JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, September 07, 2014

Perlakuan yang tidak senonoh sebeginikah yang Subki Latif mahu kita semua setujui?

Pakatan mesti bersetuju untuk tidak setuju 
SUBKY LATIF | 05 September 2014.


Subky Latif para 1, 2 & 3

APABILA PKR tidak setuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menjadi menteri besar Selangor, PAS setuju dia terus menjadi menteri besar. Masing-masing ada sebabnya. Apabila PKR/DAP setuju memberi 1 nama saja kepada istana sebagai calon MB baharu, PAS setuju memberi lebih 2 nama seperti yang dikehendaki istana.

 Ia adalah satu dua contoh bagi Pakatan ada yang tidak disetujui sesama sendiri. Di samping banyak disepakati tetapi tidak semua boleh dipersetujui semua. Dalam semua muafakat dan kerjasama tidak semua dipersetujui.

 Maka setiap kerabat Pakatan wajar belajar hakikat ini.

Ulasan al-Husseyn

Pada 25 Julai 2014, Haji Hadi telah membuat kenyataan terbuka menyokong Khalid Ibrahim supaya terus dikekalkan sebagai MB Selangor, walhal beliau telah bersetuju untuk mengambil ketetapan melalui mesyuarat yang di jangkakan berlaku pada 108; tetapi telah dianjak ke 138 dan hanya bersidang pada pagi 178.

 Agak mengejutkan kerana Hj Hadi langsung tidak mempertahankan Khalid Ibrahim, sebaliknya mencadangkan nama Dr Wan Azizah sebagai nama calon pertama dan Azmin Ali sebagai calon nombor dua. Semua AJK Pusat sebulat suara menyetujui cadangan tersebut.Mesyuarat 

 Maka mesyuarat AJK PAS pada pagi 178 itu telah bersetuju menyingkirkan Khalid Ibrahim dan memutuskan menghantar dua nama sebagaimana yang diusulkan oleh Presiden, Haji Hadi iaitu- Cadangan pertama, Dr Wan Azizah dan cadangan kedua ialah Azmin Ali.

 
Pada mesyuarat MPPR disebelah petang di hari yang sama, Presiden PAS yg diwakili oleh Timblannya, Hj Mohd Sabu telah bersetuju untuk bersetuju, menghantar satu nama sahaja iaitu Dr Wan Azizah kerana penama kedua iaitu Azmin Ali telah menarik diri.

 Pada keesokannya, 198, di Kota Baru Kelantan, PC diadakan oleh Presiden , SUA Mustafa Ali bersama TGNA . Apabila dikemukakan samada Presiden bersetuju dengan hanya nama Dr Azizah dikemukakan kerana Azmin Ali menarik diri, ketiga-tiga mereka telah menyatakan bahawa perkara tersebut tidak bercanggah dengan keputusan mesyuarat yang telah AJK putuskan pada 178. 
3:55-4:59 ~ Wartawan: Sekiranya, minta maaf… diserahkan nama Wan Azizah, tidakkah bercanggah dengan… 
4:00 – 4:06 ~ Mustafa Ali: Tak! Tak! Tak! Tak! tu… tidak bercanggah! Itu kaedah sahaja. (kedenganran TGHH turut ‘bertaktak’ dan mengatakan ‘tidak bercanggah’ juga) Videonya di sini
 Maka setiap ahli jemaah PAS perlu ingat hakikat ini, bahawa Presiden telah bersetuju untuk bersetuju dengan keputusan PKR dan DAP iaitu, mmpersembahkan hanya satu nama sahaja iaitu Dr Wan Azizah kebawah duli Sultan untuk diperkenankan.


 Subki Latif para 4 hingga akirnya

Jika semua yang ada pada PKR dan semua yang dikehendaki PKR dipersetujui PAS, maka tiada perlu lagi PAS wujud. Tutup parti dan semua ahli PAS masuk PKR. Jika semua yang PAS mahu dipersetujui Anwar tidak dia membentuk partinya sendiri. Masuk saja PAS selepas dipecat Umno.

 Anwar dan DAP setuju kepada parti berbagai kaum, sama-sama anti rasuah dan penyelewengan, mahu menegakkan keadilan dan kerajaan yang anjal. Patutnya Anwar masuk saja DAP atau DAP dibubarkan supaya semua bersama dalam PKR. Tetapi kerana ada yang sama-sama tidak setuju, PKR tidak boleh masuk DAP dan DAP tidak boleh masuk PKR.

