GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, September 27, 2014

Kelantan jatuh jika PAS rasa boleh terus bersendirian, kata PasMa

Setiausaha PasMa Mohd Taib Ahmad meyenaraikan punca 
kekalahan PAS di Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor, dan 
menegaskan PAS perlu mengekalkan pakatan dengan rakan 
parti DAP dan PKR untuk kekal relevan. – Gambar TMI.
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubur memberi tanda jelas PAS akan kehilangan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang jika parti Islam itu terus berfikir boleh menang dengan duduk bersendirian tanpa bekerjasama dengan pihak lain, kata Setiausaha PasMa Mohd Taib Ahmad.

 Kerjasama yang baik dalam Pakatan Rakyat akan membolehkan PAS mempertahankan Kelantan daripada jatuh ke tangan Barisan Nasional, kata NGO yang menjadi pelobi kuat agar PAS teruskan kerjasama dengan Pakatan itu.

 PAS kalah dengan majoriti yang lebih besar dalam PRK Pengkalan Kubor berbanding kekalahan PKR dalam pilihan raya umum lalu.9 Calon BN Mat Razi Mat Ail memperoleh undi sebanyak 9,981 manakala calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim mendapat 7,326 undi.

 BN menang dengan majoriti lebih besar iaitu 2,635 undi berbanding kemenangan parti itu pada PRU13, iaitu 1,736 undi. Bagi PasMa, PAS perlu membuka mata seluas-luasnya ekoran kekalahan lebih besar di Pengkalan Kubor ini kerana ia memalukan parti itu selepas mengambil kerusi yang dimiliki PKR sebelum ini.

 Taib juga memberi alasan kelemahan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub dalam memahami kehendak rakyat Kelantan dan tidak dapat melaksanakan janji-janji yang ditetapkan dalam manifesto dalam pilihan raya lalu antara punca kekalahan ini.

 Penyingkiran Datuk Husam Musa, naib presiden yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan dari dalam kerajaan negeri juga menyebabkan berlaku kelemahan dalam kerajaan negeri, dakwa beliau.9 "Bukan beliau sahaja tetapi pasukan beliau yang ada dalam GLC dan parti dibersihkan oleh kepimpinan PAS Kelantan," tambahnya.

 Bagi beliau, jika perkara ini tidak dibetulkan, ia bakal menjadi penyebab kerajaan negeri Kelantan kecundang dalam pilihan raya umum akan datang.

 "Beliau perlu dikembalikan ke dalam kerajaan negeri untuk kembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri Kelantan kerana beliau mempunyai peranan yang besar bersama Tuan Guru Nik Aziz dalam membina Kelantan sehingga pilihan raya umum lalu," katanya merujuk kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat, bekas menteri besar Kelantan.

 Selain itu, Taib juga menyalahkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekalahan Pengkalan Kubor.

 "Kenyataan presiden PAS dalam muktamar mengenai PR. Kenyataaan kepada DAP dan PKR sebabkan hubungan dalam PR retak juga puncanya," kata Taib, kerana bagi beliau, keretakan dan krisis dalam PR juga menyebabkan pengundi tidak senang dengan PAS.

 Selain itu, beliau menyalahkan kenyataan pemimpin Kelantan lain, termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dan ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Aziz sebagai punca kekalahan.

 "Timbalan menteri besar dan Nik Abduh banyak membuat kenyataan mempertikai rakan-rakan dalam PR. Sebaliknya mereka memuji Umno dan BN. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang menjadi bahan serangan. Sebab itu bagi saya, rakyat Kelantan membuat keputusan yang bijak," katanya. Sebelum ini, penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof berkata sikap anak muda yang muak dengan apa yang berlaku dalam PAS dan Pakatan antara punca PAS kalah di Pengkalan Kubor.

 Menurut Agus yang menulis di dalam laman media sosial Facebook, BN menang di Pengkalan Kubor kerana anak muda sudah muak dengan cara PAS dan PR berpolitik.

 "Ini bukannya kerana BN hebat, jentera BN kuat, wang BN banyak, calon BN baik atau media BN kawal, tetapi kerana anak muda sudah bosan dengan politik PAS dan PR. "Maka ramai anak muda yang tidak akan balik mengundi, dan mereka juga tidak kisah dengan hasil pilihan raya kecil ini," katanya.

 Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mendakwa kekalahan PAS dalam PRK Pengkalan Kubor disebabkan lemahnya hubungan dalam PR.

 Timbalan presiden Umno itu berkata faktor itu menjadi pertimbangan pengundi di Pengkalan Kubor selain krisis Selangor yang dibiarkan lama berlarutan.

