GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, September 24, 2014

Isu Lotfi Syahid : Apa pendirian PAS ?

Lotfi tidak mati 'syahid', kata Mufti Perak


"Walaupun dia meninggal dunia di sana, dia tidak syahid," Harussani memberitahu Malay Mail Online baru-baru ini. Hasilnya adalah semata-mata "sia-sia", katanya di sini.

 Saya tidaklah nak menyokong pandangan Mufti tersebut. Itu pandangan peribadi beliau. Dia tidak bincangkan bersama Jawatankuasa Fatwa Negeri tapi pandai-pandai keluarkan kenyataan tersebut. Dalam laporan itu pun Tok Peti ni kata, "Pendapat saya adalah bahawa.... 

Sepatutnya isu tersebut kena dibincangkan dan dapatkan kata sepakat terlebih dahulu.

Kenyataan seumpama itu sepatutnya dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 

Apa yang menarik mengenai laporan itu ialah, ianya juga turut menyebut : 

 Minggu lepas, Abdul Hadi memberi amaran kepada ahli-ahli PAS terhadap  menyertai kumpulan militan jihad ganas seperti negara Islam (IS), tetapi mengulangi sokongan untuk Hamas.

 Tetapi yang menghairankan kenapa Dewan Ulama PAS dan seorang anggota AJK PAS Pusat dilihat bertindak bercanggah dengan amaran Presiden PAS itu? 

Sebagaimana laporan itu dipetik, menyatakan :

 1) Semasa muktamar PAS minggu lepas, Dewan Ulama sayap parti itu dilihat bertafakur untuk Mohd Lotfi, Norazli Musa sebagai wakil PAS Perak mengetuai bacaan untuk "syahid Lotfi".

 2) PAS sebelum ini minggu lepas mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Lotfi, dengan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata parti itu masih menghormati keputusan Mohd Lotfi untuk menjejak jalan jihadism dan berjuang dalam peperangan di Syria walaupun telah mengusirnya (keluar dari parti) - Saya cuba mendapatkan pengesahan dari sumber lain mengenai laporan ini tapi tak jumpa. Saya hanya jumpa kenyataan Mahfuz yang lebih bersifat peribadi (tidak mewakili PAS) dan mendoakan yang terbaik untuk Allahyarham: 

" Saya ada dengar berita itu.Saya ucap takziah kepada keluarganya kerana itu jalan yang dipilih. Saya doakan dia syahid." lihat di sini

 Adalah diharapkan MSU PAS membincangkan dan mengambil sikap yang tegas dalam isu ini kerana ramai dikalangan ahli yang bertelagah kerana PAS sendiri tidak menegaskan pendirian sebenarnya dalam perkara tersebut.

 Mohd Lotfi dilaporkan parah dan dalam keadaan koma selepas kumpulannya telah terperangkap dalam serangan jet pejuang tentera rejim Bashar al-Assad.

Mohd Lotfi disebut-sebut sebagai "syahid" oleh rakan-rakannya telah dipecat dalam mesyuarat PAS pusat pada 11 Mei, akhbar milik PAS Harakah telah melaporkannya. Parti itu terputus semua hubungan dengan Mohd Lotfi sebulan kemudian. 
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Kalau Lotfi bantu orang menentang kezaliman. Saya kata jihadlah. Tidak kira negeri apa pun. Kalau negeri itu pun didapatkan dengan cara salah kita lawan atas kezaliman jihad saya faham.
Tak taula kalau buat fatwa dan pandangan denga sungguh sungguh untuk memperbaiki negara dan rakyat. Hak tu jihad lah. Tetapi kalau buat fatwa atau pandangan bukan untuk negara hanya untuk kepentingan tertentu hak tu jahad. Bukan jihad. Kalau buat pandangan dengan kurang ilmu tapi buat juga hak tu jahad.
Kalau dah dapat tanah ka duit ka lepas tu keluarkan pandangan untu pihak2. Hak tu rasuah kot. Lotfi dia dengan Allah dia dapat kalau dia betul. Orang tak dapat tau dia jihad sungguh ka atau tidak melainkan dia tau sungguh sungguh. Kalau tau kot akhbar sikit siki tok sah cakaplah. Walau pangkat besar saya tak ikut. Saya iku Allah Rosul dan Ulama yang benar

Anonymous said...

sapa haramsani ni
selau cakap merapu je mamat ni
ini lah hasil didikan umno
lau ngan umno mulut terus terkunci rapat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...