GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, September 20, 2014

Mat Sabu: Saya bukan manusia plastik

Muktamar ke-60 ini beliau menjadi sasaran daripada perwakilan PAS untuk mengkritik tindakannya yang dirasakan bercanggah dengan Hadi.

BATU PAHAT: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengatkan yang beliau juga ada terasa hati apabila menerima tomahan daripada rakyat umum dan dalam kalangan PAS yang tidak menyukai tindakannya.

“Saya juga manusia biasa, bukannya plastik. Kadang-kadang terasa hati dengan tomahan,” katanya.

Menurut Mohamad Sabu atau Mat Sabu, muktamar kali ini beliau menjadi sasaran daripada perwakilan lain untuk mengkritik tindakannya.

“Entah macam mana saya menjadi sasaran.

Tetapi saya berasa seronok bila mereka bercakap dan berterus terang dalam mengkritik dan memberi cadangan di Muktamar kali ke-60 ini.

Katanya lagi, apa yang tidak seronok gambar beliau ada pihak yang tidak menyukai tindakannya telah membubuh cat.

“Tak seronoklah, jangan buat macam itu, muslimat marah.

“Bagi yang mengkritik itu perkara biasa. Namun perjuangan kita tetap berlandaskan Islam dan tidak akn berubah,” jelasnya.

Ujarnya, apa yang beliau cakap di depan wartawan itu semuanya berdasarkan mesyuarat yang telah diputuskan oleh semua di dalam PAS.


Pada 17 Ogos lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dapat hadir dan ada masalah kesihatan.

“Tapi saya baca semua keputusan dan surat yang ditandatangani oleh Presiden. Tidak tinggal sepatah ayat pon.


“7 September juga PAS sudah buat keputusan untuk menolak jawatan menteri besar. Kami sentiasa berhubung dan mengadakan mesyuarat dalam membuat keputusan yang penting.

“Jadi tidak timbul saya mengkhianati Presiden atau membelakanginya,” katanya di sini
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Tidak mengapa abnag Mat sabu.Terguris sedikit akan cepat sembuh kerana ramai di luar sini mendoakan keshatan abang Mat.TETAPI mereka2 yang membuat abng mat terguris sebenar dia lebih lagi terguris malahan ada yang terobek jiwanya.Malam tak lena tidur,siang terpinga2.subuh lupa berdoa.tengahari lupa nak makan.petang baru dia ingat nak talkin.kah.kah.kah

Amuraria said...

kaki bodek & pukul penyokong hj hadi ni semua mangkuk tak boleh pakai punya ! ABU !

Asrul Sani said...

Betul bang Mat bukan manusia pkatik tapi manusia BESI yang kental dan mengharungi pahit maung perjuangan, makan nasi kawah penjara Kemunting, bermandi air asid FRU, ditahan polis berpuluh kali. Jika dibandingan dengan ustad BARUA PENGAMPU tersohor tu ibarat bang Mat ni hero manakala pendoa laknat tu hanyalah pencacai pengangkat najis saja tarafnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...