GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, September 13, 2014

Pakar Lari Berhalangan acara solo....


Sudah berapa kali Haji Hadi lari dan menyembunyikan dirinya daripada bertemu dengan rakan-rakan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Sampai Pemuda PR gi jumpa untuk memujuknya supaya mencari muafakat berunding menerusi MPPR menyelesaikan Isu MB Selangor dengan segera. Buruk benar kelaku orang tua nak kena pujuk oleh budak-budak muda! Cer baca status Suhaizan Kayat tu....

Satu insiatif yang patut dipuji sebagai langkah untuk mencari jalan penyelesaian yang harmoni sesama kawan dalam PR. 

Langkah tersebut terpaksa dilakukan Suhaizad memandangkan keadaan semakin meruncing. Masing-masing pihak mahu bertekak tidak mahu mengalah.

Hj Hadi pula semedang tidak mahu menghadiri mesyuarat bersama MPPR. Aleh-alehnya Mat Sabu juga yang kena hamun!

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) telah mengadakan mesyuarat beberapa kali bermula dari 23 Julai lalu,tapi Hj Hadi gagal untuk menghadirkan diri. Hinggakan MPPR terpaksa menunggu PAS bermesyuarat untuk mendapatkan pendirian mengenai isu MB Selangor.  

 PAS janji lepas raya 10 Ogos akan bermesyuarat dan akan buat keputusan mengenainya. Belum sempat bermesyuarat, Hj Hadi sudah buat kenyataan terbuka menyokong Khalid Ibrahim dan mahu beliau terus kekal sebagai MB Selangor!

Mesyuarat AJK PAS dianjak ke 13 Ogos.MPPR terpaksa tunggu lagi. Kemudian PAS anjak lagi ke 17 Ogos. MPPR terpaksa melayan karenah PAS, tunggulah juga...

 Tiba masa yang di tunggu, maka bersidanglah...ingatkan akan berlaku debat mempertahankan Khalid Ibrahim. Rupa-rupanya longlai menyerah kerana dua Adun PAS telah menyatakan sokongan kepada WAWI!

Muhaimin Sulam salah seorang AJK PAS Pusat yg bersama bermesyuarat tersebut mencatatkan sebagai berikut:
 Presiden mencdgkan WAWI sebagai calon pertama dan nama itu dicdgkan oleh PKR sendiri dan Azmin Ali sebgai calon kedua dan tanda tolak ansur PAS setelah umum mengetahui Sultan Selangor enggan memberi perkenan kpd WAWI.
 Presiden bertanya pd pandangan ahli mesyuarat. Serentak kami bersetuju dgn menyatakan setuju. Ada yg angkat tangan tanda setuju dan ada yg ketuk meja menyokong. Tiada yg membantah. Bang Mat pun menambah bhw misi utama Pas adalah kukuhkan PR dgn membawa cadangan tersebut. Keputusan itu akan dibawa ke dlm mesy PR Pusat pd 5 ptg ini.....

Mesyuarat petang itu telah memutuskan PAS hantar nama WAWI sahaja setelah Azmin Ali menarik diri. Ada sekelompok mazhab Zuhdi Marzuki bersungut dan marahkan Mohd Sabu. Mereka tak marah Hj Hadi yang ponteng mesyuarat petang tu...Naya Mat Sabu - dapat label Ayam Daging! Pasai apa Hj Hadi tak mau datang mesyuarat petang tu? Allah dan RasulNya sahaj yg tahu!

Keesokannya Hj Hadi buat PC bersama TGNA dan Mustafa Ali. Hj Hadi dan Mustafa setuju dan menyatakan tidak bercanggah dengan keputusan mesyuarat AJK PAS pada 17 Ogos yang menamakan WAWI sahaja kerana Azmin Ali menarik diri.

Oleh sebab kuatnya desakan mazhab Zuhdi tu, maka PAS terpaksa buat mesyuarat lagi pada 25 Ogos.Mesyuarat kali ini masih berpegang kepada keputusan mesyuat pada 17 Ogos.

Entah berapa kali nak mesyuarat. Pada 7 Sept lepas pun mesyuarat lagi. Hj Hadi sekali lagi menghilangkan diri....Mesyuarat banyak kali tapi keputusan tetap sendiri juga yang dipakai?

Bayangkanlah, kerana tidak berpuas hati dgn keputusan mesyuarat pada 25 Ogos tu,  Hj Hadi telah bertindak sendirian tanpa melalui pejabat SUA.Dia hantar sendiri 3 nama orang PAS. Tak siapa yg tahu siapa nama-nama tersebut. 

Bila orang kecuh dan persoalkan tindakannya itu, dia hantar sekali lagi, kali ini barulah ada nama orang PKR...korang ceklah sendiri. Cuma aku nak catatkan di sini, betapa bongkaknya Hj Hadi ini bila ahli mesyuaratnya tidak mahu menerima cadangannya. 

Korang ingat macam inikah kelaku seorang pemimpin sebuah gerakan Islam? Mesyuarat tak mahu pakai, mahu ikut kemahuan sendiri. La ni bertelagah pula dengan Luham! Bicara saman fitnah nanti suruhlah MSU jadi loyar kamu!

Contohnya terkini ialah program hari ini Sabtu13 September 2014 dimana Hj Hadi diminta menyampaikan ucapan dalam Himpunan Solidariti Ummah di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan.Hj Hadi kata dia berhalangan. 

