GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, September 18, 2014

Bila PAS benar-benar ganti kelaku Umno ...


Kefahaman yang ditelan sejak turun temurun: lawan Umno maknanya lawan kerajaan!

  Berapa peratus orang yang faham, PAS masuk pilihan raya untuk nak tukar parti pemerintah, bukannya hendak tukar kerajaan? Yang kita nak tukar adalah Umno/BN.

Kerajaan kekal, polis kekal, askar kekal, bomba kekal, jalan raya kekal, TNB kekal, Jabatan Pelajaran, universiti kekal, persatuan bola sepak kekal, Jabatan Kebajikan Masyarakat kekal, Risda kekal, Felda kekal, Felcra kekal, Petronas kekal, Lebuhraya Utara Selatan kekal cuma buang plaza tol saja, KLIA kekal, Stadium Nasional kekal, Masjid Negara kekal dan Putrajaya kekal!

 Semua salah faham dalam masyarakat ini berlaku tidak lain tidak bukan kerana ajaran salah Umno. 

Malangnya, sejak kita berkobar-kobar meniupkan semangat jihad PAS Ganti Umno, kefahaman turun temurun ini seolah-olah turut sama diwarisi oleh pendukung PAS.

 Sepanjang Muktamar Pemuda dan Ulama yang baru berlangsung, kita seolah-olah sedang berada dalam Persidangan Agung Umno.Kita boleh mendengar suara-suara menghentam Mat Sabu. Kita boleh mendengar suara-suara menghentam Anwar…- siap ditempek ayat dan hadis Nabi?


Budak-budak sekarang hanya menganggap Presiden dan Majlis Syura Ulama sebagai pemimpin mereka. Lain daripada itu mereka anggap macam sampah dan boleh disepak tendang dan dilabel ikut suka hati, apa sahaja.

Sepotong hadis, daripada Abdullah bin Amr berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda;

 إِنَّ مِنْ أَكْبَرِ الْكَبَائِرِ أَنْ يَلْعَنَ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ يَلْعَنُ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ قَالَ يَسُبُّ الرَّجُلُ أَبَا الرَّجُلِ فَيَسُبُّ أَبَاهُ وَيَسُبُّ أُمَّهُ 

 Maksudnya; “Sebahagian dari dosa besar itu adalah seseorang itu memaki kedua ibu bapanya”. Nabi Muhammad SAW ditanya, “Bagaimana mungkin wujud orang yang memaki kedua ibu bapanya?”. Berkata Nabi Muhammad SAW, “Seseorang memaki bapa seseorang yang lain, lalu dia memaki balik bapanya dan memaki balik ibunya”[108]. 

 Dalam hadis ini, kelihatan Nabi Muhammad SAW melarang seseorang memaki ibu bapa temannya. Larangan itu kerana melihat kepada implikasi yang bakal diterima, iaitu seperti memaki ibu bapanya sendiri. 

  Oleh itu hentikan kelaku buruk melabel orang lain yang tidak sehaluan dengan pemikiran kita sebagai Munafiq Haraqi, atau nyamuk yang perlu dijentik!


Pengkhianat parti sedang diseksa dalam api neraka? 
Depa tu pasti masuk syurga?
 Tidak sependapat dengan presiden depa kata lawan Ulama. Depa kata memusuhi Ulama, bagai....Apakah kerana presiden yang dipilih ini dari kalangan Ulama maka dia tidak boleh dikritik? 

 Apa yang dilawan ialah pendirian dan sikap dia sebagai presiden parti. Bukan kerana sifatnya sebagai ulama.

 Menentang pendirian presiden bukan bererti menentang kepimpinan ulama atau Majlis Syura Ulama. Oleh kerana dia buat kelaku dikhalayak ramai, maka apa salahnya teguran juga dilakukan dikhalayak ramai?

Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia Al-Qaradhawi pernah menyatakan:

 “Kamu bermusuh dengan barat; Amerika dan Eropah. Namun, kenapa kamu melakukan permusuhan dengan timur, walhal bilangan mereka ramai? Kenapa kamu memusuhi Jepun dan China, walhal kamu sangat memerlukan kepada mereka dari sudut ekonomi dan politik”

 Maka renung-renungkanlah wahai si Naib yang baru saja dilantik, kamu dan parti kamu bermusuhan dengan Umno/BN, namun kenapa kamu melakukan permusuhan terhadap Timbalan Presiden kamu sendiri? Malah kamu menyerang PKR dan DAP, rakan dalam Pakatan Rakyat, walhal kamu sangat memerlukan kpd mereka untuk berdepan dengan Umno/BN.

Amat benarlah kata-kata Hj Mohd Sabu : 



Saya tak reti nak bergaduh sesama sendiri dalam parti ... sapa-sapa pun boleh kata apa kat saya...Saya tak akan rasa apa...Saya dah biasa kena lokap dan penjara. Musuh politik saya ialah Umno/BN
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

Dulu cerita UG sekarang tukar sikit sebab dendam tak habis lagi.

Anonymous said...

Anda masih lg dgn cara dan kaedah membawa berita yg fitnah dan propaganda.Apa tujuan anda?Walaupun copy paste tulisan org lain tapi semuanya bersifat berat sebelah.Memandang rendah dan hina kepada ulama.kesalahan kesilapan yg sedikit diulang2 dan dibesar2kan.kesalahan besar cth mengkritik , memfitnah presiden dan tidak wala secara terbuka walaupun tidak berasas cth.tohmahan bahawa pas nk Kuli jd PM tidak dijawab.sedangkan itu fitnah.Mengapa tidak dijawab dan dijelaskan.Nampak mcm hang memang tidak wala kpd pas lg mcm geng hang lain.Tk guna jadi Ketua Caw Pas Tp mcm musang berbulu pkr.boleh berambus dari pas.

Anonymous said...

Orang-orang suci sedang mengepong presiden dan MSU. Suara mereka yang berbeda jadi munafik sebab hukum keriau di mana mana pentas yang dijumpai tidak sedar pentas itu untu bersatu dan bersahabat rupanya tempat menanam perpecahan.

Anonymous said...

Pelik nie bila dia hemtam org lain secara terbuka tak mengapa..tapi bila org lain cuit sikit terus melatah..pesan pada org lain jgn cuit mat sabu ..tiba2 dia pula cuit naib..apa punya citecdaa..

Anonymous said...

Oii..pening dibuatnya..tak tahu beza mana rakan yg boleh diajak berjuang sekali menentang musuh..jgn lupa rakan pun boleh jadi musuh dlm selimut lagi bahaya..berjuanpun kena ikut landasan yg betul..bukan mengiyakan perbuatan salah rakan..otak tu kena berkembang

Anonymous said...

Nak beri pendapatpun biar le berilmu dan beradap..marah org tegur org kesanyangan tapi dia pulak hentam org lain..camno tu..mujur le camno silap boleh cam umno juga

Anonymous said...

Yg tuduh presiden nak ug boleh pulak..

Anonymous said...

Yg tuduh presiden nak ug boleh pulak..

Anonymous said...

Kalau nak ikut profesional dlm pentadbiran saya rasa TGNA lebih layak dari org yg kome angkat..tapi TGNA pun berada bersama presiden..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...