GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, September 13, 2014

PAS tak tuntut, tapi kalau bagi juga....terpaksalah!


Mustafa Ali hantar juga nama orang PAS walaupun dia kata PAS TIDAK AKAN TUNTUT KERUSI MB SELANGOR kerana telah dipersetujui untuk DIBERIKAN KEPADA PKR. 

 Dan dengan sopan santunnya pula Mustafa Ali menambah kata, "Serah kepada budi bicara Sultan Selangor"  

Penutup bicara nanti : PAS terpaksa terima kerana tidak mahu dikatakan derhaka kepada Sultan dan tampal ayat dan hadis untuk mengucapkan tanda perlu mensyukuri anugerah Ilahi..... Kah! Kah! Kah! Kita orang dah tak berapa nak percaya sangat cakap Mustafa dan Hj Hadi ni. Harap-harap pada Hj Mohd Sabulah.....

KUALA LUMPUR: PAS sekali lagi menegaskan tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor yang telah dipersetujui untuk diberikan kepada PKR.

 Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata juga berkata, pada peringkat ini PAS memutuskan untuk menyerahkan isu perlantikan itu kepada budi bicara Sultan Selangor.

 "PAS pusat kekalkan keputusan yang pernah kita (PAS) buat sebelum ini iaitu tidak menuntut jawatan menteri besar selangor.

 "PAS bersetuju bahawa jawatan Menteri Besar selangor adalah ialah untuk PKR," katanya ketika sidang media selepas mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat, di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut.

 Mengulas isu calon PAS yang dikemukakan parti itu, beliau berkata PAS hanya menyerahkan nama cadangan dan ia bukan satu isu.

 Sebelum ini beliau memaklumkan PAS telah menyerahkan tiga nama calon iaitu dua dari PKR dan satu dari PAS. SUMBER
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

ingat bila PKR serah pengkalan kubor pada pas, boleh ler reda ketegangan. tapi kebahlolan puak yogi bears memang tak boleh diduga. dah ler tak berterimakasih, tapi si abdul telah menyerang pkr sbg pengkhianat. diyahoo pula presideng kata nak kekalkan khladi sipengkhianat pkr sbg mb.

org nak jernih tp dia nak keruh. kalau nak kan dunia ni jadi ler kroni umno. takkan tak tau apa balasan keatas mrk yg menjual agama.

menjual agama ialah kamu melanggar hukum Allah swt kerana habuan dunia.

mosabit said...

woitt..korang jangan mengata tghh..
dia kan ulamak...
dia akan masuk sorga...

korang ngata ulamak korang nanti akan masuk neraker tauu..

ehh salah ker apa yg aku kata tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...