GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, September 04, 2014

Gembiralah wahai UG...Selangor lu punya!

Hadi Mahu PAS Duduki Kerusi MB Selangor

 PETALING JAYA: Krisis menteri besar di Selangor telah menemui kemelut terbaharu apabila PAS dipercayai telah mengemukakan nama tiga ahli majlis eksekutif untuk jawatan itu.

 Tiga nama tersebut ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.

 Surat daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh 3 September bagi mengemukakan lebih daripada dua nama calon jawatan menteri besar berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, menurut beberapa sumber di negeri ini. 

 Mereka berkata Hadi secara peribadi telah menandatangani surat untuk istana, menamakan tiga ahli exco parti itu dalam pentadbiran negeri sebagai calon.

 Pembantu kanan Hadi ketika dihubungi The Star untuk mendapatkan komen, tidak menafikan surat itu telah dikemukakan dan berkata terpulang kepada kepimpinan parti untuk membuat kenyataan mengenai perkara itu.

 "Ini adalah perkara yang sulit dan oleh itu, saya tidak boleh membincangkannya," katanya.

 Surat itu akan dilihat sebagai satu penghinaan kepada konsensus yang dipersetujui oleh sekutu Pakatan Rakyat yang lain iaitu PKR dan DAP yang telah bersetuju untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke istana untuk dipertimbangkan.

 PAS menegaskan bahawa lebih dari dua nama hendaklah dikemukakan mengikut permintaan istana. SUMBER

Nota : Update 3.28 ~ Menurut Datuk Mustafa Ali (gambar), laporan portal berkenaan tidak benar dan cadangan menamakan tiga exco berkenaan kepada istana Selangor dibatalkan.

 "Laporan itu tidak betul kerana cadangan untuk mencadang ketiga-tiga nama itu sudah dibatalkan," kata setiausaha agung PAS itu kepada The Malaysian Insider. Bagaimanapun, Mustafa enggan mendedahkan buat masa ini nama yang dicalonkan PAS kepada istana.SUMBER

Masih berteka teki....kenapa? Orang nak menipu macam tulah. Belit sana , beli sini, lepas tu salahkan orang sebab salah lapor?? Kah!3
Comments
19 Comments

19 comments :

Anonymous said...

Mungkinkah dah nyanyuk?

Anonymous said...

Pimpinan kanan dan ulama PAS sekarang memang betul2 mahu keluar dari PR. Kalau boleh mereka mahu PKR/DAP pecat PAS. Siapa yang menuasai PAS sekarang dapat membawa hala tuju PAS akan datang.
Persoalannya adakah penyokong pro-Erdogan ramai dan kuat akar umbinya. Kalau kuat boleh ambil alih PAS. Kalau tidak lompatlah masuk PKR/DAP.
Begitu juga sebaliknya. Kumpulan ulamak join umno sekiranya kumpulan-Erdogan menguasai PAS.

bat8 said...

Tuan

Kita kena faham segala acara tikam belakang yang dilakukan oleh TGHH dan UG ini hanya untuk satu tujuan sahaja- supaya PAS ditendang keluar dari Pakatan. Dengan cara ini sahaja TGHH dan UG boleh membawa PAS bekerjasama dengan UMNO.

Yang menjadi penghalang TGHH dan UG membawa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat ialah keputusan Muktamar Ipoh 2008. Keputusan ini menolak s3barang kerjasama dengan UMNO dalam apa jua bentuk. Kedua ia menegaskan komitmen PAS untuk bersama Pakatan Rakyat.

Ini dia penghalang. Puak UG adalah golongan minoriti didalam PAS.Yang kita nampak mereka kuat dan vokal kerana pemimpin2 UG ini telah plan awal2 untuk menguasai jawatan-jawatan penting didalam MSU, Dewan Ulamak PAS dan AJK PAS Pusat. Mereka tidak mempunyai kekuatan untuk mengubah keputusan itu melalui satu muktamar khas.

Jika Pakatan Rakyat cerdik, mereka tidak akan memecat PAS.Tetapi gantung PAS tak bertali.Jangan lantik exco dari PAS.Jangan isi jawatan GLC dengan Adun atau p3mimpin PAS. Kita tengok macamana mereka nak buat onar.

Juga jangan lupa majoriti ahli PAS m3nentang UG.Sekarang mereka masih berdiam diri. Tak mustahil mereka bangun menentang puak UG yang sedang menguasai jawatan2 p3nting didalam PAS hari ini.

Anonymous said...

KORANG SEMUA KENA PAHAM!!!
SULTAN KATA NAK CALON MB LEBIH DARI DUA BAGI SETIAP PARTI....BAGI SETIAP PARTI....BAGI SETIAP PARTI...BODOH.
BUKAN SATU PARTI JE...BANGANG.
JADI....PKR KENA HANTAR 3 CALON DARI PARTI PKR..PAHAM.
PAS KENA HANTAR 3 CALON DARI PARTI PAS...BUKAN DARI PARTI LAIN...TAU
MACAMTU JUGAK DAP...
PAS BETUL...CARANYA...IKUT APA YANG
SULTAN TITAH..