 "Mereka melihat keadaan PR, peristiwa yang berlaku di Selangor, perhubungan yang begitu tidak mantap antara PAS, PKR dan DAP.

 "Saya percaya pengundi di kawasan ini juga dapat membuat penilaian, situasi begini tidak baik. Kalau berterusan membawa impak tidak baik kepada Pengkalan Kubor," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail di Tumpat malam kelmarin. – 27 September, 2014. -  SUMBER 

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kekalahan calon mereka Wan Rosdi Wan Ibrahim juga kekalahan Pakatan Rakyat (PR), selepas keretakan hubungan antara rakan mereka dalam gabungan tersebut.

 Nik Aziz mempertahankan calon PAS walaupun kalah kerana menurutnya, pemilihan calon dipersetujui bersama dalam Pakatan.

 "Calon di Pengkalan Kubor adalah calon PR, bukan calon PAS sahaja. PR terima calon ini, apa lagi yang ingin dibangkitkan," kata beliau yang dipetik dalam akhbar Sinar Harian hari ini. - Baca lagi di sini
Comments
22 Comments

22 comments :

Mohd Hanafi Jusoh said...

Beliau menyalahkan ahmad yaakub...hadi awang...nik abduh...nik amar...sape lagi nk disalahkan bg list kakakakah...dia sorang je x salah kakakakakah

Anonymous said...

Pasma akankecundang lebih awal lagi. akan jadi seperpihan pihak umno satu hari kelak. Mungkin seperti yang lepas-lepas.

Anonymous said...

Selama lebih 20 tahun Pas menang dan memerintah Kelantan, apa sumbangan PKR atau DAP atau PasMa? Tapi kalau tak ada Pas bantu, PKR entak ke mana. wujud lagi ke atau pun tidak.Admin yang ahli Totok PKR tak perlulah kutip cerita kedai kopi untuk memuaskan hati kerana benci pada Pas dan ulamak.

anakdesa said...

Salam..

Terimalah realiti wahai pembahas yang tak setuja denan pandangan Pasma dan dr Agus..

Jangan cuba berdalih.. sebelum pilihan raya Pas bukan main lagi macam terlalu hebat hendakan kerusa tu..

Selapas pilihan raya mana ulasan dari pemimpain Pas kenapa senyap.

T kasih Al Husseyn..

Anonymous said...

Apa la korang....cubalah terbuka sikit komen Admin tu. Itu mmg benar dan jelas.
Aku pun PAS...rumah aku pun dekat situ jer. Tapi kata kata Admin tu betul...jgn dibanggakan dgn kisah 20 lebih memerintah Kelantan kalau sekarang dah dok supor mulo.Arwah Datuk Noor Zahidi Omar memang jaga Pengkalan Kubur tu...jenis buat kerja.

IbnAbdHalim said...

Pas dibawah TGNA dan Ahmad Yaakob tak sama. PRU14 Pas akan hilang Kelantan jika style semasa tak berubah.

Leo Scorpion said...

Ya terbukti di bawah Hadi PAS hilang Tganu, Perak dan Kedah

Anonymous said...

Baca sejarah sejak bila PAS kukuhkan pemerintahan di Klate.

Anonymous said...

PAS memerintah Kelantan dgn PERPADUAN UMMAH Semangat 46.Kalau sendiri?

bat8 said...

Anon 5:04

Kamu mengungkit jasa PAS yang tidak berbekas apa2 di negeri-negeri majoriti melayu seperti Kelantan. Bagaimana dengan layanan seperti musuh oleh PAS Terengganu kepada PKR Ganu sampai boleh tuduh calon PKR jual pil kuda.

Banyak sangat ke PKR dan DAP menang kerusi di Kelantan dan Terenģganu kerana bantuan PAS?

Inilah perangai orang bodoh sombong. Kamu lupa pertolongan PKR dan DAP memperkenalkan PAS kepada masyarakat bandar dan bukan melayu di negeri-negeri di pantai barat. Di Selangor sahaja PAS menang 15 kerusi sedang sebelum ini paling kuat hanya 1 kerusi je. Yang banyaknya PAS dapat telor ayam.

Dengan bantuan PKR dan DAP dibawah PR, pengaruh PAS semakin melebar disepanjang pantai barat dari Johor hingga ke Kedah!

JASA ORANG KEPADA PAS YANG BEGITU MENGUNTUNGKAN PAS NKO TAK NAMPAK. NKO HANYA NAMPAK BUDI PAS YANG SIPUT KEPADA PKR DI KELANTAN DAN TERENGGANU JE YANG TAK MEMBAWA PERTAMBAHAN KERUSI YANG BESARPUN BERBANDING DGN YANG PAS DAPAT DIPANTAI BARAT.

