GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, September 24, 2014

Samakah Zulkifli Yaakub Kuala Kerai dengan Zulkifli Kulum?

Hari ini ingat nak buat posting mengulas isu semasa, tapi nampaknya terpaksa pulak kena jawab fitnah seorang blogger.Tak pasal-pasal pergi tuduh dan serang sesama blogger apasal?

Melampau dan bacul mulut blogger ini bila menyamakan Zulkifli Yaakub dengan Zulkifli Kulim.Aku malas nak ulas pasal tu. Kalian yg baca bolehlah ulas nanti.

 Kalau blogger ni tidak setuju dengan posting orang lain, nasihat saya kepada blogger ini, kamu uplah posting yang boleh membalas apa yang blogger lain upkan.

Biar pembaca buat penilaian sendiri dan mereka boleh berinteraksi dengan blogger berkenaan.Kami blogger yg terima komen dari pembaca dapat input tersebut untuk kami fikirkan bersama.

Saya sprint screen mana-mana yg berkaitan dgn saya untuk dijawab.

Jawapan saya utk 1, 2 &3

1) Tidak betul tuduh saya terkial-kial  kerana pada 18 SEPT - Saya telah buat dua posting.Pertama dengan tajuk : Hj Hadi Cakap tak seropa Bikin dan yang keduanya bertajuk : Bila PAS benar-benar ganti kelaku Umno ... 

Antaranya saya menegur sikap mereka yg biadap bila melayan Timbalan Presiden mereka :

 Budak-budak sekarang hanya menganggap Presiden dan Majlis Syura Ulama sebagai pemimpin mereka. Lain daripada itu mereka anggap macam sampah dan boleh disepak tendang dan dilabel ikut suka hati, apa sahaja.

 2) Saya mengulas sepintas lalu sahaja mengenai ucapan dasar Presiden. Tidak betullah kalau tuduh saya tidak ambil endah.(Saya jawab ni sevbagai mewakili diri saya.) Dalam entry saya -  Hj Hadi Cakap tak seropa Bikin, saya telah membuat telahan berdasarkan kepada kelaku Hj Hadi yang lepas-lepas.

Dan telahan saya itu tidak meleset sama sekali, bila mana ucapan penggulungan Presiden amat bertentangan dari ucapan dasarnya.Ramai yang terkejut dan ramai perwakilan yg telah terperangkap. Saya dah buat telahan, orang tidak percaya dan kata saya menghina seorang manusia yg mereka anggap begitu suci..

Apa yang dilawan ialah pendirian dan sikap dia sebagai presiden parti. Bukan kerana sifatnya sebagai ulama.

 Saya perturunkan ayat dari ketua Kesatuan Ulama Dunia,  iaitu Sheikh Yusuf al-Qaradhawi kemudian bertanyakan Hj Hadi selaku naib Kesatuan Ulama Dunia yang baru dilantik dengan menggunakan situasi tempatan dan semasa:
Kenapa kamu melakukan permusuhan terhadap Timbalan Presiden kamu sendiri? Malah kamu menyerang PKR dan DAP, rakan dalam Pakatan Rakyat, walhal kamu sangat memerlukan kpd mereka untuk berdepan dengan Umno/BN.

3) Blogger ini marahkan Zulkifli Yaakub  Kuala Krai kerana menegur sikap tidak sopan budak-budak yang pakai vest yang tertulisan kata-kata lebih bersifat provokatif.

Saya pun turut terkena tempiasnya kerana buat posting Transkrip Wakil Kawasan Kuala Krai membidas Geng50 yang kencing berjemaah.... 

Saya sekadar membuat transkrip berdasarkan ucapan Ustaz Zulkifli Yaakob Kuala Krai  menerusi rakaman video U-Tube  yg saya sertakan bersama. Saya tak ada ulas apa-apa pun dalam posting tersebut.

Nak tergelak bila dia komen Zulkifli "ditegur pengerusi beberapa kali" ...Waima , hanya sekali sahaja pada minit ke 1:50 dan pada minit ke 3:03, beliau berhenti kerana akur apabila pengerusi menegurnya sekali lagi.

Tetapi cer kita ikuti ucapan doa Dr Azahar Yaakob yang begitu panjang dan yang menerima teguran pengerusi suruh diringkaskan doanya itu sampai banyak kalii.Saya akan ulas mengenainya nanti...Boleh ikuti doanya di sini


Jawapan saya utk 4


Kalian boleh rujuk entri saya ~ Transkrip Wakil Kawasan Kuala Krai membidas Geng50 yang kencing berjemaah.... Sampah betul blogger ni!




Jawapan saya utk 5


Maaf yang ini saya pun tak tahu nak jawap apa...mantik dia ni tinggi sangat....Kah! Kah! Kah! Korang boleh tak tolong ulas?
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Memanglah marah sebab kenduri kahwin menjadi kenduri arwah

abuamir said...

Geng UG memang marah kalau tegur pemimpin yg mereka taksub tetapi jika maki hamun dan fitnah pemimpin yg tak sehaluan dgn mereka tu macam wajib je. Mereka ni golongan yg perjuangkan ulama konon tetapi fitnah & maki hamun serta akhlak buruk jadi ratib mereka. Macam ni ke? Org yg dikatakan perjuang ulama? Apakah kerana taksub pemimpin ulama mereka tolak Islam dipinggiran.

Golongan ini sebabkan Islam dipandang serong sama macam perangai umno merosakkan agama Islam dgn ketaksuban kpd ketuanan melayu.

Anonymous said...

Salam Tuan Husseyn, seorang kawan saya penyokong TGHH menyatakan bahawa TGHH pernah bermimpi bertemu Rasulullah saw sebanyak 3 kali. Benarkah ini sebab saya tak pernah terdengar dimana mana. Saya agak ragu dengan kenyataan kawan saya itu.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Semoga benarlah mimpinya itu.Kita yg tak pernah jumpa Rasulullah sewaktu hidupnya kalau jumpa dlm mimpi mcm mana kita nak pasti bahawa itu Rasulullah? Berdoalah dan beramallah amalan yg baik, insya' Allah adalah rezekinya. Amalan kita tak seberapa, jauh sekali nak dibandingkan dgn Hj Hadi

Anonymous said...

Salam Tuan Husseyn,

Yang saya risau mimpi 3 kali itu akan membuatkan penyokongnya atau sesiapa sahaja menghalalkan apa jua tindakan atau kata-kata yang dikeluarkan TGHH. Benar atau tidak mimpinya itu Allah dan dia sahaja yang tahu.

Anonymous said...

Rasulullah pernah sabda yg syaitan tidak berupaya menyerupai baginda walau dalam mimpi...sesiapa yg sanggup menipu atas nama nabi maka nabi bersabda org itu telah menyiapkan tempatnya dlm neraka...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...