GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, September 09, 2014

Kalau jadi PRN di Selangor

Sultan boleh pilih nama lain dari senarai

Peguam Datuk Sallehuddin Saidin berkata peruntukan undang-undang membolehkan sultan Selangor melantik menteri besar Selangor yang baru tanpa mengikut senarai yang dikemukakan oleh parti dalam Pakatan Rakyat.

 Seorang peguam kanan dan bekas pelapor khas bagi kebebasan hakim dan peguam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Datuk Param Cumaraswamy turut bersetuju dengan pandangan itu.

 Param berkata, jika seseorang individu yang dipilih oleh sultan tidak mendapat sokongan majoriti ahli Dewan, sultan boleh membubarkan DUN, kata Param.

 Sallehuddin, yang merupakan bekas ketua Jabatan Pendakwaan di Selangor berkata, sultan tidak dihadkan untuk memilih menteri besar dari senarai yang dikemukakan semata-mata.

 “Tidak ada di mana-mana bahagian dalam perlembagaan negeri yang kata sultan dihadkan kepada senarai yang dikemukakan kepadanya untuk memilih individu yang mungkin mendapat sokongan majoriti di DUN.

 “Ia memberi panduan, tetapi tidak mengehadkan budi bicara baginda. Sultan boleh menggunakan apa jua cara untuk memilih siapa yang patut mendapat sokongan majoriti,” kata Sallehuddin kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

 Peguam itu berkata, apa yang dilakukan oleh sultan itu bukan mengikut amalan biasa tetapi undang-undang membenarkan sultan berbuat demikian.

 Sallehuddin berkata syaratnya adalah individu tersebut perlu mendapat sokongan majoriti dari anggota DUN.

 Param, yang juga bekas presiden Majlis Peguam berkata, sultan Selangor boleh melantik individu yang bukan dalam senarai tersebut, tetapi yang difikirkan baginda sebagai individu yang mendapat sokongan majoriti ADUN. Sallehuddin dan Param berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan dikeluarkan oleh setiausaha sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

 Dalam kenyataan itu, baginda menitahkan bahawa sokongan majoriti bukanlah satu-satunya syarat untuk melantik menteri besar baru dan baginda boleh memilih nama yang tidak tersenarai. SUMBER

Aku pening bacanya. Maka aku ringkaskan ambik poin penting begini saja:

1) Sultan Selangor boleh melantik menteri besar Selangor yang baru tanpa mengikut senarai yang dikemukakan oleh parti dalam Pakatan Rakyat .Sultan tidak dihadkan untuk memilih menteri besar dari senarai yang dikemukakan semata-mata

2) Sultan boleh menggunakan apa jua cara untuk memilih siapa yang patut mendapat sokongan majoriti.Sallehuddin berkata syaratnya adalah individu tersebut perlu mendapat sokongan majoriti dari anggota DUN.

3) Sultan Selangor boleh melantik individu yang bukan dalam senarai tersebut, tetapi yang difikirkan baginda sebagai individu yang mendapat sokongan majoriti ADUN.

4) Jika seseorang individu yang dipilih oleh sultan tidak mendapat sokongan majoriti ahli Dewan, sultan boleh membubarkan DUN, kata Param.

Macam mana tak pening? Pakatan Rakyat telah menghantar keputusan mesyuarat MPPR yang telah dipersetujui bersama pada 17 Ogos lalu disertakan dengan akuan bersumpah sokongan daripada 30 Adun PR.

KALAU JADI PRN

Kalau Sultan pilih lain dari apa yang telah dipersembahkan, maka bersiap-siaplah rakyat Selangor untuk berpilihanraya.

Kalau jadi sungguh PRN kali ini, siapakah yang akan menegeluarkan watikah calon bagi calon PAS? Inilah persoalan yang masing-masing ada jawapan sendiri. 

Kalau ikut senario PAS hari ini, MSU ada pandangan mereka. AJK PAS Pusat ada pandangan mereka. PAS Negeri ada pandangan mereka.... 

Mujurlah Presiden ada kuasa veto. Suruh sahaja presiden buat senarai calon.... Suruh dia sendiri pasang bendera.....Kita semua wala'

Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Kalau Sultan pilih Adun yg tidak dlm list dan tidak menentu sokongan majoritynya, belum tentu ada PRN.

Kena ikut kes Nizar lwn Zambery.

Langkah pertama dahulu ialah utk Wan Azizah memfailkan tindakan saman; iaitu Wan Azizah lwn MB yg dilantik; utk dapat deklarasi bahawa mengikut Undang2 Tubuh Kerajaan, dia lah Adun yg patut jadi MB.

Kan PKR telah siap dengan team peguam mereka untuk menghadapai sebarang kemunkinan. Itu sebab mereka cool shj sebab tahu Sultan tak nak lantik Wan Azizah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...