IKUT HATI MAHU AKU MAKI HAMUN JE ORANG PAS JENIS KAMU INI TETAPI AKU YANG JAHIL INI MASIH FAHAM APA ITU PERJUANGAN ISLAM. APA MAKNA PARTI ISLAM

Anonymous said...

PAS ta akan dpt Kelantan tanpa kerjasama Angkatan Perpaduan Ummah.Memory penyokong PAS telah di deletekan memory mereka dan ingat PAS boleh dpt Kelantan sendirian

Anonymous said...

Angkatan Perpaduan Ummah (Singkatan: APU) atau Angkatan Ummah merupakan satu perikatan politik di Malaysia yang bergiat dari tahun 1990 hingga tahun 1996 tetapi tidak berdaftar, oleh itu parti-parti komponennya bertanding di bawah nama masing-masing. Angkatan Ummah terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Melayu Semangat 46 (S46), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA). Kesemua parti ini terdiri daripada ahli-ahli yang merupakan Ummah (Umat) Islam, iaitu beragama Islam.

Perikatan ini pernah bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990 dan Pilihanraya Umum Malaysia 1995. Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990, mereka bekerjasama dengan Gagasan Rakyat yang terdiri daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Semangat 46 juga menyertai Gagasan Rakyat pada masa yang sama.

Angkatan Perpaduan Ummah ini dibubarkan pada tahun 1996 selepas pemimpin Semangat 46 membuat keputusan parti itu dibubarkan. Sebahagian ahlinya menyertai UMNO sementara sebahagian lagi menyertai PAS.

Anonymous said...

5:04:00..... Bila pulak admin ni masuk PKR?

Ulamak amenda kalu baruakan orang? Ularmak ada ler.....

Kita bukan membenci ulamak sbb ulamak pewaris nabi. Yg kita benci sangat2 ialah ularmak & ular dalam semak yg cakap tak srupa bikin.

Gelaran ularmak tu sapa bagi?
Hadi, nik amar atau abduh?

Anonymous said...

dulu sebelum ada kerjasama Pakatan Pas boleh kekal perintah Kelantan dari tahun 1990 smpai 2004.. percaya kpd Allah yg beri kuasa memerintah atau brtawakal kpd PKR DAP...?

Alhusseyn Alhusseyn said...

Aku berterima kasih kpd kengkawan yg komen positif mengenai entri ini. Kita mahukan kebenaran , bukan nak tuduh sembarangan tanpa fakta dan cadangan. Kita kena muhasabah diri kita. Performance kita sangat mendukacitakan.Masyarakat atas pagar banyak membatu kemenangan PAS, tp kalau PAS sendii da berkecamuk mcm ini, masyarakat semakin hilang kepercayaan kpd PAS.Macamana nak menang? Cer baca nih - PAS UMNO Mengaku Anak Beranak, Bukan masalahkah ni? - http://negarapakatanrakyat.blogspot.com/.../pangkalan...
Atau dah baca tak ni? - http://bm.therakyatpost.com/.../pas-akui-pembangunan.../

bat8 said...

Anon 12:55

Kamu ambil contoh separuh-s3paruh untuk menegakkan benang basah kamu. Kamu hanya guna Kelantan s3bagai bukti tetapi kamu sengaja melupakan kerajaan sepenggal di Terengganu dan Kedah.

Kerajaan PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah adalah kerajaan PAS hampir 100% dimana pengaruh PKR dan DAP dinegeri-negeri amat kecil.

Kalau mengikut hujah kamu, hanya kerajaan PAS Kelantan sahaja yang percaya kepada Allah. Oleh sebab itu Allah memberkati pemerintahn PAS di Kelantan s3hingga hari ini( ingat ye, Kelantan dipimpin oleh TGNA, bukan TGHH).

Berdasarkan logik kamu ini, kerajaan PAS di Terengganu dan Kedah tidak meletakkan kepercayaan kepada Allah tetapi kepada PKR dan DAP - SEBAB ITU ALLAH HANYA BAGI MEMERINTAH SEPENGGAL SAHAJA!....bukan aku kata tetapi mengikut logik yang nko k3mukakan!

Biaq betul? Takkan kerajaan PAS Terengganu yang dipimpin oleh Presiden PAS sendiri m3nolak Allah dan mengambil PKR dan DAP mengganti tempat Allah! Kamu gila ke apa menuduh TGHH begitu sedang beliau ulamak yang hebat! Tetapi itulah logik yang kamu kemukakan.

