GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, September 26, 2014

PAS umpama melukut di tepi jurang....

Bertahaluf siyasi dengan Umno? Haru Din dah bagi green light…
Entri saya kali ini lebih memfokus kepada kenyataan budak asal dari Ipoh yang berkahwing dengang budak pempuang Tengganu. Kenyataangnya di sini

Pas sebenarnya umpama melukut di tepi gantang jurang. Adanya tidaklah dirasakan sangat, tak ada pun orang tak tercari-cari…

 PAS dilihat tidak memberikan kerjasama yang diharapkan dalam isu MB Selangor selain menambahkan kemelut jadi serabut.

 Kalau Haji Hadi tidak mengkhianati persepakatan yang dibuat pada 17 Ogos itu, sudah pasti tiada kekusutan berlanjutan.

 Pas sejak krisis MB Selangor seolah-olah macam tidak perlukan PKR dan DAP.PAS dengan keputusan dan egonya sendiri. Pas selama ini merasakan PKR dan DAP yg berpaut kepada kekuatan PAS …

 Sekarang PAS berlagak macam budak samseng dan gedebe dlm PR. Tapi semasa muktamar baru lalu tak berani nak usulkan supaya Tahaluf Siayasi dikaji semula.

 Pas sebenarnya mahu disingkirkan supaya orang akan tuduh dan memburukan PKR dan DAP kerana mengkhianati PAS.

Bila PAS tersingkir, maka lebih mudahlah untuknya meneruskan agenda bertahaluf siayasi dengan Umno.Itu tujuan yang tersirat. Haru Din telah fatwakan, "Kalau dengan orang kafir pun kita dibenarkan bertahaluf siayasi, apa lagi sesama Islam..."

Tapi PKR dan DAP tidak sebodoh itu. PKR dan DAP yang bijak itu akan mengikat PAS dan membiarkan PAS mati beragan dalam PR! (Bila hilang sabar , akhirnya terpaksa keluar sendiri. Berapa lama pas boleh bertahan untuk tunggu penyingkirannya?)

 PAS kalau nak keluar kena buat muktamar khas dapatkan mandat dari ahli keluar pakatan. Itu adalah susah bagi PAS sebab bukan semua ahli PAS marahkan DAP dan PKR.PAS tidak sepakat dapat perkara tersebut.Itu sebabnya dalam muktamar tidak ada yang berani usulkan supaya tahaluf siyasi dikaji semula. Tapi duk pungpang pungpang tak sudah!
Comments
11 Comments

11 comments :

Anonymous said...

Rakyat dah kenyang dengan makan doa dan tazkirah dari PAS. Cuma para pemimpin UG PAS yang masih lapar dan tercari-cari apa yang nak dimakan setelah sebahagian besar makanan (harta negara) telah dibaham oleh UMNO. Dapat saki baki dan sisa-sisa UMNO pun jadilah kan UG?

yen uchop said...

dalam kepala aku pung ada pikiaq macam hang. Dari berada dikemuncak kerana bermuafakatang dengnanggg PR, kerana egonya pas dirampas teraju oleh pakatang perpaduang, dihatiku kini pas umpama makana sebesar cebisan makanan - tak ada nikmat makan.Kehadiran pas dalam PR dah tak ada makna apa apa bagi kami rakyat biasa, biarkanlah pas umpama siluncai dengan labunya.

Anonymous said...

Biarkan Peminpin Pas sendiri sedar dan MSU perlu sedar akan situasi masa kini.Kita tidak begitu pasti apa tujuan mengkaji Tahalul siasi yang dicadangkan oleh Harun Din.Akhirnya mereka terperangkap dengan cadangan sendiri.

4G said...

Stuju sheh husseyn...ana tgok ust harun din ni byk memberi saham merosakan hubungan pas dgn pkr dn dap. .klu kita ikuti aktiviti ust haron din dgn pkr dn dap bole kta zero..klu na bnding dgn tgna...dn umum mngetahui beliau cukup rapat dgn pemimpin2 tertinggi dn bisnes man umno..disitu kita bole nampak siapa ust haron din nie...

Amuraria said...

parti islam pembelot sudaa ! ABU !

Anonymous said...

Kebanyakan peminpin Pas kini tidak langsung mengmbil pengajaran TGNA dan tidak mahu langsung mendengar nasihat TGNA unutk mnenarik pengundi bangsa lain unutk menguatkan Pakatan,Pemimnpin Pas ego,bongkak,mereka rasakan tak perlu untuk mendapat sokongan dari bangsa lain.

Anonymous said...

Sekiranya President&the gang masih memimpin Pas percaya lah UMNO tak perlu nak susahkan diri untuk rebut balik Kelantan...ianya akan dipersembahkan dalam pinggan perak kepada UMNO oleh President& the gang.FULLSTOP

Anonymous said...

Harun din ni d perlis pun Tak laku apalagi d tempat lain

Anonymous said...

Presiden & the gang akan mempersembahkan Kelantan didalam pinggan perak dan emas kepada UMNO..UMNO tak perlu nak susahkan diri lg..tak percaya?..tunggu PRU 14

abuamir said...

PAS bertanding pilihanraya bukan nak menang aje- kalah pun tak apa. Kalau PAS menang pun PM bagi kat tengku Li org umno sebab presideng nak turun laut jadi nelayan. Apa susah kalah kat pengkalan kubur pun tak apa, jom kelaut kite............. ne, ne, ne tengganu kite. Moh kelaut semua........

Berjuang separuh mati, sampai ada yg kena ISA, penjara, gugur syahid dll. Sekarang pemimpin nak jadi nelayan pulok??? Berlawok sungguh kata mat sabu!!!

Anonymous said...

Harap gunakanlah akal fikiran sebaiknya...kita kena ingat walaupun menang ..tanggungjawab selepas kemenangan tu yg lebih utama..bagaimana kita membawa islam dlm oentadbiran dan berkerja utk rakyat...kadang2 kita rasa dah hebat sangat sampai kemenangan di utamakan dari amanah yg nak dipikul ..kita rasa pandangan kita bersama kelompok kita aje yg betul tanpa mengkaji lebih mendalam bukan sekadar akal dan strategik bahkan wajib kepada pautan bersama Ilahi.. kemudaratan akibat tersalah langkah lebih merbahaya...sekadar memburukkan pemimpin bukan jalan yg terbaik..sedarlah diri sendiri dan kelompok yg bersekutupun tak dapat menawan majoriti ahli..kalau anda rasa bijak sangat dan yakin dgn akal dan ilmu anda yakinkan dulu majoriti ahli dan terus buat apa yg ada mahukan pada parti...dok hari2 cari salah org..tapi untuk membina ummah dgn kehebatan dan misi sendiri tiada...sayang...moga Allah memberi hidayah pada kita semua..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...