GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, September 29, 2014

OPERASI UG DI DALAM PAS IALAH MEMBUAT KENYATAAN MEDIA SECARA TERBUKA.

Ini adalah salah satu contoh operasi geng UG di dalam Pas. 

 Membuat kenyataan akhbar yang boleh menyebabkan pergeseran dalaman PR mahupun di dalam Pas sendiri berlaku.

 Nik Abduh ialah salah seorang pendokong UG (Pakatan Umno di dalam kelam) yang ingin melihat PAS berpecah dan keluar dari Pakatan Rakyat. 

 1. Kenapa Presiden PAS Hj Hadi tidak pernah menegur kumpulan ini..? 

 2. Kenapa tiada kata dua di berikan kepada mereka ini.? 

 3. Kenapa tiada tindakan disiplin keatas mereka..? 

 4. Mereka ini membuat kenyataan atas kapasiti apa..?

 JAWAPAN: Kerana Presiden PAS itu sendiri memang membenci Pakatan Rakyat kerana beliau mempunyai agenda tersembunyi bersama Umno. 

 Di belakang Nik Abduh, Khairuddin AtTakiri, Nasarudin Tantawi, Zaharuddin ( Din Ayam) dan lain-lain lagi ialah Hj Hadi itu sendiri.

 Yakinlah selagi ada UG dan Hj Hadi di dalam pimpinan Pas selagi itulah masalah tidak akan selesai. ~ Tulang Besi
Comments
2 Comments

2 comments :

bat8 said...

Tuan Haji

Kita tahu tonggak utama UG hanya beberapa kerat je. Kebanyakannya dari puak PAS Ganu. Nik Abduh bukan tonggak utama. Dia lebih kepada menjadi penumpang kepada rakit UG dari Ganu. Kita boleh teka siapa tonggak-tongak UG dari Ganu. Sebenarnya puak UG Ganu ini telah kehilangan CHIEF depa. Jadi 2nd level UG Ganu seperti WZWS dan sorang lagi yang mengambilalih tugas CHIEF yang sudah tiada. Kita tahulah bila chief dah xde, depa hentam sahaja. Tu yang kita nampak tindakan pelik2 sekarang seperti guna MSU.

TGHH ditonjolkan mutakhir ini untuk memberi kredibiliti yang setaraf dengan CHIEF. Kredibiliti mereka masih rendah didalam PAS. Tu pasai depa perguna TGHH.
.......................

Betul telahan Tuan Haji.

Seperti saya selalu kata mereka menggunakan jawatan-jawatan mereka sandang di pelbagai organ PAS untuk membuat kenyataan media yang melemahkan PAS dan PR. Dalam bahasa mudah, mereka guna jawatan didalam PAS untuk membuat kenyataan media bertujuan untuk sabotaj PR.

Kenyataan Nik Abduh adalah contoh yang jelas kerana kenyataan ini terlalu direct dan memudahkan kita nampak dengan jelas tujuan kenyataan ini.

Dah lama mereka menggunakan cara ini untuk sabotaj PR. Mungkin ramai tidak perasan kerana mereka berselindung disebalik jawatan. Juga isu yang dipilih tidaklah sebodoh dan serendah isu yang Nik Abduh keluarkan.

Percayalah puak UG sekarang kelam kabut kerana CHIEF dah xde. Hayat usefullness TGHH pun dah nak expire. TGHH dah semakin sempit ruang untuk buat onar.

Kita tengok cara depa handle isu 2 Adun PAS yang sokong DSWA. Hari kata mereka dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti. Rupanya dipanggil oleh Mustafa Ali untuk bercerita-bercerita. Mustafa Ali pulak nak tolak kepada JKPP.

Anonymous said...

Bukan lagi rahsia kerana orang awam pun tahu perjumpaan Nik Abduh & Nasrudin Hassan dengan geng Najib dan inilah hasilnya. Mereka ini merosakkan PAS dari dihormati oleh masyarakat awam. Mereka ini perlu bertaubat atau keluar dari PAS walaupun anak TGNA kerana iman itu bukan warisan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...