Kamu kena faham satu perkara penting tentang kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu semasa PAS mengambilalih pemerintahan dari UMNO. Kedudukan 3konomi dan pendapatan negeri Terengganu jauh l3bih baik dari negeri Kelantan.

Tetapi mengapa kerajaan PAS Terengganu pimpinan Presiden PAS sendiri yang dibarisi oleh tokoh2 hebat PAS HANYA MAMPU BERTAHAN SEP3NGGAL SAHAJA? Nko faham ke apa maknanya jika kerajaan negeri yang dipimpin oleh Presiden parti s3ndiri hanya hanya mampu bertahan hanya sepenggal sahaja - sedangkan negeri Kelantan yang dipimpin oleh tokoh ugama bukan presiden( TGNA) boleh bertahan sampai hari ini!

TGHH dan TGNA sama2 mempunyai ilmu yang hampir sama. Malah kita beri kelebihan ilmu kepada TGHH. Memerintah negeri banyak berkisar kepada kebijaksanaan politik, dalam hal ini kebijaksanaan untuk menterjemah ilmu Islam dalam politik memerintah negeri. Disini letak perbezaan dari s3gi berpolitik secara Islam diantara TGHH dan TGNA. Disini terletak kemampuan menterjemahan Islam dalam bentuk politik pemerintahan berasas kepada Islam.

Maknanya siapakah yang lebih be4jaya menerapkan Islam didalam pemerintahan n3geri yang lebih hampir dengan Islam yang Allah turunkan. INI HAKIKAT YANG AHLI PAS KENA TERIMA! Sudah t3ntu rahmat dan keberkatan Allah turunkan kepada mana-mana kerajaan yang melaksanakan Islam yang l3bih hampir kepada Islam s3b3mar kan? Ķita semua tahu hakikat ini.

Wallahualam

bat8 said...

Pembahas s3kalian,

Apabila kita membicarakan tentang kerajaan PAS Kelantan, jika jangan lupa bahawa kerajaan PAS Kelantan melalui 2 zaman: zaman pertama dari tahun 1990 -2013 dibawah TGNA dan zaman kedua dari tahu 2013 -hingga sekarang dibawah kepimpinan Nik Amar/ Ahmad Yaakob ( Nik Ama4 dok depan s3bab dia yang lebih mendominasi tindakan kerajaan berbanding dengan MB, Ahmad Yaakob. Ahmad Yaakob pun ikut kata Nik Amar).

Kita tahu zaman pertama selama 23 tahun sudah berlalu. Sekarang zaman kedua. Dari senario 6ang sedang berlaku s3karang, tanda-tanda jelas sudah kelihatan bahawa kerajaan PAS Kelantan pasca TGNA JUGA AKAN M3NJADI KERAJAANG SEPENGGAL SEPERTI KERAJAAN TUANG PRESIDENG DI GANU!

Inilah yang dikatakan bapak borek, anak rintik. Dalam bahasa politik moden --KEPIMPINANG MELALUI TAULADAN ( konsep pentadbiran TDM). KERAJAANG BOH BESOU KITA BERTAHAN SEPENGGAL, KERAJAAN KITA PONG K3NA SEP3NGGAL. TIDAK ORANG KATA....LAWAN TOKEY!

hahahaha.

Mohd Hanafi Jusoh said...