 Hatta dalam perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad dengan musyrikin Quraisy, ada yang mereka setuju dan tidak setuju. Pertama mereka setuju untuk mengadakan perjanjian. apabila setuju mereka merangka perjanjian. Pertama mereka tidak setuju ialah tajuk perjanjian. Saidina Ali yang merangka menyebut ia adalah Perjanjian Antara Nabi Muhammad dan Quraisy. Musyrikin menolak tajuk rangka itu menggunakan kalimah Nabi Muhammad. Mereka mahu disebut antara Muhammad dan mereka saja. Nabi pun bertanya, apa beza antara Muhammad dan Nabi Muhammad? Kedua-duanya adalah orang yang sama. Jawab mereka, mereka tidak menerima Muhammad itu Nabi. Kalau mereka setuju Muhammad itu Nabi dan Rasul, tidak mereka berada di sebelah menentang Nabi, tentulah mereka bersamanya. Nabi setuju padam kalimah yang dipersetujui itu. Saidina Ali enggan memadamnya, lalu baginda sendiri mengambil rangka itu dan memadam kalimah yang tidak disetujui.

 Demikian juga DAP tidak setuju dengan konsep negara Islam dan hudud yang dirangka PAS sebelum kewujudan Pakatan Rakyat maka tiada ia disebut dalam perkara yang disepakati setakat ini. Daripada segi logiknya, jika mereka setuju dengan perjuangan PAS tentulah mereka menyertai PAS dan bersama dengan agamanya.

 Jika demikian apa yang PAS tunggu? Maka teruskan dengan program dan strategi dakwah, bukan saja terhadap orang bukan Islam bahkan juga terhadap yang lahir sebagai Islam yang belum terbuka hatinya untuk beriman kepada perintah itu.

 Apa pun yang paling penting tentang muafakaat yang ada ialah bersetuju mengadakan muafakat bagi mengambil alih Putrajaya dan melakukan perubahan ke arah keadilan dan kebenaran dalam kerangka yang dipersetujui kita banyak perbezaan dan jangan perbezaan itu menghalang untuk mencari kebaikan.

 Sedangkan gigi dan lidah lagi tergigit, maka kita tetap setuju gigi dan lidah tidak terpisah. Janganlah kerana takut lidah tergigit kita cabut semua gigi atau kita potong lidah.

 Apabila kita tahu kita ada perbezaan, maka jangan kita fikir kitalah raja, kemahuan kita yang mesti diikut, kemahuan orang tidak diambil kira. Sedang sekarang raja pun mendengar rakyat, maka janganlah sesama rakyat hendak jadi macam raja zaman dulu. – HARAKAHDAILY 5/9/2014

Ulasan al-Husseyn

Saya tidak mahu membuang masa mengulas panjang pemikiran Subki Latif ini yang banyak berkisar mengenai masalah perbezaan pendapat.

Cukuplah sekadar saya tanyakan beliau, perlukah juga MCA, MIC dan lain-lain parti gabungan BN itu tidak membubarkan parti mereka masing-masing dan jadi Umno? Adakah MCA atau MIC pernah buat kecuh atau campur tangan dalam perlantikan MB Umno dinegeri-negeri BN atau dalam mencalonkan PM Malaysia?

 Persoalan yang sedang kita hadapi sekarang ini bukanlah mengenai perbezaan pendapat dikalangan rakan komponen PR khususnya dalam isu MB Selangor. Tetapi adalah mengenai pendirian Presiden PAS yang kelam kabut dan berserabut!

Bagaimana Presiden setelah bersetuju untuk bersetuju dengan ketetapan pada 178 dan diperjelaskan lagi dengan PC bersama TGNA pada 188 di Kota Baru Kelantan. 

Semua orang berasa lega bila pengumuman mesyuarat MPPR pada petang 178 itu diumumkan kepada ramai.Hanya segelintir dari kalangan PAS yang pro UG bengkak lalu menuduh Hj Mohd Sabu mengkhianati kehendak parti.Waima pada PC di Kota Baru 188 itu amat jelas Hj Hadi menyokong apa yang Mohd Sabu lakukan itu dan menyatakan itu tidak menyalahi keputusan mesyuarat AJK PAS 178.

Ketidakpuasan hati kalangan ini telah menyebabkan PAS membuat U-turn tajam! 

Pada 22hb Ogos 2014, Mustafa Ali enggan menandatangani surat yg di buat Peguam ke tiga-tiga parti sebagai persetujuan menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon MB Selangor.  Ini membuatkan PAS terpaksa mengadakan satu lagi mesyuarat tergempar pada 258.

Mesyuarat kali ini telah menyaksikan ketegangan berlaku di antara Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan Haji Hadi berhubung usaha PAS menyokong Azmin untuk jawatan tertinggi negeri itu berbanding Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, lapor The Malaysian Insider.

SUA, Mustafa Ali hanya membacakan tiga potong ayat pendek dan ringkas :

 "Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar Selangor"

 Sebenarnya yang dipersetujui oleh Mesyuarat ialah mengekalkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 17 Ogos 2014 dan seterusnya menyerahkan kepada Tuanku Sultan memilih di antara dua (2) nama yang dicadangkan oleh Pas sebelum ini.

 Kenapa di dalam kenyataan media Setiausaha Agung tidak menyebut bahawa keputusan 17 Ogos 2014 kekal? Kenapa Setiausaha Agung hanya menyatakan mesyuarat bersetuju menyerahkan kepada Sultan tanpa menyebut bahawa Sultan perlu memilih antara dua (2) nama yang dicadangkan?? 

