GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, September 09, 2014

Dulu dikenali Majlis Syuro, Dewan Ulamak & Intelektual Islam untuk hadapi Asri

Haji Mohd Asri bin Haji Muda merupakan bekas 
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
APABILA Datuk Asri Muda mentakrifkan kuasanya sebagai Presiden PAS adalah mutlak dan wajib diikuti oleh parti, sebilangan ulamak dan intelektual pada bulan September 1982 mengambil langkah berani dengan memanggil suatu mesyuarat untuk berbincang mengenai pemimpin no. 1 berkenaan.

 Hasil mesyuarat itu, suatu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk tujuan mengkaji serta mencadangkan suatu pindaan pada perlembagaan PAS, untuk menghadapi amalan sikap Asri yang semacam diktator.

Suatu dokumen penubuhan Majlis Syuro serta Dewan Ulamak dan Intelektual Islam akhirnya ditubuhkan dan diluluskan dalam Muktamar PAS, pada tahun 1983.


"...kerana PAS tidak mahu pengalaman lalu berulang, iaitu wujud pemusatan kuasa pada seorang individu sahaja (penulis: Presiden)..." dipetik dari Kertas Lampiran I Tubuh Majlis Syuro dan Dewan Ulamak & Intelektual Islam, 1982.

 Pindaan pada perlembagaan itu membawa maksud Presiden adalah ketua pada sebuah jawatankuasa PAS di peringkat Pusat, atau sebuah jawatankuasa PAS peringkat Pusat diketuai oleh seorang Presiden.

 'Ketua' di sini adalah mengetuai PAS Pusat dalam bermesyuarat, bukan membuat keputusan sendiri tanpa ada musyawarah dan syura.

 Peristiwa bersejarah ini berlaku di Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) dekat Kuala Lumpur.

 Selepas lebih 20 tahun, Majlis Syura dikenali sebagai Majlis Syura Ulama, manakala, Dewan Ulamak & Intelektual Islam dikenali sebagai Dewan Ulamak.

 Abdul Hadi pula semakin dipertikai banyak pihak, apabila semakin jelas sikapnya memerintah parti secara sendirian, sama seperti Asri.

ZAINULFAQAR YAACOB
 Kinokuniya KLCC | 7.01 petang
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

tok guru hj hadi lain, dato' asri lain...sebab tok guru ulamak dan suci lg menyucikan kalau ikut puak2 ulamak muda akan velfire...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...