu, kaum lain juga yang banyak menyumbang kepada pelaburan dan pembangunan negeri Selangor terutama kaum Cina yang membawa pelbagai peluang perniagaan dan pelaburan saham asing. Nak dikatakan menjaga Agama Islam pula rakyat Selangor sudah faham sangat tahap keagamaan Sultan mereka yang penuh kontroversi dengan Kavita Kaur dan anakanda beliau sekalipun terlalu bergenang dengan maksiat dan jauh sekali melambangkan pemimpin serta ketua kepada Agama Islam di negeri Selangor. Pendek cerita, Presideng PAS yang dikawal oleh menantu dan anaknya serta kuncu-kuncu UG-nya lah yang sebenarnya untuk bersama UMNO dan hanya menunggu dan mengharapkan untuk dipecat dari gabungan PR oleh DAP dan PKR.

Anonymous said...

Tembelang sesetengah pemimpin PAS dah jelas. Sebab tu mereka beria-ia tidak mahu mencalunkan WA sebagai MB kerana dia yg nak MB. Kepada semua YB PKR anda hendaklah teguh bersatu dibawah PKR kerana anda dilayan kerana utk memenuhi kehendak puak UG sahaja. Sebagai contoh pada awalnya dua calun PKR ( YB Idris dan YB Yaacob ) langsung tidak dicalunkan, tapi kerana takut Nampak sangat jahatnya itu ditukar pula dgn surat lain yg mencadangkan kedua-dua YB PKR itu. Permainan ini pun sudah Nampak yg YB PKR hanya akan dijadikan alat sahaja. Keluarkan PAS dari PR dan mana-mana YB PAS yg sedia berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat Selangor berhijrahlah kepada DAP atau PKR. Sebenarnya PAS akan musnah disebabkan pemimpin yg tidak ikhlas berkawan.

Anonymous said...

1. Khalid mohon perkenan pecat exco pkr n dap. surat perkenan siap dlm masa 2 jam.
2. istana perkenan jumpa hadi.
3. surat mohon kak wan diperkenan mengadap kena rejek dgn alasan teknikal.

dari scenario diatas bolehkah dirumuskan bhw istana tak suka DSAI, DSWA dan/ atau pkr?

Anonymous said...

Terima hakikat akan berlaku perpecahan dalam PAS. Satu kumpulan pro-presiden dan satu lagi kumpulan pro-anwar (PasMa).

Bagi pro-presiden cara mereka nak buang pro-Anwar mereka dengan merapat umno. Orang pro-Anwar keluar PAS dan akhirnya tinggallah satu kumpulan sahaja dalam PAS.

Kumpulan Anwar pula akan buat tindakan pro-PR dan bocor segala mesyuarat dan rosakkan image Presiden dengan tujuan orang ramai membenci presiden.

Begitulah perjuangan 2 kumpulan ini.

Siapa yang akan menguasai PAS akan datang bergantung pada sokongan dari ahli akar umbi dalam PAS. Kisini kumpulan presiden ada kekuatan.

So tunggulah nanti. Isssue MB Selangor adalah alat untuk mencapai maksud kumpulan sahaja.

Anonymous said...

Agak agak TGNA pening tak

Anonymous said...

Mungkin juga dah nyanyuk.

bat8 said...

Sdra silap...kumpulan yang pro UMNO adalah minoriti didalam PAS. Mereka kebanyakan dari Ganu.Jadi sokongan akar umbi kepada mereka hanya dari Ganu je yang kuat. T3mpat lain hanya bertompok2 kecil je. Majoriti p3mimpin dan ahli PAS adalah bersama PR.

Mengapa mereka nampak h3bat dan berp3garuh? Sebab mereka dah rancangan untuk hijack jawatan2 penting ean strat3gik didalam o4gan2 penting PAS seperti MSU, Dewan Ulamak dan AJK PAS Pusat ( yang ni depa xleh total control). Mereka berjaya dalam p3milihan lepas. Jadi mereka menggunakan jawatan2 rasmi didalam PAS untuk meneruskan ag3nda UG mereka dan sabotaj-sabotaj k3pada Pakatan. Tu yang kita nampak depa h3bat dan berprofil tinggi.

Satu lagi k3jayaan mereka ialah meminggirkan TGNA dari arus perdana PAS dan politik nasional selepas PRU 13 lalu. Ini sahaja sosok tubuh yang TGHH pun takut. S3kali dah dipinggirkan.

Jadi dengan kombinasi 2 strategi inilah mereka bol3h bermaharajalela seperti kita lihat sekarang. Hanya golongan majoriti pemimpin dan ahli PAS yang tidak bersama puak UG ini sahaja boleh menghentikan tindakan mereka. Tetapi dimanakah mereka?

Anonymous said...

apa le seronoknya jadi ahli pas kalau terpaksa jilat kelangkang anwar ibrahim .... hahahaha

Berita dari gunung said...

Puncanya dari niat GILA, kerusi kajang dikosongkan dgn tiba-tiba untuk Anwar/Azizah bertanding.

Ujian Litmus terhadap Langkah Kajang belum dibuat dari segi kewarasan dan kedewasaan politik.

Ramai selesa untuk kata, Anwar/Pkr FAIL.........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...