KELANTAN

KELANTAN
TABUNG BANJIR KELANTAN

SUMBANGAN DANA

SUMBANGAN DANA
HARD TALK

Tuesday, September 30, 2014

Saari: Bahaya PAS 'cuba bolot' tafsiran Islam


ADUN PAS Saari Sungib berkata PAS kini meniti jalan bahaya apabila merasakan pihak lain tidak mempunyai hak untuk mentakrifkan perjuangan dan pandangan Islam selain daripada perspektif parti itu sendiri.

Walaupun dilabel "barua" oleh presidennya sendiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kini berdepan dengan tindakan disiplin, aktivis veteran ini berkongsi pandangannya dengan Malaysiakini ketika ditemui di sebuah acara hujung minggu lalu.

 Saari mempunyai latar belakang yang menarik.

 Beliau pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kemudiannya menulis beberapa buku mengenai hak asasi manusia dan Islam.

 Malah beliau juga merupakan pengasas Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).

 ADUN Hulu Kelang ini turut menjadi mangsa 'kemarahan' Hadi kerana menginkari arahan parti dan menyebelahi PKR dan DAP ketika krisis menteri besar Selangor.

 Insiden itu sekali lagi menunjukkan wujudnya pergeseran antara golongan ulama dan profesional yang ada di dalam PAS.

 Mengimbas kembali, pada tahun 1982, Saari berkata, PAS pada ketika itu menganggap diri mereka sebagai satu-satunya badan atau jemaah politik Islam, manakala gerakan yang sama seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan JIM dilihat sebagai entiti yang memecahbelahkan orang Islam.

 "Sejak bertahun-tahun lamanya, PAS membina satu kefahaman, hanya dialah yang mempunyai dasar perjuangan Islam, berdasarkan Islam yang layak untuk menginterpretasikan serta mentafsirkan apa sahaja berdasarkan perspektif Islam dan yang lain tidak ada hak.

 "Ini amat berbahaya," katanya.

 Saari berkata, walaupun PAS telah wujud selama enam dekad, namun parti itu belum bersedia jika ia melibatkan kepelbagaian sudut pandangan.

 "PAS lebih 60 tahun pengalaman tetapi tidak menyediakan kepimpinannya, suasana politiknya, kekuatan intelektualnya untuk bertemu dengan kepelbagaian pendapat.

 "Jika tidak ada kuasa, anda tidak akan rasa tetapi apabila anda mempunyai kuasa, anda rasa terancam dan berasa dicabar dan anda berasa tidak selesa.

 "Dan anda mahu gunakan kuasa anda," katanya. SUMBER
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Betui betui...cuba kalau ada 1 kerusi parlimen saja....tentu oresiden PAS tidak angkuh, mungkir janji, buat keputusan sendiri maki anak buah barua dan sebagainya. Bila parlimen Temerloh berjaya di tawan, Tantawi merasakan kepalanya lebih besar dari serban tanpa berfikir sejenak bahawa kebencian pengundi terhadap umno yang membri kenangan kepada beliau. Sekarang kita tengok PRU14 nanti...

Anonymous said...

tapi bab presiden kata barua, kena beli, broker ..... tu memang menyedihkan lah.

sesiapapun yg menyokong PR akan bertindak seperti 2 adun PAS hero itu demi menyelamatkan PR di selangor.

kemarahan presiden mcm luahan peribadi dan agenda peribadi. mcm marah sebb 'miss' sesuatu.

konon nk selamatkan org PAS dpd neraka kerana khalid belum didapati bersalah.

Saidina Omar rdh memecat khalid alwalid tanpa sebab dan tanpa kesalahan. itu strategi.

takkan lah sebb pecat khalid ibrahim(bukan khalid alwalid) maka dianggap buat zalim dan masuk neraka.

PKR bukan memecat atau memerangi Khalifah Negara Islam, hanya nk ganti MB selangor, apa masalahnya?

jgnla jadi mcm Abu Bakar Baghdadi (ISIS) yg angkat diri jadi khalifah umat islam konon dan sesiapa yg lawan dia maka mereka mesti diperangi dan dibunuh.

tugas PAS buktikan mereka boleh tawan semula Kedah Perak dan Tganu dan pertahan Ktan pada PRU14.

tidak ada sesapa nk buli PAS. kalau parti lemah, jgn salahkan org lain konon buli.

berbaik2 dgn umno...ini yg nk masuk perangkap buli umno. mana baik utk rakyat, sekular umno atau 'sekular' PKR?

Anonymous said...

Hahahaaa..

ADUN PAS sendiri yang kata PAS nak bolot segala definasi mengenai Islam d Malaysia..; sehinggakan orang lain yang tak ikut PAS adalah sesat...!

Mintak tolong ADUN (yang Presiden dia panggil 'barua') ini pegi cakap ayat seperti itu dipentas2 PAS.., contohnya di Muktamar PAS ker.., atapun di depan Nik Aziz Mursyidul Am PAS tu...

Terjahan ayat 'hanya PAS yang Islam' lah sebenarnya yang menyesatkan orang2 Islam di negara ini, sebenarnya. Dah lamaa dah orang 'luar PAS' yang cakap begituu.

Hahahaha... Memang parti huruhara betul laa korang..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...