GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, September 15, 2014

JIHAD YANG BESAR IALAH BERANI BERKATA BENAR DI HADAPAN PEMERINTAH YANG ZALIM

Sukalah saya membawakan secara ringkas satu cerita popular tentang kisah seorang ‘Raja dengan baju ajaibnya’.

Raja telah begitu terkesima bila ada yang mengusulkan sejenis kain yang ajaib untuk dibuat pakaian untuk baginda.Terlalu ajaibnya kain itu, hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat melihatnya...

"Mereka yang Munafiq Haraki, Islam Liberal atau Kominis dan seumpamanya, pasti tidak mampu melihatnya....." terang punahsehat diRaja.

Maka Raja sendiri terpaksa berpura-pura mengatakan rasa kagetnya terhadap jenis kain tersebut walaupun dia sendiri tidak upaya melihatnya.

 "Halus tenunnannya..." kata baginda penuh kepura-puraan ...

"Amat benar sekali, paduka tuanku!" sampuk punahsihat diRaja yang selalu mengiyakan apa juga titah baginda.Jenis kaki gosok dan ampu!

Rakyat juga turut terpegun bila Sang Raja kerap memberitahu mengenai warna kain tersebut.

"Kelmarin baginda kata warnanya merah.Hari ni dia kata biru pula..." bisik seorang rakyat.

"Itulah keajaiban kain tersebut; warnanya sentiasa bertukar-tukar tidak menentu...." bisik rakannya pula.

 Semakin ramai juak-juak sang raja yang selalu memuji memuja tentang kehebatan raja mereka yang segak dengan pakain yang serba cantik lagi mahal.

 Suatu hari Si Raja telah pun mahu mempamerkan sambil menggayakan sepasang pakaian yang diperbuat dari bahan yang ajaib itu.

Rakyat semua turut taajub apabila melihat Si Raja memperagakan dirinya dengan pakaian tersebut. Tetapi dalam hati mereka masing-masing berbisik:

" Kenapa sang Raja cuma memakai underwear Kokodal?" - mujurlah sang Raja tidak menempah seluar dalam dengan kain ajaib tersebut!

 Sehinggalah ada seorang budak kecil yang berani untuk bertanya kerana melihatkan keganjilan yang sedang berlaku dihadapan matanya.

"Ngapa sang Raja pakai underwear kokodal saja, Mak?" Sang ibu tak berani nak berkata apa.

"Diam dan lihat saja, nak..." balas si ibu. " Kamu nanti dilabel Munafiq Haraki, mau?" si ibu mengingatkan anaknya. Anaknya pun terdiam bungkam!

Rakyat lain yang terdengar perbualan anak dan ibu tadi mula berpandangan sesama sendiri. Ada yang mula sedar dan tidak kurang juga ramai yang marahkan budak tadi dan dianggap mulut celupar kerana mencemar kemuliaan sang Raja...

Sang Raja masih tidak sedarkan diri kerana terlalu ramai orang sekelilingnya yang masih terus mendewa-dewakan sang Raja .....Walaupun sang Raja selalu mengingatkan rakyat jelata : JIHAD YANG BESAR IALAH BERANI BERKATA BENAR DI HADAPAN  PEMERINTAH YANG ZALIM. 
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

K4296PEMERINTAH NEGARA INI AMAT BERSEANG LENANG MENCURI MEROMPAK MEMBUNUH MENKHIANAT RAKYAT KERNA MEREKA MERASUAH PENTADBIR NEGARA.JADI YANG TERBAIK ADA BERJIHAD DENGAN MEREKA INI SAPERTI YANG DIBUAT OLEH USTAZ LOFTI DISYRIA .TAPI MEREKA BUAT DI SYRIA PATUT MEREKA YANG BERANI INI BUAT DIMALAYSIA.KEZALIMAN TERHADAP RAKYAT SUDAH KETARA RAKYAT MISKIN DAN MUFLIS.SAMA KITA DOA MOGA ADA YANG BERANI AKAN BUAT MEREKA INI DALAM KEKAKUTAN

Anonymous said...

Budak itu mesti menunjukkan wala' kepada sang raja. Ibu budak itu wala' kepada sang raja kerana menegur perbuatan budak itu. Walaupun sang raja tidak berpakaian sekalipun, budak itu mesti menunjukkan wala' kepada sang raja. Di antara wala' dengan kejujuran dan kebenaran, wala' lebih aula.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...