GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, September 20, 2014

‘Broker’, ‘barua’ curi 2 Adun PAS tandatangan SD sokong Wan Azizah, kata Hadi

Gambar The Malaysian Insider oleh 
Nazir Sufari, 20 September, 2014

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tidak memandang ringan tindakan dua Adun PAS yang menandatangani akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan mendakwa ia taktik kotor pihak tertentu. Beliau berkata demikian semasa ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu  Pahat, Johor, hari ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat "broker" dan "barua" yang mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor yang menyaksikan mereka menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

 Hadi ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor berkata, 2 Adun itu – Saari Sungip dan Hasnul Baharudin – juga dicuri dan dibeli.

 Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang melakukan tindakan tersebut.

 "Mereka curi wakil rakyat kita. Inikah etika kita bertahaluf?

 "Kita tidak pandang ringan 2 wakil rakyat kita (tandatangan SD), ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya.

 Hadi menegaskan, 2 Adun itu seharusnya berfikir panjang sebelum melakukan tindakan sedemikian kerana mereka berikrar ketika sebelum pilihan raya umum lalu untuk taat setia kepada parti.

 "Tidakkah wakil rakyat kita berbaiah semasa nak pilihan raya?

 "Mana lebih besar baiah atau SD?" soal Hadi dalam ucapannya sempena penutupan muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu. – 20 September, 2014. SUMBER


Kenyataan Hj Hadi mengundang kemarahan rakan-rakan sendiri. Siapakah yang Hadi maksudkan "broker" dan "barua" yang mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor itu?

Kenyataan yang tidak sepatutnya terpancul dari mulut seorang ulamak yang baru sahaja menyatakan:

 PAS akan terus istiqamah mengadakan tahaaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat selama mana tidak berlaku pelanggaran syarat yang telah digariskan.

Tiba-tiba dalam penggulungan Muktamar, Hadi menghamburkan kata-kata kononnya ada "broker" dan "barua" yang mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor.

Kenapa perkara tersebut tidak diusulkan  untuk dibincangkan bersama semasa Muktamar? Kenapa perkara khianat itu tak dibentangkan?

Saya dah cakap hari tu - Hj Hadi Cakap Tak Seropa Bikin! Perwakilan  dan pemerhati penyokong Vest Kami sokong Ulama dan MSU marahkan Anwar, marahkan PKR, marahkan tahaaluf siyasi, tapi pelik kerana tidak ada usul untuk membincangkannya dalam muktamar.

Mentaliti Hadi sama sahaja dengan mental malaon ini :



Nampaknya, muktamar dah selesai tanpa pencapaian apa-apa yang dapat memajukan gerakerja jemaah. Menghabiskan masa tenaga dan wang ringgit dan sia-sia sahaja mengadakan muktamar kali ini - masing-masing terus dengan hala sendiri-sendiri.

“Kita telah bermuktamar sebanyak 60 kali tetapi usul yang dibentangkan seperti kita tidak mengetahui apa-apa.

 “Saya melihat muktamar kali ini telah gagal dalam membentang usul yang baik,” kata Ketua penerangan pas, tuan Hj Mahfuz Omar dalam ucapannya di Muktamar Tahunan PAS.

Pertunjukan sarkis masih berlangsung.Di tengah khemah badut-badut masih dengan kelucuan tapi tak ada siapa pun yg terhibur...
Comments
25 Comments

25 comments :

Anonymous said...

sejak saya lahir sehingga sekarang say tak pernah jumpa nabi kata barua kepada sahabat. yang saya jumpa ialah nabi menyantuni yahudi perempuan yang buta hari-hari maki nabi. sehingga yahudi buta menangis sebab yag dia maki ialah org yang beri dia makan hari2 dia maki nabi depan nabi. Maybe Naib ketua ulamak dunia ada terbaca sirah yang kita tak jumpa nabi maki sahabt dgn nama barua

Boley Jalan said...

Ucapan hadi tidak menunjukan martabat ulamak yg bingai bingai canangkan........langsung tidak berhemah. Itu saja yg boleh diperkatakan. KEMARUK MB......AKHIRNYA JADI MACAM TENGGANU DAN KEDAH,!

Anonymous said...

Apa kata dua-dua ADUN tu saman TGHH sebab memalukan dan melabel mereka tanpa keputusan muktamad dari lembaga disiplin? Bukankah TGHH telah mendahului lembaga disiplin menghukum mereka?

Tak serik-serik TGHH ni, selepas satu kesalahan dia ulang dengan kesalahan yang lain. Tak takut dosakah ulama ni? Menganut falsafah 'MATLAMAT MENGHALALKAN CARA' ulama ni?

Anonymous said...

Mulut longkang, presiden parti Islam, tapi perkataan yg dr mulut tk menggambarkn org layak utk di hormati...camner leh jd camni.

Anonymous said...

Cikgu....
Jadi barua jauh lebih baik daripada jadi pemimpin yang munafik bila berjanji.... Tak gitu cikgu?

Anonymous said...