Anonymous said...

Kita tunggu sehingga benar2 berlaku Pas memusnahkan PR maka kita semua memohon semoga pemipin bukan ulamak dalam Pas keluar dari Pas dan membina parti baru atau menguatkan PKR atau berdiri sebagai calun bebas untuk melawan Umno dan Pas yang mungkin menjadi UG.Insaallah ramai pemuda dan rakyat pemikiran terbuaka akan menyokong kita,PASMA

1Crony said...

Bagaimana nak menunjukkan contoh pentadbiran yang baik kepada kaum Melayu dan bukan Melayu dari golongan yang mengaku atau perasan sebagai pewaris nabi sekiranya perkara yang mudah sekalipun tidak mampu nak dilaksanakan. Sanggupkah kita sebagai rakyat negara ini untuk menyerahkan kuasa atau tanggung jawab melaksanakan "enakmen Hudud" yang begitu besar kepada mereka ini? Mereka ini sudah tidak boleh berfikir secara relevan lagi, mungkin kerana anak dan menantu akan kehilangan jawatan yang menjanjikan gaji hanya RM8000 dan RM15000. Bagaimana kalau diberi tanggung jawab menguruskan wang atau aset negeri yang bernilai RM3.2 bilion? Rasanya pelbagai fatwa akan dikeluarkan untuk menyelamatkan keluarga dan kroni.

Ridd said...

Tahniah UG ...Kejayaan Anda semua di ingati Rakyat Selangor. Persidang PAS di Batu Pahat. Pentunjuk jelas untuk semua penyokong PR cinta PAS dan Umno bermula.

kekura said...

Cakap banyak tak guna. Tuan punya blog berani buat sumpah laknat atas kenyataan sendiri terhadap hadi? kalau anda dusta, mudah2an ALLAH mencabut nikmat jari-jemari daripada anda. mudah2an ALLAH kabulkan doa ini.

jongoih said...

camane gamaknye kalau pkr bergerak dgn bantuan dap saja tanpa pas...hehe,berlendir pungkok le nk dpt satu kerusi pun,tgguuuuu!!!!

Anonymous said...

PAS parti cap ayam. Cakap tak serupa bikin macam daun lalang. Selamat tinggal PAS aku tak akan mengundi parti ini lagi kerana sanggup menikam rakan pakatan dari belakang.

Anonymous said...

PAS parti cap ayam. Cakap tak serupa bikin macam daun lalang. Selamat tinggal PAS aku tak akan mengundi parti ini lagi kerana sanggup menikam rakan pakatan dari belakang.

Anonymous said...

Hai.....itu hari cakap hebat sgt dan sanggup terima PRN asalkan TKI tukar. La ni bising pasal pas pulakkkkkk.......

Dah lerrr.
Nak jadi mb pun tak dapek, tak usah la pikir nak jadi pm. Selangor pun kantoi tergolek dog, jangan nak mimpi la dapek putrajaya....

Kahakptuiiii

XUMNO said...

Dah tua buatlah cara tua, jangan suka buat fitnah!! Kutip cerita tepi longkang lepas tu sebarkan supaya orang benci pada Pas. Sendiri dah jumpa dan tanya betul2 Haji Hadi? Pernah beli dan baca Harakah atau sibuk baca The Star? Hentikan perangai jadi batu api. Tak suka pada Pas, ok. Tapi jangan buat fitnah melampau. Kamu dah tua.( Saya percaya kamu baca komen2 saya selama ini tetapi tak berani nak siarkan. Inilah sikap munafik)

Anonymous said...

Blogger bodoh dan kurg hajarrr...smoga Allah melaknat kau dan menunjukkn kebenarannya...!!

Anonymous said...

Firman ALLAH :
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan,(An-Nisaa' 4:34)

Itu Sebablah Kak Wan Tak Di CalonKan sebagai MB Selangor..

Takkan Abg Nuar Tak Tahu Pasal Ayat ni..Diakan Dari ABIM dulu2..
atau buat dono je...

PAS Cantik.....Kata Dan Buat

Anonymous said...

Ana nampak yang komen menyokong UG dan menyokong PR disini beri hujah dgn kualiti berbeza.Doa kami pengundi akar umbi yg tiada kepentingan dalam mana2 parti agar PAS dan PR kembali menjadi kuasa pendesak utk membawa suara kami yg ditindas kezaliman UMNO.Asal bukan UMNO.Bersatulah PR!

otoote said...

bingaiii.....sikit2 sumpah laknat....al ustaz al ulamak jugak kot.....bukak sarban tu kejap bio udara masok sikit...payah betol jenis guna ugama hambat dunia nih

Anonymous said...

Lantak kau lah kau ingat PKR tu just sang at he he he

bat8 said...

Doh guane pulop tuang presideng. Jatang hebat, bini 2, ilmu melaut. Bakpe buleh bertahang sepenggal je? Patut UMNO Ganu doh pupus doh kerana kehebatang dan kejatangnang tuang presideng kito.

Tulong ulah skit ambe dok pahang tang butir nih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...