GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, September 15, 2014

SAMA ADA PAS KELUAR DARI PAKATAN ATAU GOLONGAN KONSERVATIF TINGGALKAN PAS

Aku teringat kata-kata J.F.Kennedy, Presiden Amerika Syarikat,” "My fellow Americans, ask not what your country can do for you, ask what you can do for your country." Maknanya negara dan rakyat lebih penting dari segala-galanya dan fikirkanlah apakah sumbangan anda kepada bangsa dan negara. Cuma yang aku hendak tekankan disini ialah setiap pemimpin harus mementingkan kesejahteraan rakyat dan elakkan daripada memikirkan hal diri dan keluarga.

 Sehubungan dengan itu, bagi aku Pakatan Rakyat berada dalam keadaan yang agak ‘tergugat’ kini. Mahu tidak mahu itulah keadaanya. Tidak pula membimbangkan kerana dalam sekelip mata sahaja ia pasti dapat dipulihkan dengan adanya ‘ubat’ mujarab yang boleh dijadikan penwar kepada ‘penyakit’ yang dihidapi kini.

 Penyakit dalam Pakatan Rakyat kini ialah adanya pemimpin yang aku anggap tidak sehaluan dengan pemimpin lain dalam usaha untuk menumbangkan BN dan mengambil alih Puterajaya. Untuk dikatakan seperti musuh dalam selimut tentunya agak keterlaluan, namun yang pastinya ‘barah’ ini lambat laun akan merebak ke seluruh badan juga sekiranya tidak dibendung.

 Kenyataan TG Haji Hadi yang berkaitan dengan kedudukan TS Khalid Ibrahim merupakan kenyataan yang menggambarkan bahwa TG Haji Hadi sudah hilang pedoman sebagai peneraju parti yang dipandang tinggi oleh masyarakat sebelum ini. Namun dengan kenyataan yang dikeluarkannya itu adalah diyakini lebih rami lagi ahli PAS tegar yang akan kehilangan keyakinan kepada kepimpinannya dan yang paling menyedihkan akan ‘menggugat’ pilihanraya Kecil Pengkalan Kubur. Mungkin tidak……

 Kenyataan TG Haji Hadi mengenai kedudukan TS Khalid Ibrahim agak ‘memeranjatkan’. Sebagaimana yang dikatakan oleh YB Nik Nazmi, "(Hadi insists on Khalid as MB) even though the issue of appointing a (new) menteri besar has yet to be resolved, and Khalid is only acting as a transitional menteri besar as requested by the Selangor sultan.

 ……What more, Khalid is an independent state assemblyperson without any party," Malaysiakini 13 September 2014

 Menampakkan bahawa disebabkan keghairahannya yang melampau untuk mempertahankan TS Khalid sebagai Menteri besar Selangor beliau telah ‘melupakan’ dan terlepas pandang banyak perkara. Yang agak serious ialah tentang perletakkan jawatan TS Khalid sudah diterima oleh DYMM Baginda Sultan Selangor. Apakah TG Haji Hadi sudah mahu menongkah arus tentang apa yang telah diputuskan oleh DYMM Sultan Selangor.

 Berlainan dengan DAP yang juga merupakan sekutu Pakatan Rakyat. Demi untuk memperjuangkan rakyat Malaysia DAP sanggup membuat berbagai perubahan terutama dari segi imejnya. Sejak zaman berzaman, DAP dilihat sebagai parti yang dimonopoli kaum Cina. Namun kini DAP mengambil langkah drastik menukar iemjnya agar dlihat sebagai sebuah parti yang dimiliki oleh berbagai kaum. Keadaan ini yang membimbangkan UMNO (Barisan Nasional) yang sentiasa mengharapkan agar DAP terus menerus mengekalkan identitinya sebagai parti orang Cina.

 Dengan beberapa tindakan yang dilakukan oleh DAP terutama dengan meletakkan Dyana sebagai calon di Teluk Intan baru-baru ini telah dapat mengubah persepsi orang Melayu yang semenjak sekian lama beranggapan sedemikian. Walaupun tewas sekurang-kurangnya telah mula menambat hati dan mendekatkan diri orang Melayu kepada parti DAP.

 Ramai yang tidak sedar dan melupai peribahasa Melayu lama yang berbunyi, ‘sekali air bah sekali pasir berubah’. Dan kehadiran serikandi anak Perak untuk bertanding dalam PRK Teluk Intan merupakan tindakan yang agak menepati peribahasa berkaitan. Cuma ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak berapa sedar bahawa ‘air’ sudah bah tetapi ‘pasir’ yang tidak mahu berubah.

