JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, September 21, 2014

Hj Hadi tidak pandai berbohong !

Ekoran pendedahan Hadi ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor kelmarin mengenai berlakunya urusan jual beli 2 Adun PAS oleh rakan tahaluf siyasi, Saari Sungip mencabar Hj Hadi tunjukan bukti.

 Tuduhan tanpa bukti adalah fitnah. Tidak mungkin seorang Presiden gerakan Islam, pula merupakan ulamak taraf dunia sepertinya akan bercakap seenaknya. Tentu tidak ada masalah bagi Hj Hadi mengemukakan bukti mengenai tuduhannya itu.

 Kita tetap bersama dan menyokong pemimpin kita, al Fadhil Tuan Guru Hj Hadi. Beliau seorang yang sangat faqeh dan tentunya tidak pandai berbohong macam Munafiq Haraki atau orang-orang sosialis atau liberal. 

 "Mereka curi wakil rakyat kita. Inikah etika kita bertahaluf?" soal Hj Hadi.

Sehingga kini beliau masih belum mengambil apa-apa tindakan untuk melaporkannya ke pihak polis maupun SPRM. Hatinya terlalu mulia untuk buat khianat sesama kawan sebagaimana mereka telah lakukan terhadapnya - menikam kawan dibelakang!

Semoga Allah redha dengannya, insya'Allah.

 'Tunjuk Bukti Saya Dibeli' - Cabar Saari


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan bukti beliau telah dibeli oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semata-mata untuk menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 


"Tunjukkan bukti dahulu," katanya ketika dihubungi The Star Online pada Ahad. 

 Hadi dalam ucapan penggulungannya pada Sabtu mendakwa sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR 'membeli' dua Adun PAS demi mendapatkan sokongan majoriti untuk menjadikan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar. 

 Saari menjelaskan tindakannnya menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Dr Wan Azizah adalah bagi menafikan peluang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menimbulkan lebih banyak kekacauan terhadap pentadbiran kerajaan negeri. 

 "Khalid dakwa beliau mempunyai sokongan majoriti, dan dia mula memecat ahli Exco. Bagaimanapun, Khalid tidak mengadakan rundingan dengan mana-mana Adun bagi mengetahui sama ada mereka menyokong beliau atau sebaliknya. 

 "Matlamat ketika itu adalah menafikan apa yang dilakukan Khalid. Bagaimanapun, peguam menerangkan bahawa Dewan Undangan Negeri memerlukan sokongan daripada seorang lagi calon bagi mengesahkan SD berkenaan, jadi kami menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah kerana PKR dan DAP telah bersetuju dengan pencalonan beliau," katanya. 

 Saari menegaskan kesilapan yang dilakukannya hanyalah demi menyelamatkan kedudukan Pakatan Rakyat di Selangor dan membidas PAS kerana membenarkan ahli parti mencaci dan menghina beliau tanpa mengetahui kisah sebenar. 

 "Ramai sarjana Islam dalam parti, namun mereka membenarkan usul untuk mengutuk tindakan saya, perenggan mana dalam Perlembagaan parti membenarkan hukuman dijatuhkan sebelum perbicaraan dijalankan. Adakah ini sebuah parti Islam? "Di Muktamar, pengerusi tetap tidak campur tangan apabila ada perkwakilan yang memohon doa daripada Allah agar perkara buruk berlaku ke atas saya. Ini benar-benar memalukan parti," tambahnya. 

 Saari dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin merupakan dua Adun PAS yang menandatangani SD yang menyokong Dr Wan Azizah pada 14 Ogoso lalu, tiga hari sebelum PAS membuat kenyataan rasmi mengenai krisis menteri besar Selangor. -mstar ‪
Comments
15 Comments

15 comments :

Anonymous said...

Jangan ambil kira sangat apa yang di cakap olih president pas yang sakit mental. Dia bolih buat tuduhan pada sesiapa saja atau buat finah pada sesiapa tanpa 4 orang saksi. Kita kene wala' pada president. Walaupun beliau mungkin pesakit mental.

