JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, September 18, 2014

Hj Hadi Cakap Tak Seropa Bikin!

1) Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS akan terus istiqamah mengadakan tahaaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat selama mana tidak berlaku pelanggaran syarat yang telah digariskan.

 2) Pada masa yang sama, beliau mahu rakan parti dalam Pakatan supaya tidak mengkhianati kerjasama yang terbentuk.

 3) "Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaaluf kita, maka kita minta rakan tahaaluf kita juga tidak mengkhianati tahaaluf ini.

"Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar bertajuk "Terus beistiqamah" pada Muktamar PAS di Batu Pahat.

 4) Beliau turut mempertegaskan bahawa dakwaan bahawa PAS akan menyertai atau bergabung dengan Umno adalah "tohmahan" dan "api fitnah" yang dicetus oleh mereka yang mahu memecah dan merosakkan perjuangan Islam.

 5) "Namun sebagai sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan ummah berasaskan tali Allah," katanya. Baca lagi di sini

Boleh cayakah cakap-cakap Hj Hadi ini? Dah selalu sangat buat U-turn sampai dah tahu nak apa sebenar yang dia nak sebenarnya. Mungkin hanya mereka yang kasyaf sahaja boleh memahaminya....Allahu a'lam!

Menyanggah Pernyataan Hj Hadi No. 1, 2 & 3

Istiqamah dalam mengkhianati kawan...
17 Ogos 2014 : Masih ingat tak lagi peristiwa semasa mesyuarat AJK PAS  lalu? Dimana dengan tidak semena-mena Hj Hadi terus mencadangkan nama WAWI dan Azmin Ali sebagai calon MB Selangor. 

Kenapa secara tiba-tiba sahaja Hj Hadi bertukar watak? Sebelum itu dia telah mempertahankan Khalid,Khalid dan Khalid sahaja untuk MB Selangor.

Mesyuarat bersetuju sebulat suara dan dua nama itu dibawa ke mesyuarat MPPR pada petang hari yang sama. Azmin telah menarik diri, maka PR ambil keputusan hanya hantar satu nama sahaja iaitu WAWI.

18 Ogos 2014 : Pada esoknya buat PC di Kota Baru Kelantan, bersama TGNA dan Mustafa Ali, pihak media bertanyakan HJ Hadi mengenai nama WAWI satu tu saja yang dihantar...Hj Hadi jawab, ianya tidak bercanggah dan telah menyatakan persetujuannya.

Rancangan besar mestilah diputus bersama? Ini apa?
22 Ogos 2014 : Mustafa Ali enggan menandatangani surat yg di buat Peguam ke tiga-tiga parti untuk menyatakan sokongan kepada Wan Azizah sebagai MB untuk di hantar kepada Sultan Selangor.

25 Ogos 2014 : PAS bermesyuarat lagi. Keputusan masih tetap sama seperti mesyuarat 17 Ogos. Keputusan itu tidak dimansuhkan.

Menyanggah pernyataan Hj Hadi No. 4 & 5


PAS tidak pernah khianat kepada rakan tahaaluf. Ini bukan kerja khianatkah?
04 Ogos 2014: Tabloid Malaysiakini melaporkan :

PAS secretary-general Mustafa Ali today confirmed that the party had sent its own candidate’s name, together with two names from PKR, for the Selangor menteri besar post to the palace. 

 He, however, declined to reveal the names of the candidates, reports PAS organ Harakah Daily today. 

 This is, however, contradictory to PAS’ claims that they respected Pakatan Rakyat’s consensus for the state to be led by a PKR candidate. Baca lagi
di sini

bergabung dengan Umno adalah "tohmahan" dan "api fitnah"
Tetapi ini apa?
Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno. 

 "Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider. Hj Hadi sekadar menafikan sahaja tanpa berani mengambil tindakan mahkamah keatas media yg melaporkan itu. Baca lagi pengkhianatan Hj Hadi di sini.

Korang percaya tak? Dia hanya mahu kelentong korang sahaja.
Comments
11 Comments

11 comments :

1Crony said...

Cakap dah macam Iblis....Hj Adi Awe ini. Terlalu besarnya fitnah beliau kepada insan lain maka di dunia pun Allah dah bayar "Cash". Aku rasa jangka hayat Hj Adi Awe ini pun tak lama kerana ada ura-ura beliau dah buang tabiat (selalunya untuk manusia yang hampir menemui tuhannya), jangan mati tengah kutuk Anwar sudahlah......

Anonymous said...

Dgn izinNYA..
Insy'ALLAH akan terang jua..

ALLAH akan suloh satu persatu..
Kemelut itu ada sbb PUNCAnya..

Nape KHIANAT
nape buat FITNAH
nape AUTA belit pusing putar mcm ular

sbbnya..
RASUAH!
RASUAH RASUAH!!
RASUAH RASUAH RASUAH!!!

Anwar kena belasah nak MAMPOSS
sbbnya dia coba BUKAK rahsia..
rahsia RASUAH billion2!

Anwar TAK habis2dituduh LIWAT..
sbbnya klu anwar jd PM
-SPRM akan btukar wajah
-POLIS pon tukar wajah
-HAKIM2 pon berubah
insyALLAH..

menantu dpt ESOS 500,000
itu bukan RASUAH ka?
buat kerja apa?
buat KHIANAT n reka FITNAH laa!?

kes Din Ayam dpt 500,000 itu cuma pea-NUT taik gigi jer..
yg fakeh maksum nomuro2-UNO dpt..
-puloh juta?
-ratus2 juta??
-sumber mana..simpan kat mana???
-Oh! mamposss mamposs! klu pecah itu RAHSIA!