TGHH tak patut mengeluar perkataan yang menjatuhkan sifat ulamak beliau . Sekarang tarafnya hanya alas kaki rakyat . Hilang kewarakkannya , begitu jugak MSU yang menyokong cakap dolak-dalik beliau . Hipokrit dan kemunafikkan amat jelas .... menjaja agama untuk kepentingan kaum sendiri . Tidak memikirkan hak-hak rakyat kebanyakkan yang mahu perubahan politik tapi kamu membawa kepada porak-peranda Pakatan Rakyat . PAS kamu boleh berambus dari Pakatan Rakyat .

Anonymous said...

Elok benar Hj.hadi berkata demikian rupa.kerana makin nyata beliau sudah tidak dapat mengawal diri.Beliau memalukan diri sendiri dan ulamak yang menyokongnya.Tidak pernah berlaku dalam Pas ada ulamak yang menuduh kawan sebegini rupa.Kalau tuduhan itu bohong bererti Hj.Hadi telah memfitnah 2 Adun tersebut.kita mohon 2 adun cepat ambil tindakan mahkamah agar bolih menjadi pelajaran bagi yang lain.

Anonymous said...

kalu terperangkap dalam lif bersama mahathir, anwar, lim kit siang, hadi awang, najib dan din ayam, siapa patut disembelih dulu untuk makan dan sapa pulak tukang sembelihnya?

Ridd said...

Alhamdullillah.

Dia seorang ULAMAk....Ulamak adalah kalangan yang paling dekat dengan Allah.. biar Allah saja mengampunkan beliau dengan BARUA.

1.PAS nak hukum 2 adun sebagai pengkianat, khianat terhadap sapa?

2.Bukankah Kerajaan Selangor dalam pemerintahan gabungan,Bukan 4 exco PAS yang Khianat ?

3.kenapa takut sangat dengan piliharaya sekali lagi?

4.Bukankah menyokong KHALID yang sudah dilucutkan jawatan dari parti di panggil pengkhianat?

5. 4org exco PAS di arah oleh TGHH untuk menyokong Khalid khuatir kerajaan negeri akan dibubarkan bukan itu arahan dari KERAJAAN PUSAT? bajet

6.Bukan kah apa yang berlaku di Selangor, PENGKHIANAT sebenar adalah TG Hj HADI ?

7. Nak selamat kan Selangor atau nak selamatkan KRONI's?

PAS 2014 - KEPIMPINAN KRONI KRONI

XUMNO said...

Kepada bloger dan Cai2 PKR semua. tentu kamu rasa keciwa yang anggota Pas tidak bertindak macam kamu ahli2 PKR yang buta hati dan mata dengan kepincangan dalam PKR sendiri hinggakan masing2 tak percaya kepada Timbalan Presiden PKR sendiri kalau dilantik jadi MB. Dan memang patut pun Presiden Pas panggil mereka yang membeli 2 Adun Pas sebagai barua. Agaknya PKR ni memang penuh dengan manusia jenis tersebut. Dulu Anwar cuba beli Wakil2 Rakyat BN dari Sabah. Bila PR tubuh kerajaan di perak orang2 PKR juga jadi bahan jualbeli hinggakan kerajaan tumbang. Sekarang sebab ketagih nak jadi MB, amalan beli orang dibuat juga.....tak kira kawan dalam PR. Macamana Pas nak percaya pada parti kamu yang suka berniaga orang??

sizzly7761 said...

Presideng PAS kaki fitnah? Lepas pil kuda, kominis dan kini broker dan barua pulak?.. bila kena saman...sibuk cari hanipa dan LUHAM utk bela diri... betul ke begini percakapan dan bawaan ulamak?

Anonymous said...

Kepada XUMNO tapi Jiwa Umno cuma bertopeng muka Pas.Kamni tak kecewa tapi menyampah cara tindakan Peminpin dan ulamaknya yang bertindak tidak Islamik.kami tidak sebodoh kamu xumno.kamu ikut Hj,Hadi menuduh tanpa bukti,itu finah namanya,Bodoh lagi.Tapi aku rasa kau ni memang penyelinap Umno macam je ahli Pas.sudah.tak payah berpura2,

Anonymous said...

xumno barua!
apa rasa? cokelat : )

lain kali jangan panggil orang dengan gelaran yang kamu pun tidak suka.

Anonymous said...

TGHA bercakap dgn ahli2 pas je bukannya dgn kamu....macam bapak bercakap dgn anak2..apsal kamu plak yg menyibuk? Kamu siapa nak mempersoalkan presiden? Kamu ahli pas ke? Jgn duk kacau rumah tangga orang lebih baik kamu jaga rumah tangga kamu tu...

Amuraria said...

seorang ulama ,presideng parti islam pulak tu bukan parti umporno yang penuh denagn perasuah,perogol,penyauk & perembat khazanah negara boleh keluar kata-kata 'mulia' bak kutu tepi jalan ? apa daa wala lagi ka ? podah dah wala pala otak ! ABU & tentang badut-badut pengkhianat sebenar (juga pro'UG')yang ikut suka hati Tanpa rujuk parti !

Anonymous said...