Ridd said...

Betul lah apa yang dijelaskan oleh YB hulu Kelang.

Memang Muktamar PAS kali ini Hambar dan tidak mendatang kan apa2 kebaikkan pada Rakyat.Malah mencipta sejarah ISLAM Doa laknat dalam perbahasan dan membawa perwakilan bersama sama mendoakan 2 YB wajar dihukum dan dalam erti kata mendoakan mereka hancurkan. cuba anak2 kamu mendoakan kamu laknat apa perasaan kamu? Takda bezanya pemimpin PAS dan Ibrahim Ali.

Kalau PAS benar, Keluar dari Pakatan rakyat.....!

Amat Jelas akan dekatnya akhir zaman dimana mereka yang berilmu sudah mula membuat fitnah.

Slogan Muktamar PAS 2014
" UMMAH KEARAH DOA BOOOO DAN BARUA"

Anonymous said...

hehehe ni mesti kes tipah tertipu... oops hadi tertipu lagi dgn din ayam.

pil kuda dah kena saman, belum minta maaf.

ni buat hal lagi!?

pakai jubah agama, tapi mulut... nauzubillah.

Leo Scorpion said...

Fitnah halal dlm PAS mcm fitnah pil kuda.Fitnah cuma haram kalau org UMNO cakap

Putra IJ80 said...

Tindakan ke dua dua ADUN PAS itu kelihatan BETUL bagi menyelamatkan Kerajaan PR di Selangor.

Tindakan Maki Hamun dan mendoakan keburukan pada mereka..itu Sah x Betul...

Mereka (Ke dua dua ADUN) bukan memusuhi Islam atau membunuh org Islam..mereka hanya sekadar membuat keputusan Politik pada masa itu..klu salah nasihatkan mereka dan maafkan mereka..itu lebih baik.

Wallaua'lam.

Anonymous said...

Pengikut Pas wajib berfikir dengan tenang.terbaru Dr Mahadir pulak menyokong Pas dan mengatakan Pas rosak kerana bersama dengan Anawr.Kalau dah musuh ketat menyokong pas alamat Pas tak lama lagi akan hancur sehancur2nya melainkan dengan izin Allah dan bantuan dari golongan Profesional yang kalau masih sayang kan Pas lagi

Anonymous said...

Pengikut Pas wajib berfikir dengan tenang.terbaru Dr Mahadir pulak menyokong Pas dan mengatakan Pas rosak kerana bersama dengan Anawr.Kalau dah musuh ketat menyokong pas alamat Pas tak lama lagi akan hancur sehancur2nya melainkan dengan izin Allah dan bantuan dari golongan Profesional yang kalau masih sayang kan Pas lagi

mosabit said...

dolah jatuh kerana menantu....hadi kalau jatuh kerana menantu...ini semua pasal harta benda.....

donia donia....harta menghalalkan segala tindakan...

manusia sama saja yg jahil atau yg ulamak....

bodoh kerana taknak belajar..

ulamak kerana sombong bodoh....

Malaysiabaru said...

Salam sempena amanat hadi 40 tahun yg kafirkan umno ,pihak dengan hormatnya istihar haji hadi bin ayoh pin besut ganu sebagai murtah alkafirun al harami.

masyaallah

Anonymous said...

2 adun mesti saman hadi utk bersihkan nama baik dia dan keluarga serta sanak saudara...

Asrul Sani said...

Sebenarnya Hj Hadi sokong TSKI supaya kekal jafi MB sebab bimbangkan kalau-kalau menantu Din Ayam diterajang keluar dari Kumpulan Perangsang....hilanglah segala imbuhan duniawi. Hanya itulah sebenarnya tahap keimanan Presiden PAS yang berdaya memperdaya pengikut2 yang tidak berpelajaran dengan istilah wala' dan sebagainya.

