JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, September 17, 2014

Pengkalan Kubor : Awal-awal lagi PAS dah menyerah...


TUMPAT - Pas menyifatkan hubungan dengan parti lawan dalam PRK Pengkalan Kubor, BN amat baik dan tidak pernah timbul sebarang masalah.

 Pengarah Jentera Operasi Pilihan Raya Pas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, mereka akan memastikan hubungan baik tersebut dikekalkan bagi menjamin keharmonian dalam PRK kali ini.

 “Memang Pas dan Umno macam anak-beranak. Kami tidak bergaduh pun.

 “Pas pun berasal daripada Umno dan hubungan baik ini akan dikekalkan bukan sahaja dalam PRK ini malah di luar sana,” katanya pada sidang media di Markas Pas, di sini, semalam.

 Menurutnya, keharmonian yang ditonjolkan antara kedua-dua parti itu membolehkan pengundi rasional memilih calon yang layak berkhidmat di kawasan itu.

 “Dengan keadaan ini diharapkan dapat beri peluang kepada pengundi buat pilihan secara bijak dan demokrasi dengan tiada sebarang ugutan, dan sebarang mainan kasar secara fizikal oleh kedua-dua parti,” katanya.

 Katanya lagi, Pas memegang dua prinsip utama dalam menggerakkan jentera pilihan raya kali ini.

 “Pas tidak akan membangkitkan (isu) mengenai wakil rakyat terdahulu, Datuk Noor Zahidi Omar kerana kami amat mengenali beliau dan beliau adalah sahabat kami.

 “Kedua, kami tidak akan menyasarkan serangan kepada peribadi lawan,” katanya.

 Katanya, apa yang ingin ditekankan dalam kempen jentera pilihan raya pada kali ini adalah berkaitan dengan masalah yang dihadapi rakyat termasuk projek tebatan banjir oleh Kerajaan Persekutuan yang didakwa menghadapi pelbagai masalah.SUMBER
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

ape bende kamu tulis ni..tak paham aku

mayang zulaika said...

Politik kena ada isu, kalau tak menentang maknanya menyokong. Kalau dah menyokong jangan melawan. Banyak lagi benda yang boleh ditambah baik untuk negara. Kuatkan semangat dan tekad, jangan longlai sehingga terkulai. Tiada putus asa dalam berdakwah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...