JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, September 29, 2014

Saari, Hasnul mengadap lembaga disiplin PAS pagi ini...


Dua wakil rakyat PAS menyokong Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor sebelum partinya membuat pendirian sebelum ini akan berdepan lembaga disiplin esok. Beritanya selanjutnya di sini.

 Setelah dikutuk dan dilabel sebagai BARUA, Badan Disiplin PAS baru nak bertindak. Apakah proses ini bertujuan untuk mengesahkan bahawa mereka berdua ini benar-benar pengkhianat dan patut menerima anugerah BARUA atau mereka akan dibersihkan dari label tersebut?

Implikasinya sangat serius. Kalau keduanya didapati bersalah, label tersebut akan kekal sampai bila-bila. Kalau keduanya dimaafkan, label tersebut juga masih mengharungi mereka.... Bahawa kita sebagai rakyat dapat belajar melalui episod ini, jangan nak mandai-mandai nak tolong kawan yg bila ditimpa musibah.(Jumpa orang nak tenggelam, jgn ngada-ngada nak pi terjun tolong, kena tunggu dapat kebenaran tertentu terlebih dahulu?)

Andainya, andainya....(ini adalah agak mustahil) mereka berdua didapati tidak bersalah, sanggupkah nanti Hj Hadi dan yang lain-lain itu minta maaf kerana melabelkan mereka dengan Barua? Kalau ikut rekod, memang agak payah Hj Hadi nak minta maaf.... 

Walau apa pun jgnlah risaukan sangat pasal perkara ini. Kita harap mereka berdua akan mendapat pembelaan yang adil menerusi proses ini. Rakyat akan memerhati dan turut sama menghakimi tindakan keatas mereka nanti.

Berikut ini adalah  ULASAN GB  mengenai dua orang yang dituduh Barua oleh Hj Hadi :

  Pertama heboh sangat di media sosial hari ini dengan memetik satu laporan dari sebuah portal tabloid tempatan menyatakan bahawa ADUN Morib Hasnul Baharudin akan bertanding menggunakan lambang DAP.

 Maka pelbagai kutukan dihamburkan terhadap beliau oleh sekumpulan ahli PAS dan mendesak beliau keluar dari parti.

 Sedangkan beliau hanya berseloroh berkata demikian dan beliau tiada hasrat lansung untuk melompat parti.

 Sementelah lagi bukankah Presiden PAS sendiri, Abdul Hadi Awang semasa pilihanraya kecil Teluk Intan pernah mengkagumi dengan keberanian Dyana Sofya Mohd Daud untuk bertanding sebagai calon DAP?

 Kedua soal merit kesalahan. Kita tak tahu pertuduhan yang sebenar. Ada yang menyatakan kerana mendatangani SD. Jika itu satu kesalahan, menjadi tanggungjawab pihak pendakwa untuk membuktikan bila larangan untuk tandatangan SD itu dilkeluarkan.

 Jika dikatakan melanggar keputusan Majlis Syura Ulama yang membuat ketetapan menyokong TS Khalid sebagai MB Selangor ketika itu, Majlis Syura Ulama sendiri yang membuat keputusan meminta Khalid Ibrahim melanggar peraturan partinya yang telah menyuruh beliau letak jawatan. Jadi tidakkah wajar kedua-dua ADUN itu mengingkari keputusan Majlis Syura? 

 Keempat soal lembaga Disiplin. Kita tidak tahu sebenarnya siapa yang mempengerusikan Lembaga Disiplin PAS ketika ini. Perlantikannya begitu "rahsia" sehingga ahli-ahli masih kabur "who's who" di dalam lembaga tersebut.

 Kita berharap siasatan dan penghakiman akan berjalan dengana adil dan saksama. Tidak seperti masa-masa lalu dimana Pengerusi Lembaga Disiplin yang bias menyebabkan hukuman dijatuhkan jelas pincang. 

 Di dalam kes di mana Khalid Samad dan Hassan Ali di bawa ke Lembaga Disiplin pada beberapa tahun yang lalu, Jawatankuasa Disiplin PAS yang pada ketika itu dipengurusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man yang umum tahu beliau adalah dari kumpulan UG telah menjatuhkan hukuman Khalid bersalah dan digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor ketika itu Hasan Ali hanya diberi amaran bertulis. Khalid Samad juga digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat ketika itu.

 Keputusan itu menyebabkan banyak pihak tidak puashati dan mempersoalkan kewibawaan Tuan Ibrahim Tuan Man yang pada pandangan mereka bias dan berpihak serta tidak mempunyai latarbelakang undang-undang yang telah dilantik "secara kedai kopi" sebagai pengerusi Jawatankuasa disiplin parti. 

Akhirnya hukum Allah berjalan, Allah s.w.t. menunjukkan bahawa Hassan Ali itu yang bersalah dan akhirnya dipecat dari parti dan Khalid Samad kekal di dalam PAS!

 Apa yang kita lihat Perlembagaan PAS memperuntukkan Lemabaga Disiplin PAS dilantik oleh Majlis Syura Ulama. Namun persoalan kini ialah Majlis Syura Ulama yang ada sekarang ini belum diperkasakan, peranan dan keanggotaannya belum lagi diperkemaskan, bagaimana mereka boleh membuat perlantikan tersebut?

 Keadilan itu bukan sekadar ditegakkan tetapi mesti dilihat ditegakkan. Itu prinsip asas keadilan. Di dalam Islam, Rasulullah (s.a.w) berkata: Hakim ada tiga jenis, salah seorang daripada mereka akan pergi ke syurga dan dua Neraka. Satu yang akan pergi ke syurga adalah seorang lelaki yang tahu apa yang betul dan memberi pertimbangan sewajarnya, tetapi seorang yang tahu apa yang betul dan bertindak secara penindasan dalam penghakimannya akan pergi ke neraka dan seorang lelaki yang memberikan penghakiman bagi orang apabila dia jahil akan pergi ke neraka. 

 GB tertarik dengan satu poster yang beredar di media sosial:Klik di sini



Melalui sumber Whatsup : Pengerusi JK Tatatertib Disiplin ialah orang Melaka, Mohamad Buruk, seorang Peguam Syarie. Beliau mempunyai firma guaman Muhammad & Co. (lihat gambar)
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...