GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, September 15, 2014

HADI AWANG NYARIS DI SAMBAR PETIR

Tumpat – Ada yang mendakwa ia hanya sekadar kebetulan, namun ada juga yang mengatakan ia merupakan amaran tuhan agar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar berhati-hati ketika memberikan ucapan sepanjang kempen pilihanraya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

 Hadi ketika berceramah semalam berkata perjuangan Nabi Ibrahim sama seperti rakyat Kelantan yang menurutnya ditindas oleh kerajaan pusat yang zalim dan kejam.

 Beliau berkata sudah pasti Allah mempunyai perancangan yang tersendiri apabila memerintahkan Nabi Ibrahim meninggalkan anaknya, Nabi Ismail di sebuah kawasan gurun yang kering kontang.

 “Mengapa Allah tidak memerintahkan Nabi Ibrahim meninggalkan keluarganya di China, sedangkan ekonomi negara itu sedang meningkat naik, mengapa bukan di Amerika yang merupakan negara terkuat? soalnya ketika menyampaikan ceramah pilihnaraya di Unit Peti Undi (UPU) Kampung Genting malam semalam?

 Menurutnya walaupun kerajaan negeri Kelantan miskin dan tidak mempunyai sumber ekonomi yang kuat, ia masih mampu ditadbir dengan baik oleh pimpinan PAS yang terdiri daripada ulama dan ahli agama.

 Namun ketika beliau berkata perjuangan tersebut sama dengan rakyat Kelantan yang hidup dalam serba kekurangan petir dan guruh secara tiba-tiba berdentum dengan kuat sehingga memeranjatkan beliau dan hadirin yang hadir.SUMBER

Berikut adalah rakaman ketika kejadian tersebut:

Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Pendek umur laaa Haji Hadi sebab macai macai kehormat PKR dah mendoakan nyer.

IbnAbdHalim said...

Amacam kerajaan Pas Terengganu hanya sepenggal?

Anonymous said...

Aku ni ahli Pas tetapi bagi dun pengkalan Kubur ni aku harap Umno menang dengan majoriti besar sebab kalau Pas menang mereka akan takbur dan mungkin memperlekehkan PKR dan Dap kalau Pas kalah mereka akan musabah diri.

Anonymous said...

Sudahlah Hj. Presiden, dibawah pemerintahan ulama pun kalau tak jaga kebajikan rakyat buat apa. Bukti cuba tengok;
1. Jalan-jalan di kawasan kediaman penduduk ( tak usah pergi jauh ) dlm kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu sudahlah berlubang-lubang spt lubang congkak.
2. Longkang dikawasan kediaman spt dinyatakan di atas ada ko dok? jiran-jiran bermasam muka kerana air longkang memasuki kawasan rumah jiran.
3. Lampu jalan dikawasan spt di atas sempurna ko tidak.

Tiga perkara asas ini perlulah diberi perhatian oleh pentadbir sesebuah negeri. Kalau perkara seremeh ni pun tak boleh nak selesaikan mcm mana nak selesaikan perkara yg lebih mencabar.

Anonymous said...

Nk suruh org malaysia guna air sungai sedangkan pemimpin negara ultra mewah dan ultra bazir. Sbb tulah kita kena perkuat pakatan rakyat agar dpt tumbang pemimpin zalim yg curi duit rakyat. Supaya kekayaan negara diagih dgn adil. Mana mungkin dpt buat gitu kalu nk komplot dgn amno pulak. tghh lupa ka buat2 lupa atau ada dia kisah hal ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...