GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, September 04, 2014

Kecewa dengan Hj Hadi, fitnah dan mengelak.

Kenyataan Umum : 3 September 2014

Pada Pilihanraya Umum ke 13 yang lepas saya telah bertanding di DUN Sg. Acheh atas arahan parti yang saya anggotai. Ketika hari penamaan calon telah hampir, saya telah dimaklumkan dengan cakap-cakap perbagai pihak bahawa PAS juga akan meletakkan calon. Perbagai usaha saya lakukan yang mana akhirnya saya mendapat jaminan PAS tidak akan meletakkan calon maka saya sedia menghantar pencalonan.

 Malangnya hari penamaan calon PAS tetap menghantar calon dengan watikah rasmi PAS. Ini amat mengecewakan. Malah peristiwa menghalang dengan kasar pada hari penamaan calon dikesali. Saya sendiri ada bertemu dengan Jentera PAS yang diketuai YDP PAS N.Tebal mereka berkeras bertanding kerana mereka mengatakan mereka telah lama bersabar dan mereka ada strategi dan cara untuk menang. Dalam pertemuan tersebut juga disebut mengenai kekasaran di hari penamaan calon.

 Saya kemudian telah bertemu sendiri Datuk Seri Abd Hadi Awang, Presiden PAS mendapatkan kedudukan sebenar. Beliau sendiri bercakap dengan saya supaya teruskan kempen, PAS telah tarik diri dan pengumuman rasmi telah pun dibuat.

 Di kawasan DUN Sg. Acheh ia tidak sebegitu malah kempen diteruskan dengan kasar. Bukan penyokong biasa tetapi YDP PAS N.Tebal sendiri telah ditahan oleh petugas PKR mencuri bahan kempen yang digantung oleh kami. Walaupun dibawa ke balai polis malam tersebut tetapi hanya direkod saya sendiri meminta jasa baik semua jangan dibuat laporan polis kerana menjaga air muka orang tua.

 Calon PAS Dun Sg. Acheh sendiri turun berkempen dan dalam ceramahnya jelas ia menyebut ia diarahkan oleh Ketua Pemuda PAS (pada masa itu Nasaruddin Hasan) untuk balik ke Sg. Acheh dan berkempen. Malah sehingga hari pengundian PAS terus berkempen mengelirukan pengundi. Antara yang diedarkan dikawasan pengundi bukan Melayu ialah gambar Lim Guan Eng seolah bertanding dengan logo PAS.

 Semua lebih parah apabila Presiden PAS sendiri memberikan ucapan PAS menghantar calon 3 penjuru kerana calon PR yang diletakkan terlibat menjual Pil Kuda, sokong komunis (mengangkat Lenin dll sebagai nabi) dan perbagai tuduhan lain.

Ini menyemarakkan lagi taktik jahat dibawah termasuk fitnah. Calon PAS dan Bn bergabung menyerang saya. Sudah tentu taktik nakal PAS ini sangat memberikan semula nafas kepada jentera Bn tempatan yang seolah lumpuh awalnya.

hampir semua media melaporkan fitnah Hj Hadi dan 
menyiarkan nama saya ; bukan itu sahaja jentera 
dibawah  turut memanjangkan fitnah tersebut, malah 
ia tidak terhenti dengan tamatnya PRU ke 13 sahaja
Apa pun keputusanya saya mengagap ia sebagai perancangan Allah yang penuh hikmah dan saya ambil pengajaranya. Cuma dari segi fitnah ke atas diri saya yang terpalit keluarga saya mohon bersihkan. Saya telah usaha menghantar beberapa surat sejak dari selesai dari PRU 13. Saya juga telah berpesan dengan beberapa individu yang saya rasa mampu menyampaikan pesan kepada Hj Hadi, namun semuanya tak mendapat respon. Saya cuma mahu Hj. Hadi membersihkan nama saya atau mendedahkan mana dan siapa sumber maklumat sehingga beliau mengeluarkan ayat fitnah tersebut.

