PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Sunday, September 07, 2014

Haji Hadi dedahkan rahsia PR yang sebenarnya .....


Aku ingatkan selama ini, PR tu akronim kepada Pakatan Rakyat. Rupa-rupanya PR bermaksud Power Rangers....Adoi...baru ku tahu!

Inilah rahsia yang terpendam selama ini.Haji Hadi terpaksa dedahkan rahsia yang selama ini terpendam dalam lilitan serban dan jubahnya ....

Patutlah dia hantar nama calon MB Selangor 'Ikut Suka Aku' saja, hinggakan Timbalan Presiden sendiri pun tidak tahu menahu mengenainya. Apatah lagi lain-lain AJK PAS Pusat...

Kenyataan Haji Hadi the Power Rangers ini adalah sebagaimana dibawah, telah diulas oleh blogger sahabat di sini

Presiden PAS ada kuasa lantik Menteri Besar 

 Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan mengikut perlembagaan parti beliau mempunyai kuasa dalam beberapa perkara termasuk melantik menteri besar dan beberapa perkara yang berkait dengan parti.

 Abdul Hadi berkata keputusan yang dibuat oleh presiden parti mengikut perlembagaan perlu didukung oleh timbalan dan naib-naib presiden.

 Katanya, perkara melantik menteri besar mengikut amalan parti sejak 1959 tidak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat.

 "Kita dalam Parti PAS ni sejak dulu, mengikut perlembagaan, Perlembagaan PAS mengatakan Presiden ada hak dia untuk membuat keputusan dalam beberapa perkara yang berkait dengan parti dan ahli-ahli parti, Timbalan, Naib-Naib, ini dia kena dukung keputusan yang dibuat oleh Presiden.

 "Ini perlembagaan parti, mengatakan demikian. Dengan sebab itu, suka nak disebut di sini bahawa sepanjang kita memerintah tahun 1959, memerintah Terengganu dengan Kelantan, terus sampai tahun 1978, sejak saya ikuti dalam Jawatankuasa PAS Pusat dalam tahun 1978, di mana perlantikan Menteri Besar ni tak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat," katanya ketika menjawab soalan peserta yang mengikuti sesi dialog dan penerangan isu semasa di Rusila, Marang, pada Jumaat. Baca sepenuhnya di sini 
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

buat sesi penerangan kat kubu kuat dia. masalah diselangor, buatlah sesi penerangan diselangor. orang Selangor banyak nak tanya kat hadi.

Anonymous said...

PasMa makna nya PAS Macai Anwar. Baru hari ini aku tau. Sedap nama tu dah macam dekat dengan pasembok.

abuamir said...

Semakin melalu aje, inilah akibat terlalu lama pegang kuasa sbg pemimpin dan lelah dlm perjuangan. Sampai tahap buat keputusan ikut suka aku, mana konsep SURA yg biasa diamalkan dlm jemaah Islam sejak zaman nabi lagi.

Paling sedih sekali, bila umno dah tengelam ada saja yg hulurkan tali utk selamatkan dari tengelam. Nak tanya 52% yg mengundi PR dlm PRU13 tu ahli PAS dan melayu sahaja ke? Masa kempen rayu undi bukan melayu tetapi bila menang dabik dada- kita bersatu atas dasar melayu bersama umno?

Muhasabahlah ahli & pemimpin PAS, ingatlah sifat munafik bukan ada pada org awam aje, bahkan alim ulama pun sama.

Cukup2lah menegakkan benang yg basah, kembali kpd Islam yg syumul.

bat8 said...

Cai UMNO pun kecut perut dgn PasMa.....hahaha

bat8 said...

Tuan,

Inilah orang kata perangai mangkok. K3burukan orang hanya dari cerita-cerita dari mulut dia je. Banyak ya g boleh dipertikai pulak tu.

Tetapi keburukan dia s3mua orang boleh lihat dari perbuatan dia yang dia pamerkan.

Orang macam ni pun ade ke. Jadi presideng parti Islam plak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...