GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, September 08, 2014

PAS tidak menuntut jawatan menteri besar selangor - Boleh percayakah nih?

PAS akan tolak jawatan MB Selangor - Mat Sabu

 KUALA LUMPUR: Jawatankuasa PAS Pusat hari ini memutuskan untuk kekal dengan pendirian tidak menuntut jawatan menteri besar Selangor, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata PAS juga memutuskan untuk menyerahkan kepada budi bicara Sultan Selangor untuk memutuskan nama menteri besar Selangor yang baharu.

 "PAS pusat kekalkan keputusan yang pernah kita (PAS) buat sebelum ini iaitu tidak menuntut jawatan menteri besar selangor.

 "PAS bersetuju bahawa jawatan Menteri Besar selangor adalah untuk PKR," katanya ketika sidang media selepas mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat, di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut.

 Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat ini dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan berlangsung selama lima jam bermula dari pukul 10 pagi hingga 3 petang.

 Sementara itu, Mohamad ketika ditemui selepas sidang media berkata, pihaknya akan menolak jawatan menteri besar selangor jika istana (menawarkan) jawatan berkenaan.

 "Kita tolaklah," katanya di sini 

Apakah Iskandar Samad akan patuh kpd Presiden? Atau ikut keputusan AJK PAS Pusat ?

 Kata Majlis Syura Ulamak PAS:

 Ketua yang dimaksudkan di dalam fasal tersebut mestilah difahami seperti mana disebutkan di dalam Hadis Nabi:

 اسمعو واطيعوا ولو تأمر عليكم عبد حبشي 
"Hendaklah kalian dengar dan taat, meskipun yang menjadi ketua di kalangan kalian seorang hamba berbangsa Habsyi."

 Dah kalau guna hadith tu... PKR pun blh kata hendaklah dengar & taat pd Presiden dia...

 Tapi kita PAS maka taatlah pada Ketua kita... Siapa Ketua dlm PAS? Presiden atau Mursyidul Am?

 Majlis Syura Ulamak ialah badan tertinggi jd Mursyidul Am ialah ketua kita..

Mursyidul Am kata hal berkaitan MB Selangor serah kpd Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bkn Presiden sorang jd Jawatankuasa Kerja Pas Pusat kena mesyuarat & buat keputusan yg Presiden wajib dengar & taat.

 Itu konsep SYURA dlm PAS!!- Zulhazmi At-Takanan
Comments
10 Comments

10 comments :

Anonymous said...

Baik aku dengar temberang Mahathir anak lelaki Kutty dari ulama yg berbohong

Anonymous said...

Ulama penipu dan fitnah lebih dasyat dari Mahathir atau Najib yg mereka kutuk

Anonymous said...

PAS dah jadi macam circuit belajar memandu.Ada three point turn, u turn dan parking side dan reverse parking.

Ulama yg guna Velfire kutip derma dr petani yg na beli motor pun ta mampu.

Ulama guna EP, YB untuk beli Porche utk anak

Anonymous said...

Boleh pakaikah pengakuan pemimpin PAS yang lidah bercabang ini. Tolonglah jangan busukan nama baik parti yang semakin ramai gulungan muda dan bangsa2 lain memberi sokongan.

Anonymous said...

PKR buang Khalid tanpa sebab kukuh.

Anonymous said...

PKR elok ada MB dibuang.

Anonymous said...

Kalau ikut pengalaman sebelum ini...aku tak percaya..

Anonymous said...

aku percaya YB Mat Sabu. Tapi kalau presideng dia buat onar mcm yang lepas tu, apa YB boleh buat?
Bukan salah JPP, tapi salah majlis syura yang dah jadi majlis soru.

YB kapir dpt AP, dia guna buat projek rakyat. YB pas dpt AP, dia guna buat projek sendiri.

hahahahaaa...

abuamir said...

umno buang MB terengggau sebelum ni pun tak berikan sebab pun. Tak ada pula geng UG melalak dok sokong mat said. Bila PKR buang khalid PAS dok pulun sokong khalid dgn sokongan umno tanpa syarat.

PAS pula dok mengelinjat nak jadi MB juga. Bila mesyuarat AJK PAS pusat semua setuju PAS tolak jawatan MB tetapi belakang nanti sultan pilih MB dari PAS, geng UG akan buat kona baring lagi.

Berapa banyak U-turn dah..........

Anonymous said...

Jangan kelam kabut dunia takkan berhenti lagi aku mohon kepada Allah tak payah sebok sangat. Nilai habis2 la.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...