Sgt mudah..
sgt2 SIMPLE..
dpt duit mudah/SENANG juta2 ratus juta..kerja buat KHIANAT n jaja FITNAH merata utk keliru TIPU n SAMARkan "fakta" dgn topeng sarban jubah n hadis nabi..yg penting jgh sekali2 KUASA PM dpt ketangan Anwar yg disokong oleh majoriti rkyt yg bnar2 dahagakan sbnr2 keTELUSAN -KBNARAN-KEADILAN yg trtinggi!!!

Mamposs..mamposs..mamposs!!!
sume sume sume
pngKHIANAT-pemFITNAH-peRASUAH
sgt takut kpd Anwar & KUASA RAKYAT..
terutamanya..
ularrrMAK2 fakeh yg dah mentekeDARAH juta2 disebalik sarban n JUBAH!

itulah RAHSIA..
U-Turn BELIT-AUIA-PUSING2..
KHIANAT-FITNAH-krn dah telan UMPAN yg brnama RASUAH!!!!!!




Anonymous said...

Bohong sunat!!!! Ini bohong dapat pahala? Itu sebab HA banyak cakap berbelit dan susah nak percaya akhir2 ini.... jaga kepentingan menantu dlm GLC Negeri sehingga lupa diri tu presiden dan ulamak...aduyai...

Anonymous said...

Ini satu kes dimana pertembungan 3 penjuru BN,PKR dan PAS antaranya di Sg. Aceh, di kota Damansara, di Trengganu pun ada bbrapa kerusi. Walaupun kerusi2 itu telah di ttpkan untuk PKR mengikut perjanjian antara ahli komponen PR tapi PAS langgar.. disini siapa yg x ikut apa yg telah ditetapkn..Nama parti Islam, mcamana pulak yg bukan Islam pulak lebih baik akhlaknya..?MALU2 dgn non muslim,,

Boley Jalan said...

Jelas yg masih dan tak mahu perubahan tu tak lain puak puak tuang presideng dan tokey air sejuk dang di sokong oleh lebai lebai setahun jagong! Sampai ada yg kata TGNA PONG terlibat kronisme......tapi Presideng dgn menantu tak pula macang tu...........Politik melayu dlm Islang......melayu dulu kemudiang baru islang.........sebijik macang hamno!!!!!!

fadzil mohd said...

Cukup2la hina tokguru..x abis2 lg ke..knp la bt artikel yg menjadikan modal supaya ulama nie dihina x abis2...sy pn ada yg x bersetuju dgn apa yg tokguru kata..tp biarlah jadi org yg beradab..anda mengatakan org yg keluar dari dewan yg menyokong ulama x beradab..tp nmpknya anda lebih x beradab...

Anonymous said...

rasa suci, perasan suci dan bangga dengan kesucian yang dicipta. Bahaya untuk minda, boleh takbur dalam tak sedar, riak tanpa disedari, ego dalam berilmu dan yang amat bahayanya boleh sesat dan menyesatkan tanpa ditegur.

Anonymous said...

Tuduhan pd calon2 PKR sebelum hari mengundi dalam PRU 13 yg mana telah keluar dalm media perdana, sampai sekarang tak de bukti dan tiada mohon maaf.... Tuduhan jual pil kuda, tuduhan penyokong Lenin..mana bukti yg dikatakn ada..? Tidakkah menyebabkn pihak yg kena tuduh diaibkn..Minta pencerahan dari kaca mata ISLAM wahai Tuan Guru atau Ulamak2....kalau senyap je adakah maknanya ianya dibolehkn,menuduh tanpa bukti.. kerana yg melakuknnya adalah TUAN GURU yg amat arif dlm bidang agama dan PRESIDEN parti ISLAM dahh tentu ada nas2 agama yg membenarkn tindakan begini...

Anonymous said...

BismillahiRahmaniRahim !

Memetik Firman Allah SWT. Al-Quraan (QS.Al Insan 76 : 3)

"Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus : ada yang bersyukur dan ada yang kafir " .

Manusia harus memilih antara kebaikan dan keburukan .Aplikasi Dua kutub yang bertentangan iaitu positif dan negatif
untuk manusia memilih dua jalan iaitu jalan Muhammad s.a.w atau jalan iblis.

Allah SWT memberi kebebasan dan kelulusan kepada manusia memilih jalan kesempurnaan Illahi atau jalan kedurjanaan .

Yang pasti kedua-dua jalan ini adalah Amal. Iaitu Amal Nabi dan Amail Iblis yang akan dihisab didunia dan akhirat olih Pemilik Seluruh Alam .

Hisab Dunia Pasti Datang ( Bala dan Mushibah ) Hisab Akhirat Sedang Menuggu Kita Semua .

Anonymous said...

Took guru tak pernah mengaku salah Dan tak minta maaf pada public. tu yg kena belasah
Ada ustaz yg beri ceramah pada public dia salah org akan tegur secara public juga supaya orang ramai tak terpesong.

Anonymous said...

Pengkalan kubor juga kalau pkr tak serah pada pas sure pas akan bertanding juga disitu, percayalah......pas tamak, khianat dan takbur. Lingkuplah hendaknya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...