GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, September 17, 2014

Mat Yaakob pun dah pandai U-Turn?

                 Tak timbul Dewan Ulamak                      mahu Khalid kekal lagi


NAZRI ABDULLAH |17 September 2014.
KULAIJAYA: Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Datuk Ahmad Yakob menegur sikap media yang memetik kononnya beliau bertegas mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

 Menafikan perkara itu, beliau berkata laporan itu bukan sahaja salah, malah beliau sendiri tidak menyebutnya ketika menyampaikan Ucaptama Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat pagi tadi seperti didakwa.

 "Saya tidak hilight pun tadi. Dia dah dipecat dari parti dia dan tak ada apa lagi kita nak kepada dia.

 "Saya hanya bagi contoh pendekatan (membuat keputusan) mengikut dasar hukum Islam, bukan Ulamak Pusat nak pada Khalid lagi.

 "Yang itu tak berbangkit, tak releven lagi," katanya pada sesi penggulungan perbahasan ucaptama petang ini.

 Beberapa media pagi tadi melaporkan kononnya Dewan Ulamak masih bertegas mahukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

 Sedangkan ianya hanya menyebut secara umum dalam konteks kaedah membuat keputusan yang digunapakai oleh Dewan Ulamak khususnya melibatkan pertukaran menteri besar.

 "Apa disebut di sini ialah sebagai sebuah sebuah parti Islam di mana sebarang keputusan politik sama ada atas kerangka Pakatan Rakyat atau lain-lain hendaklah sentiasa merujuk sumber-sumber Islam.

"Jadi saya harap rakan media mengambil yang betul dalam buat laporan," tegasnya. - HARAKAHDAILY  
17/9/2014

Saya di fahamkan Teks ucapan tersebut telah diedarkan kepada petugas media yang membuat liputan di dewan IOI Palm Villa Golf and Country Club, Kulaijaya, Johor. Sebab itu media lain termasuk akbar rasmi PAS Harakah turut menyiarkan berita yang sama :

Kekal MB Selangor berasaskan hukum - Ulamak


Tambahnya, Dewan Ulamak PAS mempertegaskan bahawa pertukaran menteri besar adalah tidak perlu dan menegaskan bahawa menteri besar sedia ada perlu kekal pada jawatannya kerana Islam menekankan beban pembuktian setiap kesalahan ke atas penuduh dan selagai mana tidak dibuktikan, maka yang tertuduh hendaklah dikekalkan sebagai tidak bersalah.
Sila baca sepenuhnya di sini
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Nak buat macam mana PAS dah jadi tempat himpunan pemimpin-pemimpin Munafik dunia ke-3. Pagi cakap lain dan sebelah petangnya sudah U-Turn habis. Kita yang Islam ini pun dah rasa terlalu muak dengan "Iblis Berserban" ini, apalagi yang bukan Islam, pastinya PRU akan datang akan melondehkan sikap ego PAS di negara Demokrasi Berparlimen ini.

tok janggut said...

Pada PRU13 pertandingan 3 penjuru di bbrapa kawasan antara BN , PKR dan PAS seperti di Damansara, Sg. Aceh,dan bbrapa kawasan lagi. Adakah ianya mengikut lunas2 Islam..?? Walaupun telah dipersetujui bersama PR ianya adalah kawasan PKR.Kemudian tuduhan oleh Hj. Hadi pd calon2 PKR yg mana sehingga sekarang tiada bukti , adakah ianya juga mngikuti lunas2 ISLAM....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...