 Kemunculan Dyana ‘mengejut dan memeranjatkan’ banyak pihak terutama UMNO (BN). Ia merupakan satu kemunculan luar biasa. ‘Excitement’ yang luar biasa yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kini dengan kemasukan Dyana Sofya dalam ’ring’ di Teluk Intan ini mungkin juga disebabkan rakayat terlampau mengharapkan akan terjelma suatu keadaan politik tanah air yang ‘menyamankan’. Ini yang dikatakan anjakan paradigma politik. Tindakan DAP ini dengan serta merta boleh mengubah pandangan dan paradigma poltik masyarakat Malaysia.

 Seharusnya momentum seperti yang berlaku di Teluk Intan dan PRU 13 itu diteruskan. Maknanya kerjasama yang sungguh erat antara komponen parti dalam Pakatan Rakyat itu diteruskan. Malangnya akibat daripada tindakan beberapa orang pemimpin tertinggi PAS terutamanya TG Haji Hadi yang merupakan Presiden PAS yang dirasakan tentang ‘kelainan’nya berbanding dengan TG Haji Hadi sebelumnya. Rakyat dari semua lapisan masyarakat dan dari semua kaum di Malaysia telah meletakkan harapan yang cukup tinggi kepada Pakatan Rakyat agar dapat merampas Puterajaya pada PRU ke 14. Setiap rakyat dari semua kaum sudah begitu yakin dengan hasrat dan perjuangan ini.

 Sayang seribu kali sayang. Beberpa tindakan TG Haji Hadi dan beberapa orang pemimpin yang agak ‘usang’ dai segi pemikirannya telah seolah-olah cuba melambatkan ‘perjalanan’ Pakatan Rakyat menuju Puterajaya. Dan kadang-kadang kelihatan seolah-olah ada ‘tangan’ yang menggerakkan pemimpin konservatif agar bertindak sedemikian. Dan telah timbul juga tohmahan-tohmatah yang mengatakan bahawa golongan pemimpin PAS berkenaan telah pun semacam bersetuju untuk bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional.

 Mungkin beberapa orang pemimpin PAS ( yang berfikiran usang) perlu diketepikan demi untuk meneruskan perjuangan kita ke Puterajaya. Mereka tidak seharusnya dilihat sebagai batu penghalang ke arah pencapaian matlamat rakyat Malaysia untuk menegakkan sebuah kerajaan yang adil dan berketerampilan terhadap rakyat.

 Aku semacam bersetuju dengan Abang Mat Sabu ( walaupun aku lebih tua darinya) apabilau mengatakan,’ "The PAS Islamists should be wary of using Islam alone to get the votes of the people, for there will come a time when a "Jokowi" will be voted in by Malaysians and PAS hardline Islamists would have to mellow (down) and give their support to the one who will be getting the popular vote.”Malaysiakini 13 September 2014.

 PAS bukan hanya untuk orang Melayu yang beragama Islam sahaja. PAS sudah pun diiktiraf sebagai parti yang memperjuangkan rakyat Malaysia beradasarkan keputusan PRU 13 yang lalu dimana golongan bukan Melayu telah berduyun-duyun menyokong Pakatan Rakyat yang meletakkan calon dari PAS. Sekali lagi diharapkan agar momentum sedemikian berterusan.

 Akhirnya tentulah tidak adil sekiranya aku memberikan suatu ‘ultimatum’ sebagai langkah untuk menyelsaikan isu yang agak kusut dalam pakatan Rakyat kini. Aku merasakan tidak ada jalan lain selain daripada samada samada PAS keluar dari Pakatan Rakyat atau pemimpin konservatif dalam PAS meninggalkan PAS dan membiarkan golongan progresif dalam PAS terus mengukuhkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.9 Bukan merupakan sesuatu yang mudah……..

 abuhassanadam
 14 September 2014
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Jangan sebut konservatif...sebutlah ulama.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Saya kurang setuju kategori ulama dan profesional, ia hanya label yang tidak banyak membantu perspektif yang tepat persaingan dalam PAS, tetapi konservatif dan reformis lebih membawa makna dalam memahami persaingan itu. Konservatif adalah golongan dalam parti yang melihat status-quo dan tidak berani keluar dari status-quo kerana menganggap itulah prinsip dan asas tertegaknya parti ini.

Kelompok reformis mahukan parti keluar dari keadaannya dan melonjak kepada identiti baru untuk menggamit perubahan yang ada di sekelilingnya. Berita baiknya adalah kedua-kedua kelompok yang bersaing ini mahukan kebaikan untuk parti dengan perspektif yang berbeza. - Mujahid Yusuf Rawa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...