Aku cuma teringatkan ada satu acara dalam sukan balapan yang dinamakan 'Lari Berhalangan'. Tapi setahu aku, tidaklah lari sorang-sorang diri....
  
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

selepas pkr serah pkalan kubuq pada pas, ingat boleh reda la ketegangan, rupanya as usual lebai2 buat perangai buat kerosakan.

siabdul tuduh pkr pengkhianat sbb curi 2 adun pas. bila pula 2 adun pas tu lompat parti?

sipresideng spt biasa buat konar baring berapi hendakkan khlida kekal sbg mb.

kata kerusi mb dah setuju beri pada pkr. tp knp hantar nama adun pas? knp hendak khlaid calon bebas yg tak ada sokongan majority kekal mb?

oleh krn undang2 tertinggi pas adalah al-Qur'an, hadis dan hukum buatan manusia, sila beri rujukan ayat al-Qur'an yg membenarkan fitnah dan khianat ini??

LUHAM yg dok pot pet pot pet pasal perlembagaan pas tak ada rujuk satu ayat al-Qur'an pun.

kalau tak tau mcm mn nak nak letak al-Qur'an dlm perlembagaan, mari tengok perlembagaan Iran yg korang ciplak majlis syura dan unit amal.

Article 1
The Islamic Republic is a system based on belief in:
1.the One God (as stated in the phrase "There is no god except Allah"), His exclusive ...

Article 7
In accordance with the command of the Qur'an contained in the verse ("Their affairs are by consultations among them" [42:38]) and ("Consult them in affairs" [3:159]), consultative bodies ...

Article 8
In the Islamic Republic of Iran, al-'amr bilma'ruf wa al-nahy 'an al-munkar is a universal and reciprocal duty that must be fulfilled by the people ... (This is in accordance with the Qur'anic verse; "The believers, men and women, are guardians of one another; they enjoin the good and forbid the evil" [9:71]).

Article 11
In accordance with the sacred verse of the Qur'an ("This your community is a single community, and I am your Lord, so worship Me" [21:92]), all Muslims form a single nation ...

Article 14
In accordance with the sacred verse; ("God does not forbid you to deal kindly and justly with those who have not fought against you because of your religion and who have not expelled you from your homes" [60:8]), the government of the Islamic Republic of Iran and all Mu slims are duty-bound ...

Kalau setakat sebut al-Qur'an, hadis dan hukum buatan manusia sbg undang2 tertinggi, aku rasa umno dan dap pun kata mrk parti Islam!

bat8 said...

Tuan

Ini belum cukup kow lagi. Kalau apa yang dilaporkan oleh MI kenyataan Nik Nazmi yang bersama-sama suhaizan berjumpa TGHH benar - sah TGHH boleh jadi juara MAHARAJA LAWAK MEGA 2014!

Ada ke dia beritahu dia masih mahu TSKI sebagai MB Selangor yang sekarang ni Adun bebas! Dia sendiri akan pantau performa TSKI!!!

Tak ke lawak mega ni? Satu TSKI tu Adun bebas. Bukan ahli PAS. Sapa nak sokong TSKI jadi MB? Apa sokongan TGHH yang bukan Adun Selangor sorang dah sama dengan majoriti 30 yang diperolehi oleh WAWI!

Kedua, fuh hebat betul TGHH sampai mampu pantau TSKI menjadi MB! Ini dah tahap mahaguru segala mahaguru bidang ekonomi, pentadbiran, sistem kerajaan dan serba tok nenek. Tapi bila dia jadi MB Terengganu - pun terbarai ,tunggang langgang, hanya mampu sepenggal je. Sib baikl Dun pakai penggal kalau pakai bulan....tak tahu nak kata.

hahaha. Elok le. Ajak Geng Ustaz sama tolong pantau.....hahaha

wak dol said...

Assalamualaikum w.b.t

Cikgu Hussein dah ambik borang PASMA? Banyak jawatan kosong untuk diisi di situ. Tapi sebelum join PASMA kena isi borang keluar PAS dulu la yer...

Mintak siarkan.

Anonymous said...

pas-pis-pus-pussy...

Anonymous said...

Tak pa pasmas manusia walau anjing anwar. Bedil sudah siap, peluru sudah ada. Sekarang cuma tunggu masa pasmas lakukan cubaan guling TGHH. Pasti husam akan di hapuskan, pasti mat sabu akan mati ditembak, ks, kj dan lain2 tunggu turn.
Jangan bimbang jangan gopoh. Azam sudah ada senjata sudah ada tidak perlu ke syira hapuskan anjing anwar sudah memadai.

Anonymous said...

Kemungkinan TSKI sudah diterima sebagai ahli PAS? SUA PAS pernah memaklumkan bahawa beliau telah menerima borang permohonan TSKI. Itu sebab TGHH kata dia akan pantau TSKI jika beliau kekal sebagai MB.

Asrul Sani said...

Ada juga hamba Allah yang tak faham bahawa PASMA tu NGO bukannya parti politik...nak isi borang apa ke jadahnya.

Lagi pun buat apa tubuh parti Islam yang lain. Apa yang perlu dibuat tukar kepimpinan saja. Terajang keluar pemimpin munafik yang suka cakap berbelit serta golongan pengampu mereka pasti PAS akan bertambah kuat serta dihormati

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...