GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, September 19, 2014

Transkrip Wakil Kawasan Kuala Krai membidas Geng50 yang kencing berjemaah....

Berikut adalah transkrip ucapan perwakilan Kuala Kerai, Ustaz Zulkifli Yaakob yang membidas G50 yang pergi kencing berjemaah ketika Mat Sabu merasmikan Muktamar mereka.

0:01~ Kita mahu Ulama diperkasakan.Kita sokong kepimpinan Ulama.Kita menyokong Presiden.Jangan ada diantara kita yang cuba menjatuhkan Presiden! (Orang ramai bertakbir) 

0:04 ~ Saya nak tengok hari ini, adakah di kalangan kita,boleh bangun; siapa dikalangan kita yang berhasrat menjatuhkan Presiden, bangun!(beliau melihat sekeliling) Ada ke takda? Tak ada. Yang hang kalut tu buat apa? 

0:33 ~ Kalau tak ada kenapa hang kalut? Kenapa sampai buat usul, sampai menulis di belakang 'Kami Menyokong Presiden, Kami Menyokong MSU'. 

0:43 ~ Sokongan kita bukan tulisan; (tetapi adalah) pelaksanaan kita! Tak perlu kita tulis kat belakang!Itu kita sokong Presiden . 

0:55 ~ Berlainan pandangan dengan presiden bukan bermakna kita menentang presiden. Biasalah; ada satu dua yang berlainan pandangan dgn presiden....
Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam, sahabat memberi pandangan supaya bertahan di luar kota Madinah, lebih baik lagi, daripada bertahan dalam kota Madinah.Pandangan uzlah dalam kota Madinah.Rasulullah menerima pandangan sahabat. Jangan kerana benda yg sedikit, sampai bangun meninggalkan dewan apabila Timbalan Presiden PAS berucap. 

1:32 ~ Saya mahu menubuhkan satu jawatankuasa Lembaga Pemerkasaan Parti ini menubuh satu jawatanjuasa untuk membuat siasatan 'Apakah benar berlakunya sabotaj meninggalkan dewan semasa perasmian oleh Timbalan Presiden parti kita!( Jeritan Takbir kedengaran)

1:48 ~ (teguran dari Pengerusi Tetap minta ucapan diringkaskan) 

2:25 ~ Supaya menubuh jawatankuasa menyiasat ; lembaga ini(beliau merujuk kpd Lembaga Pemerkasaan Parti).

2:32 ~ Kalau benar berlaku, minta ambil tindakan!Ambil tindakan kpd pemuda-pemuda negeri yang meninggalkan.

2:43 ~ Walaupun ada keluar ambil wudu'..alah alimnya!Nak pergi sembahyang...jawapan politit! jawapan politik! 

2:53 ~ Apa yg kita mahu, apakah benar perkara ini wujud, yang tidak pernah berlaku dalam sejarah parti kita PAS. 

3.00 ~ (Celahan Pengerusi memberitahu masa untuk beliau dah habis...)

Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

Biasalah tu orang PAS ni kan pakar dalam membuat U-Turn.

Amuraria said...

syabas ustaz,berani kerana benar ,apakah mereka yang keluar ni geng rusila yang suka pukul ? munafik & khianat dihambur pada orang lain tapi siapa sebenar munafik & khianat ? ABU & tentang habis-habisan gerombolan gila 'UG' dan yang engkar suara ramai ! Allahu Akhbar !

Anonymous said...

Transkrip nurul izzah mintak maaf fitnah Nong Chik ada tak?

Anonymous said...

aku kalau ada kuasa aku pecat mereka!

Anonymous said...

Admire ustaz kuala krai. Mcm ni lah bercakap menyatakan pndapat secara jelas dan memberi cadangan bukan mcm geng pemuda dan ug yg malu2 kucing di depan tapi buat tindakan kianat secara belakang (cth pengaruh presiden dan mkn harta esos).

Anonymous said...

Bagaimana nak jadi peminpin bila dah dewasa nanti.Kecik2 dah tunjuk kurang ajar.sebab mereka ni dah di atur untuk menjadi kurang adab.mereka terlupa ,rupa2nya mereka yang terkena.

Anonymous said...

Tahniah Usttaz. Sebenarnya masih ramai ustaz yang waras dan jelas dengan perjuangan Pas. Yang telah berjuang sejak zaman Pas selalu hilang deposit dahulu. Ustaz muda yang masuk Pas zaman Pas dah kuat saja yang tak sedar diri. Tunjuk gedebe tak bertempat. Dah tu takut pulak nak mengaku. Menipu pulah kunun nak ambik wuduk. Dasar Lebai ketayap.

Anonymous said...

Saya tabik ustaz

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...