 Saya juga telah menulis kenyataan terbuka yang saya hantar ke semua saluran elektronik berkaitan Hj. Hadi seperti twitter, email dan sebagainya termasuk bukan sahaja beliau secara peribadi tetapi PAS pusat sendiri. Sila klik dan baca serta fahamkan kenyataan terbuka saya dengan klik sini

Namun eidulFitri yang lepas saya pulang ke kampung (Sg. Acheh) nampaknya fitnah tidak terhenti, kesian dengan saudara mara dan teman - teman saya terpaksa tanpa henti cuba menerangkan apa terjadi. Saya tidak punya banyak pilihan saya telah bertemu peguam Tentuan Vasudevan A & Co. untuk mengarahkan satu surat tuntutan undang - undang dikeluarkan. Maka satu surat bertarikh 6 Ogos 2014 telah dikeluarkan. Dihantar melalui pos dan hantaran tangan.

Surat hantaran tangan ke Pej. Presiden PAS di Pejabat Agong PAS telah diterima pada 8 Ogos 2014 iaitu hari Jumaat dimana Terengganu cuti dan Pusat Khidmat Parlimen Marang tutup. Namun sehari selepas surat itu sampai di Ibu Pejabat PAS saya dihubungi ramai wartawan. Saya pelik bagaimana wartawan boleh tahu tetapi sms wartawan TV3 jelas menyebut mendapat maklumat dari sumber PAS menyatakan saya hantar surat tuntutan undang - undang. Malah setelah diperiksa beberapa akaun FB penyokong tegar Hj. Hadi turut menyiarkan imej surat yang merupakan salinan kepada Hj Hadi. Ini tidak sepatutnya berlaku.

Bermula 11 Ogos 2014 usaha menyampaikan surat di Pusat Khidmat Parlimen Marang dilakukan. Malangnya petugas di pusat khidmat tersebut enggan menerima surat tersebut. Katanya dia tidak ada kuasa menerima surat. Lucu sekali, seolah ada arahan agar lari dari tanggungjawab. Apa yang perlu ditakutkan ?

Sangat kecewa dengan perkembangan ini. Hambur fitnah dan seolah lari dari tanggungjawab, saya cuma menuntut hak nama saya dibersihkan. Ada yang mencadangkan tulislah surat kepada Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi yang baru 'melantik' Hj Hadi dalam jawatan peringkat antarabangsa. Mungkin Sheikh Yusof boleh menasihatkan Hj. Hadi mengenai hukum fitnah dan meminta maaf. Namun saya rasanya ia agak keterlaluan tetapi tidak menolak kemungkinan itu.

Saya minta semua agar faham ini tidak ada kena mengena dengan parti atau organisasi yang saya terlibat, ini adalah urusan saya dan Hj. Hadi secara peribadi. Saya telah mengarahkan peguam saya untuk meneruskan tindakan undang - undang ini. Perlu tigeaskan ini bukan soal wang tetapi soal maruah. Malah saya telah memutuskan apa yang saya perolehi dari saman ini nanti sebahagian besar akan disumbangkan kepada Unit Amal satu badan sukarela dibawah PAS yang banyak menggerakkan kerja kebajikan dan seumpamanya sebagai menghormati sumbangan Unit Amal dalam perjuangan.

 Sekian dan terima kasih.
che'GuBard 
Bekas Calon Pakatan Rakyat (PKR) 
 DUN Sg. Acheh, Pulau Pinang. - SUMBER
Comments
12 Comments

12 comments :

Anonymous said...

Kalau benar fitnah, jangan selesai di luar mahkamah.

Kalau selesai di luar mahkamah, seolah-olah penuduh kekurangan bukti.

4G said...

Ptut pun cikgu bard saman...ust hadi ni byk sght kluaq stement yg ta padan dgn status nya sebgai president pas...

Anonymous said...

Publisiti murahan semata-mata untuk mencari tempat ...

Alhusseyn Alhusseyn said...