Dan yang paling , paling mengerikan apabila Haji Hadi buat U-Turn baring hingga mencecah telinga, langgar apa segala yang ada, buat keputusan sendiri dengan menghantar nama 3 calon MB tanpa menyertakan nama Dr Wan Azizah dan jiga Azmin Ali. Tiada siapa mengetahuinya walaupun Timbalannya sendiri , Haji Mohd Sabu dan lain-lain AJK PAS Pusat.

 Pihak Presiden telah menghantarnya sebelum tarikh 3 September tanpa melalui Pejabat Setiausaha Agung Pas.

Dengan bangganya kali ini dia seolah-olah mendabik dada dengan mengatakan, Presiden PAS ada kuasa lantik Menteri Besar.... Dia lupa bahawa dia adalah Presiden parti yang berpelambagaan, dilantik oleh jemaah dan seharusnya berkhidmat bagi kepentingan jemaah.

Apakah perlakuan yang tidak senonoh sebeginikah  yang Subki Latif mahu kita semua persetujui?
Comments
10 Comments

10 comments :

Anonymous said...

Bila dah lama dan banyak berfikir paai politik lambat laung dia nyanyuk la. Dah la subky, otak hg dah tumpoi.

Anonymous said...

Telah wujud di dalam parti PAS perbuatan matlamat menghalalkan cara. Segelintir pemimpinnya telah mula ada sifat sombong,bongkak dan munafik. Cakap lain buat lain. sifatnya sangat bertentangan dengan imej parti PAS sebagai sebuah parti yg memperjuangkan Islam.

Anonymous said...

Apa yang kau tahu.

Anonymous said...

PAS sekarang aku lihat macam kapal lanun.

XUMNO said...

Dan Pas pun tidaka nmahu Kamu bersetuju dengan keputusan Presiden Pas. Takkan tak faham lagi maksud perkataan Pakatan.Sedangkan adik beradik dalam satu keluarga masing2 mempunyai pandangan dan pendirian sendiri dalam satu2 perkara; inikan pula satu pakatan longgar parti2 yang mempunyai idealism dan agenda sendiri.Bak kata Pak Subky, dari awal prinsip "Bersetuju untuk tidak setuju" mesti menjadi teras PR. Masing2 kena hormat pendirian masing2 parti walaupun tidak bersetuju dengan sesuatu isu.Yang dipersujui dari awal ialah menentang penyalahgunaan kuasa, kronisma, dan ketidakadilan.Kalau syarat PR ialah semua mesti setuju, baik semua parti dalam PR dibubarkan dan buat satu parti baru.

1Crony said...

Agaknya betullah slogan "PAS ganti UMNO", bilamana dalam UMNO setiap yang pemimpin atasan (PM) mahukan (perintah) pastinya senior-senior politiking UMNO akan menyokong walaupun tidakan itu dilihat membebankan dan menindas rakyat pastinya mendapat sokongan. Apa bezanya dengan PAS? Subky Latif ini dikira orang senior PAS (tak termasuk Tn Al-Husseyn) tapi masih jua mencari helah dan butiran bagi menyokong apa juga tindakan Tuang Presiden melalui tulisan beliau di Harakah. Tak takutkah nanti sokongan yang beliau berikan itu ibart sokongan yang membawa rebah? Adakah beliau tidak mengetahui bahawa integriti itu adalah nadi bagi agama yang bergelar "Islam"? Saya rasa jawapan dari admin sudah memadai untuk memberi sedikit pencerahan kepada penulis (cari makan) ini.

Anonymous said...

elok la mb pas..aku sokong
pkr nanti lompat parti

Anonymous said...

They are supposed agree not to disagree. The problem is crack from within. Its because of the unclear duty of bodies within PAS and mode or mechanism between bodies as the projection of some natural oligarchy were not specified plus greediness, conflict of interest and fear factors between them. They are supposed have researches and guides especially to contain or control the spiil over effects of thei gainef power. But the Syuro Concil keep their gides in their headgears instead of instilling them to th mechanism.
The priciples is very clear. It shoulf be the party first instead of individual. But because lacks of guides sometime individual riding over the party....

Anonymous said...

Yang aku herannya kenapa org yg berkebolehan memimpin tu tak hadir sendiri mesy. MPPR pada 17.08.2014 ( petang ). Kenapa wakilkan kpd org lain. Takut nak berhujahkah. Bila keputusan tak ikut kehendaknya mulalah buat onar, sendiri tak mahu hadir. Apa jenis pemimpin mcm ni.

Anonymous said...

anwar ibrahim tu hgpa lupa dia umno..pkr skrg pun cm umno atau bn...dap tu suka kt pkr sbb ramai jugak cha
.dan india juga..bla bla bla....aku tetap sokong subky yg pertahan kn pas...tau depa marah kt hg sbb hg da warning kt pkr safudin...saifudin tu pun ex umno..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...