GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, September 28, 2014

Pejuang Islam ini macamkah?

Aku suka dengan status sahabat saya ini, Hj Anuar Hashim :


Fakta: Pas kalah di PENGKALAN KUBUR kerana dikatakan tanpa 
sokongn Dap dan PKR. Ok je.. Jangan lak buat lupa di Telok Intan... 


 Pengkalan kubor Pas tewas tapi bukan sbg penyandang. Tempat tersebut memang kubu kuat Umno. Bermula PRU 2004 sehingga sekarang kerusi itu kekal di tangan BN.

Walaupun Pengkalan Kubor sebelum ini ditandingi oleh calon PKR, tetapi kerana PAS berhajat sangat tempat itu, maka PKR dengan rasa berat menyerahkannya kepada PAS.

Kalau PKR bertanding pun, sudah pasti kalah juga sebab PAS akan memboikot calon PKR sebagaimana PAS pernah lakukan kepada calon DAP , Dyana yang tidak bertudung dan cakap tidak sokong Hudud....

Ketika kempen PRK Pengkalan Kubur berlangsung, PAS mengecam segelintir pemimpin PAS yang dituduh terlalu mengikut telunjuk PKR dan DAP. Dah macam Perhimpunan Agong Umno bunyinya siap memaki hamun pimpinan sendiri yang tidak sehaluan dan menempelak PKR dan DAP.

Hj Hadi dalam ucapan penggulungan di muktamar berkata: 
“Ahli-ahli PAS dan pemimpin-pemimpin PAS mesti tahu kita ada perbezaan ideologi dan matlamat perjuangan. Ini mesti faham. PAS berdasarkan kepada Islam, PKR berdasarkan kepada sekular pragmatik, DAP berdasarkan kepada sekular sosialis. Kita bukan satu parti. Ini arah kita tahaluf macam satu parti, nak tidur sama, nak makan sama. Ini silap.”
Siapa yang nak tidur sama, nak makan sama? DAP dan PKR ajak sama-sama bermesyuarat. Putuskan perbezaan melalui mesyuarat. Tapi Hj Hadi selalu ponteng.Tau-tau, dia buat keputusan sendiri! Alahai.



Jangan lupa, depa ada duk mai sama-sama sewaktu penamaan calon untuk memberi semangat kepada calon PAS. Tapi hang dah kalut duk gasak rakan tahaluf sendiri, kau nak harapkan depa mai tolong? Silap hang sendiri tidak tahu menghargai rakan tahaluf. Kalut betuilah hang! Depa pun dah hilang semangat, macam mana nak mai tolong bantu bagi semangat kat hang?

Walau bagaimana pun, komposisi pengundi Cina di Pengkalan Kubur hanyalah 0.96 %, 231 orang sahaja.Tidak memberi kesan jika Cina situ memboikot PAS. Paparan berikut menunjukan perlunya PAS muhasabah diri. Jangan hanya pandai mendabik dada bangga diri: 


PAS merosot banyak berbanding BN

Undi DAP jauh merosot.Mana pergi undi DAP? 
BN tak bertambah pun...

Betui lah apa yang sahabat saya kata : Janganlah buat lupa kat Teluk Intan....Cer bandingkan betapa jauhnya merosot undi DAP sebagai penyandang yg penah memenanginya dgn majoriti besar di situ, tetapi gara-gara kawan tahaluf siasi main tikam belakang....DAP kecundang. Undi BN tidak bertambah banyak mana pun. Lihat rajah atas.Kemana pergi undi DAP sebelum ini?

Rupa-rupanya depa memerap undi kat rumah....korang bacalah sendiri analisa keputusan PRK Teluk Intan oleh Mazlan Aliman berikut:



(Penjelasan : Saya telah cuba susuli status asal di Fbook Mazlan Aliman, tapi nampaknya dia dah delete ... Saya semak  statusnya selepas May 30 dan hanya menulis pada 10 Jun 2014. Hanya Mazlan Aliman sahaja tahu kenapa. Mujurlah aku masih ada menyimpan status bekas Ketua Pemuda Tambun nih!)