Anonymous 6:57, jgn tunjukan kebodohan diri sendiri. Cuba fahami trauma keluarga Cekgu Bard yg terpaksa dilalui kerana fitnah dari seorang yang bergelar Ulama.Masyarakat kampung sangat menghormati golongan ulama dan percaya segala apa yang depa cakap.Memanglah begitu lumrahnya kerana ulama tidak pandai menipu...Dengan tindakan undang-undang yg diambil oleh Cekgu Bard ini, diharap masyarakat akan celik sedikit bahawa kita jangan mudah mengikut membabi buta sahaja tanpa soal periksa semata-mata dia seorang ulama.Selagi dinamakan manusia, tidak ada siapa yg terlepas dari membuat silap...Manusia yang waras akan memohon kemaafan bila menyedari kesilapannya, apalagi jika dia diangkat sebagai seorang ulama...

Anonymous said...

Allah SWT berkuasa membuat seseorang yang mulia menjadi hina sekelip mata. Justeru jagalah kemulian yang dianugerahkan Allah SWT.

Anonymous said...

Dalam ceramah hadi yg berkenaan, dia kata secara umum ada calon pkr yang jual pil kuda tanpa menyatakan nama, diulangi tanpa menyatakan nama.

Kenapa cekgu bard terasa ye? saya rasa pelik juga.



Anonymous said...

saya lebih yakin tindakan yg diambil oleh hj Hadi.. Masalahnya korang membuat penilaian pertimbangan akal tanpa ilmu agama yg mendalam apatah lagi amalan korang yang jauh kurang sgt2 ..

abuamir said...

Sebenarnya yg menyebabkan TGHA jadi bergitu ialah penasihat dan org sekelilingnya. Mereka inilah yg mengunakan kedudukan TGHA utk mencapai matlamat mereka mengejar kedudukan dan kekayaan. Mereka tahu jika terus bersama PAS mereka tidak akan kaya, bahkan semakin susah tetapi jika bersama umno segalanya akan berubah. Mereka ni mahu gunakan kerusi adun/mp PAS yg dimenangi PRU13 utk meraih keuntungan diri. umno telah cuba membeli pemimpin ini dgn pelbagai janji yg muluk2.

Mereka ingat ahli bawahan PAS ni bodoh macam lembu dicucuk hidung. Mereka silap rakyat sokong PR & PAS sebab rakyat tolak umno/bn dan mahukan perubahan kerajaan. Sejak akhir2 ni pemimpin umno pun sibuk menyerukan perpaduan melayu. Kerja fitnah org ni sebahagian dari perangai pemimpin umno, apakah pemimpin PAS pun nak ikut perangai pemimpin umno? Malulah wei! mengaku jemaah Islam tetapi akhlak tak ikut Islam.

Semoga muktamar yg akan dtg kita singkirkan pemimpin yg menyeleweng dari matlamat asal PAS ditubuhkan. Islam matlamat PAS bukan ketuanan melayu.

IbnAbdHalim said...

Syabas Che'gu Bard!

Alhusseyn Alhusseyn said...

Anon 9:28:00 am , tolong baca paparan surat-surat yg tertera dlm artikel tersebut supaya kamu lebih memahaminya dgn jelas.

Anon 10:19:00 am, beritahu Hj Hadi buat solat hajat minta duit turun dari langit untuk bayar saman kelah....RM5juta??

kekura said...

a'ah kan.
Keluarga che'gu bard je yang trauma dengan fitnah yang terpaksa dilalui kerana fitnah orang.
yang awak buat dia, menyebarkan half-truth atau hearsay tentang hadi tak buat dia trauma ke?
dalam islam ni, hanya kerana seseorang tu buat salah, tidak ada kebenaran utk menuduhnya lebih dari kesalahan dia, betul? ke tak tau agama sendiri?

lantaklah awak nak cap saya geng UG pula. suka hati awaklah. asal kritik al-husseyn je, geng ug. hehehe

Anonymous said...

Tol Lebai Hadi yang maksum ni yang sebeanrnya pengguna tegar daun ketum dan pil kuda. Ulamak ptuiii...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...