Yang duk maki TGHH kat sini ni, pagi tadi solat subuh berjemaah tak? Ntah2 subuh gajah...

Anonymous said...

padan muka pkr!!itulah padahnya x caya dgn ahli sendiri takut lompat parti

Anonymous said...

XUMNO,
brp harga yg pkr byr utk beli mrk? sbnrnya yg kena beli ialah ahli majlis syura harun din ayam. dpt projek plus rm130juta, dpt rumah teres free dan untung shm atas angin rm396k tak termasuk gaji dlm tahun 2012 dan tahun2 sblmnya.

tuduhan kamu tak ada bukti mcm tuduhan presideng dgn pil kuda. tapi apa yg aku kata ko boleh dpt di blog.

Anonymous said...

Eh en dumb. Siapa beli siapa ni??? Takkan 2 dun pas tu dibeli, mereka sign sd atas kerelaan sndiri yg memikirkan huruhara dan lmbabnya pas buat keputusan. Mereka selari dgn hasil muktamar yg berganding dlm pr.

Apa hal hj hadi kata ada broker dan barua. Dia yg ada broker dan barua dgn ug.

JAKA said...

hadi tidak ada bezanya dgn pemimpin parti assobiyah dan kebangsaan yg selalu dia hentam.

hari ini hadi tidak ada beza dgn saifooool bukhari yg memfitnah anwar.

hari ini hadi memfitnah adun PAS dibeli hanya kerana mereka org yg bijak dlm membantu PR mempertahankan Selangor. Ini bermakna hadi tuduh mereka dirasuah dan PKR/DAP tidak langsung dituduh merasuah.

hadi seog yg pemalas kerana tidak mahu ambil tahu masalah Selangor dan mengapa isu MB menjadi besar atau memang ada harta benda dunia yg sedikit yang sedang hendak dijilat oleh hadi.

selain dpd Rasulullah saw, maka tidak ada sesiapa yg tidak berdosa dan buat salah.

maka menolak hadi bukan berdosa dengan Allah.

baiah dan wala selagi pemimpin mengikut islam, jika menuduh itu sudah zalim maka sudah sepatutnya pemimpin dibuang atau kita tinggalkannya.

Mari kita semua dlm PAS tk kira pemimpin atau penyokong buat solat istiharah supaya Allah tunjuk dan hukum siapa yg bersalah dalam isu ini. ..kalau benar pemimpin PAS ikhlas.

JAKA said...

ketika presiden PAS menyokong Khalid alasannya sebb belum tebukti kesalahan, menurut kaedah islam.

ketika 2 adun PAS dituduh barua(satu tuduhan berat), dibeli oleh parti 'sekular' PKR, dimana pembuktian kesalahan mereka?

sudah dibicara kan ke sebelum dihukum barua.

hadi, rakyat makin nampak kau seperti menjadi barua umno.

salahkah rakyat berfikir begitu? berdosa besarkah rakyat kerana menuduh seorg ulamak begitu?

amat sedih kerana kita terpaksa menelan sedikit kata2 Mahathir bahawa ulamak seolah2 diberi tarap exklusif oleh umat sehingga tidak boleh ditegur dan berlainan pendapat.

kalau dlm hokum qat'e kita menentang ulamak itu mungkin salah, tp dlm percaturan politik dgn situasi yg berlaku, apakah ulamak yg tidak mahu ambil tahu masalah itu harus dipersetujui semuanya?

hadi, Allah tahu apa isi hati kamu sebenarnya.

kami serah pada Allah menentukan segalanya. jgn salahkan rakyat yg tidak ada kepentingan ini.

Anonymous said...

Jangan harap kami nak sokong PAS...biar dia terjun ngam labu labunya..

Asrul Sani said...

Kau ni BARUA HAMNO bukanya X-UMNGOK. Kau ingat pembaca semua ni bangang macam kau ke. Sekali baca tulisan kau orang dah tau bodoh piang tak lulus SRP...pegi main jsuh-hauh la ngok dengan putri umno. Mentemsk kat sini buat apa....blog papagomo kau kan ada. Barua hj hadi kau ni!

Anonymous said...

Tak layak kau panggil tuan guru akan si hj hadi tu....perangai dia munafik...cakap berbelit_belit sekejap sokong sekejap tak layak...guna perkataan kesat sedangkan rengkau pakai serban atas peksla...kalau pakai topi koboi takpa juga cakap bahasa jesat. Pi ka jilat pungkok ulama mengarut kau tu....solat subuh berjamaah boleh panggil kawan barua

Anonymous said...

Kita kena fahami betul2 apa yg berlaku..adakah apabila org melakukan rogol maka ulama menyebutnya perogol maka kita mengangap ulama tersebut menggunakan bahasa kasar yg tak layak bagi dirinya yg mencerminkan ulamak..pelik..barua ini ialah menjadi org tengah utk melakukan perkara yg dikeji..melanggar baiah yg boleh merosakkan parti ..merosakkan kepercayaan pada pemimpin...adalah salah..bukankah org yg menjadi org tengah dipanggil barua..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...