Sementara itu beberapa pemimpin parti yang menggelarkan (self proclaim) diri mereka ularmak dan bercitacita tinggi untuk meningkat hairaki mereka terus berperanan selaku pengampu dan penjilat tersohor....sisp drngan doa laknat terhadap pemimpin no2 yang terlslu besar jasa krpada parti berbanding dengan BARUA PENGAMPU yang berdoa tersebut.

Dengar sini baikbaik wahai barua yg berdoa...yes you MORON.....kalau aku terserempak dengan engkau tak kira di mana aku akan tampar engkau kerana mrndoakan pemimpin yang aku senangi.

abuamir said...

Kalau nak tahu cerita sebenar kena tanya Din Ayam atau tengah sibuk kira saham 400K berapa banyak untung masuk poket. Kalau macam ni lebih baik kerja fitnah org sebab banyak untung wooo.....

Kau ingat syurga atau neraka tu milik ulama ke? Ulama yg jahat tu umpama anjing yg menjelirkan lidah sama ada kau berikan atau tidak makanan.

Anonymous said...

Kaji dulu apa presiden cakap...kedua2 adun tersebut telah dibeli baiahnya keputusannya pemikirannya..tak semestinya dgn wang ringgit tapi dgn pengaruh dan percakapan nahhoda jelmaan sudah cukup terbukti...kasihan dgn korang nie..pemikiran dan pengorbanan pada parti tak tahu mana tahapnya..tapi hentam org yg banyak berjasa pada parti langsung tiada sifat kasih sayang..

bat8 said...

Anon 9:00

Kena kaji hujah kedua-dua belah pihak. Tak boleh pakai sebelah je. Itulah namanya bersikap adil. Masing-masing punya hujah dan sandaran. Gunalah akal yang Allah berikan untuk menilai hujah mana yang lebih munasabah dengan apa yang berlaku didepan mata kita.

Jasa dan kerosakan adalah 2 perkara berbeza. Jangan kerana jasa-jasa masa lampau kita terpaksa membiarkan kerosakan yang dibuat berterusan. Bila bercakap pasal parti, pemimpin mempunyai hayat kepimpinannya. Tetapi parti tetap wujud dan bergerak terus kehadapan.

Kita ambil contoh jasa Almarhum Tan Sri Dato Asri Hj Muda. Jasanya membina PAS setelah Dr Burhanudin Helmi ama5 besar. Kekuatan PAS di Kelantan dan Terengganu boleh dikatakan usaha dia sorang. Tetapi apabila kepimpinannya mula merugikan PAS, beliau telah diturunkan dari jawatan YDP PAS Malaysia dengan cara agak memalukan.

Begitu juga dengan TGHH.Dia juga manusia biasa. Memang kita akui jasa dan ketinggian ilmunya. Tetapi sebagai makhluk yang bersifat baru, dia juga tidak terlepas dari kelemahan2 sebagai manusia apabila usia semakin lanjut.

Dalam kedudukan TGHH, untuk menjaga tahap keulamakannya, jika tiba masa untuk beliau berundur, kita kena pastikan apa yang terjadi kepada Almarhum Dato Asri tidak berlaku kepada TGHH

Faham dan hadam bendacni betul2

bat8 said...

Bandingkan kenyataan Tuang Presideng dengang alasang 2 Adun itu.

Depa cakap depa pertahan kerajaang PR, pertahang tahaluf siyasi PAS dengan PR. Sekarang tahaluf siyasi itu masih menjadi pendirian PAS yang mesti diwalakan. TGHH nak runtuhkan kerajaang PR dan melanggar tahaluf siyasi dengan PR yang menjadi dasar PAS sekarang.

Tahaluf siyasi ini adalah keputusan Muktamar Ipoh 2008. Keputusan muktamar xde sesiapa boleh ubah termasuk TGHH atau MSU.

Sekarang siapa yang melanggar tahaluf siyasi dan keputusan muktamar Ipoh 2008. TGHH/MSU atau 2 Adun 2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...