2004 pak lah baru naik jd pm mr clean diberi mandat secara besar besaran diseluruh malaysia hingga terengganu dirampas balik dan kelantan hampir jatuh...kita semua tau sistem pilihanraya kita dan manipulasi undi hantu yg menjatuh kan kerajaan terengganu 2004 kerana terengganu kuwait malaysia mesti dirampas dlm misi pak lah...dalam masa 4 tahun hampir 50k unit lot tanah diberi hak milik oleh kerajaan pas kerana mereka tahu dgn rampasan royalti pas tiada modal untuk buat sesuatu...semasa gov pas juga penjawat awam diberi penghargaan dan kebebasan pangkat diisi mengikut senioriti bukan ikut kroni mcm zaman bn siapa penjawat awam mesra bn akan pijak kepala senior mereka...zaman itu juga state gov menjadikan agenda bulanan majlis rakyat bersama barisan pimpinan negeri dan mereka boleh kemuka soalan secara bebas dan sejarah tercipta bila seorang pegawai tadbir negeri yg pro umno boleh kata dato suk dato ku azah sebagai budak tukang sapu kerajaan pas dalam majlis bulanan tersebut tanpa dikena apa2 tindakan cuma jawapan ku azah di ikut kerajaan yg memerintah dan kalau dia sbgai dato suk dikatakan tukang sapu maka pegawai tadbir negeri yg bertanya itu boleh jd mcm tukang bersih tandas...keterbukaan pas gov ketika itu menuju ke arah good governance tetapi dengan program wang ehsan yg dirampas hasil royalti dan dibahagi oleh umno bn kepada rakyat mcm duit poket pemimpin umno memberi impak yg agak teruk ke atas pas kerana hampir setiap bulan ada program wang ehsan dibahagi dan rakyat terengganu termakan budi penipu...itu sebenar yg berlaku di terengganu kerana untuk menyatakan pas terengganu gagal memerintah punca pas terengganu kalah adalah seolah olah menuduh ia semata mata faktor dalaman dan tidak ada faktor luaran iaitu serangan dan kezaliman umno bn...blog ini bagus kerana menyokong PR tetapi serangan secara konsisten ke atas pemimpin yg kita tak setuju sebagai contoh tghh seolah olah hampir menyamakan blogger PR hampir sama dengan blogger BN...iaitu serang target kita secara besar besaran tak kira betul atau salah dan puji atau defend pemimpin yg kita suka tak kira samada dia betul atau salah...contohilah blogger amenoworld walaupuj ayat dia agak kasar dari blogger alhussyene tp beliau tidak berpihak kepada siapa2 apa yg tak betul dia hentam tak kira tghh ke dsai ke lge ke semua dihentam jika buat tak betul bkn mcm setengah blogger PR yg up sahaja leader kesygan...satu lg amenoworld ni boleh dipuji kerana hanya mengulas isu yg berfakta dan apa yg beliau benar2 tahu dan konpem...dsai buat deal ngan najib di indon kita boleh lihat dengan jujur selepas pru13 tempoh hari ada tak blogger2 yg kutuk tghh ni ulas isu tu...senyap je...tak adil bro bila org yg kau puja buat silap kau senyap je...nakal :-)

Mohd Hanafi Jusoh said...

Perak sape yg lompat parti?pas ke pkr n dap?siapa tak jujur?pilih adun tangkap muat je sape yg tak trauma...kelakar la korang ni...

Mohd Hanafi Jusoh said...

Kedah kau tak bace ke kenyataan sanusi bekas setpol ust azizan...dlm isu ni pas pom salah kalau betul apa yg diberi tahu oleh sanusi sebab terlalu kompromi dlm perkara salah...pas patut lapor sprm waktu jd kerajaan lagi tak kira org yg buat salah tu rakan PR ke tak...saifuddin pom cuma sindir sanusi bukan nya nk saman sebab kata adun pkr ada hangky pangky dikedah waktu 2..beliau biasanya suka saman...kenapa biar sanusi?

Mohd Hanafi Jusoh said...

Tuan..

Politik orang kelantan tidak sama di negeri lain kerana kelantan itu digelar universiti politik oleh prof khoo kay khim di waktu negeri lain masih lg belum terbuka pemikiran politik nya kelantan telah tunjuk carq politik yg cerdik rakyatnya yg boleh tukar kerajaan bila2 masa umno dan pas telah gilir2 dan merasa perintah kelantan ini diakui oleh ahli akedemik rakyat kelantan unik berbeza dengan terengganu pada 2004 penganalisis politik beri kredit kepada personaliti pak lah dan mcm2 tekanan dan umpan wang ehsan hampir tiap bulan yg saya ulas kepada saudarq leo scorpion diatas kalau tuan perasan...tidak adil kita banding dua negeri pada tahun 2004 satu bertahan dan satu jatuh...adakah tuan yakin jika dato seri anwar perintah terengganu pada tahun 2004 dengan imej pak lah dimata pengundi atas pagar dan rampasan royalti dan tukar nama wang ehsan umpan kepada rakyat...apakah beliau juga boleh bertahan?anda yakin?2004?bkn 2014?dunia tak secelik dan sebebas hari ini capain internet 2004 tidak seluas 2014?haji hadi bukan sebijak anwar dalam politik tp jgn ingat anwar sentiasa bijak dalam tindakan politiknya (projek 16sept dan deal dengan najib di indonesia buktinya)....wasalam

p/s 16 sept ni adakah konsesus pakatan rakyat?bincang tak ngan pas dan dap?

Anonymous said...

Bat8 punya pnjang komen tapi salah paham dngan komen org lain.. kelantan tu satu contoh sahaja.. kuasa perintah Allah bg kpd Pas kekal di Kelantan tapi Allah tarik balik di Terengganu & Kedah.. Org Pas menang atau kalah di mana2 kerajaan negeri tetap yakin pd Allah bukan brtawakal pd PKR DAP.. tetiba jual nama TGHH pulak.. pncacai PKR memang jenis x paham bahasa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...