Ada tak dengor DAP melenting kata PAS Barua atau pengkhianat bagai? Depa pun manusia juga, bukan plastik, itu pinjam kata-kata Mat Sabu...

Walaupun depa tu kapiak, sosialis sekular bagai... mereka tak seperti sesetengah orang kita yang pakai lebai dan berjanggut berjurai, maki seranah ikut nafsu serakah....pejuang Islam ini macamkah?
Comments
10 Comments

10 comments :

Anonymous said...

Ai..yop mike lupa ke pengkhianatan di perak..ada ke pimpinan mengutuk dap dan pkr...mike sendiri ada ke balun dema ni..entah le..

Anonymous said...

Hero mike.. adun 2 tu dah sanggup tanding tiket dap..mike idak ke nak jadi blogger dap...yg terang2 tolak hudud...cari le makan sikit dgn dap atau pkr..sambil beramal dapat sikit rejeki

Anonymous said...

Ingat yop..niat kita Allah tahu...walaupun kita nak kebenaran tapi sebernanya lebih kepada kerosakan yg lebih besar..awas balasan Allah..kita korek aib org jgn lupa nanti aib sendiri dibuka ..terduduk nyesal tak sudah..

Anonymous said...

Ontahlah admin. Orang melayu memang suka tikam melayu. tak tau kenapa

Anonymous said...

Menyampah dgn politik M'sia. Hoi semua tolonglah masalah masyarakat banyak lagi perlu diselesaikan. Hei! pemimpin Pas berhentilah mengata satu sama lain. Fed Up dgn kamu semua...... Macam ni ke pemimpin parti Islam

sanizabrinee said...

Aku sarankan Nik Label ni diam saje dan simpan kukunya sampai sidang parlimen berlangsng . Ni tidak dalam parlimen jadi syaitan bisu x berani nak berhujah.....jaguh kampung betul mamat ni .....!!!

Alhusseyn Alhusseyn said...

1. Penjelasan untuk kengkawan, saya menulis bukan kerana mewakili diri sesiapa, tetapi kerana perjuangan PAS.Saya bukan nak aibkan sesiapa, tapi ini adalah mendedahkan kebenaran yg cuba ditutup.Berhujahlah tanpa membuat tuduhan tidak berfakta.Dalam doa munajat yg panjang ada dibangkitkan ttg PRK T/Intan ni...
2. Pasal org melompat parti, parti depa pun bukan restui. Jadi jgn libatkan parti mana-mana, itu tindakan dan kelemahan peribadi masing-masing.
3.Hasnul sebelum ini berseloroh bahawa beliau masih boleh bertanding menggunakan lambang DAP. Beliau bagaimanapun menegaskan tiada hasrat langsung melompat parti.

Anonymous said...

Tolong check betul2...... orang yang taraf ulamak dok kata orang macam2 tu adakah siasah dirinya, perkataannya, kezuhudannya dan macam2nya lagi.... Kalau nafsu masih besar inda payahla bercerita macam2. nanti orang semakin meluat dan menambah kerosakan kepada agama tu sendiri..... tengoklah sirah sahabat2 nabi dan bandingkan dengan mereka2 ini....

Anonymous said...

bagus juga jadi macam ni...anai anai dah keluar dari sarangnya....

Anonymous said...

Kamu ade pg berkempen kat Teluk Intan tak? Kalau setakat dgr sembang media kopi xpayah le cerite. Aku bg duduk situ taulah cerite. Mane ade ahli PAS boikot undi. Nak cover malu jgn tuduh rakan dlm pakatan. Hakikatnya org PAS byk Bantu calon dap ni. Kalu xde org PAS calon ni x lps nak masuk kawasan melayu. Kate mike ni bodoh x siasat. Marah pulak. Ade org dap berterima kasih. Jauh sekali yg dpt makian kalah kerana PAS.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...