GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, September 25, 2014

Tunggu apa tunggu?

Bila tiba masanya, Pas akan keluar PR

SHAH ALAM – Jika sudah tiba masanya, Pas akan keluar daripada PR. Demikian reaksi Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khiruddin ketika diminta mengulas kewajaran parti itu untuk terus berada dalam pakatan itu selepas pemimpinnya seolah-olah tidak lagi dihormati rakan komponennya.

 Namun Khairil berpendapat, keputusan itu tidak mustahil tetapi bukan pada waktu sekarang.

 “Biasalah bergabung ini ada orang degil dan tidak. Sejauh mana kesabaran kita dan saya yakin dan percaya, telah tiba masanya untuk kami keluar dari PR, kami akan keluar.

 “Sejarah membuktikan, biasanya yang keluar dari PR ini bukan Pas, tetapi rakan sekutu. Kami tetap setia dan apa tindakan Pas sekalipun, memang semuanya berlandaskan perjanjian dalam PR atau mana-mana pertubuhan dalam gabungan yang kami laksanakan,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, baru-baru ini.

 Mengambil sikap positif, Khairil berkata, Pas sepatutnya bersabar dengan ‘kedegilan’ rakan-rakan sekutunya dalam PR.

 “Biasanya yang buat...yang kita katakan, yang ‘degil’ ini pada pendapat saya adalah daripada rakan-rakan kita. Tapi itulah kesabaran. Pas sebagai parti yang lama sepatutnya sabarlah.

 “Ketegasan kami ialah kalau perlu rasanya untuk kami keluar, kami akan keluar. Tapi sekarang ini bukan masanya. Kami tetap setia dengan PR dan Umno berhati-hati, kami berada di Putrajaya, insya-ALLAH,” katanya.

 Sebelum ini, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad menuntut agar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataannya yang mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkebolehan menjadi Menteri Besar Selangor.

 Abdul Hadi turut digesa menghormati keputusan pimpinan Pas Pusat dan Majlis Pimpinan PR.

 Abdul Hadi ketika berucap pada majlis dialog di Rusila, Terengganu dilaporkan berkata, keengganan Pas menuruti kehendak PKR dan DAP mencalonkan Wan Azizah kerana Presiden PKR itu tidak layak memikul tugas sebagai menteri besar.

 Abdul Hadi turut menegaskan, penolakan Pas terhadap Wan Azizah bukan disebabkan faktor gender tetapi isu kredibiliti yang ada pada beliau.

 Manakala, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dilaporkan menyelar kenyataan Abdul Hadi ketika ucapan penggulungan yang tetap mempertahankan tindakan parti itu yang mencampuri urusan pelantikan calon menteri besar demi mematuhi titah Sultan yang merupakan penaung kepada agama Islam dan orang Melayu di negeri ini.

 Pas menghantar tiga nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor seperti yang dititahkan Baginda.SUMBER
Comments
7 Comments

7 comments :

abuamir said...

Kalau PAS rasa hebat sgt sila keluarlah dari PR. Ingat rakyat undi PR sebab rakyat tolak umno/bn bukan kerana PAS hebat. Rakyat mahukan perubahan kerajaan selain umno/bn.

ABU- Asal Bukan umno

Inilah mereka yg terasa dirinya hebat.PAS akan jadi parti lebai malang. Pas berjuang bukan utk menang dan jadi pemimpin negara tetapi berjuang utk jadi nelayan??? Turun kelaut la wei............tengganu kite!!!

Anonymous said...

siapa yang degil haha nak tunggu apa lagi oh mungkin tunggu durian masak kut

IbnAbdHalim said...

Hj Hadi ada kredibiliti sbb tu Ganuvdn Kedah ghuyub.

bat8 said...

Simamat ni pandai. Dia tahu presideng ke, MSU ke, DUP ke memang tidak mempunyai kuasa untuk membawa PAS keluar dari PR selagi keputusan Muktamar Ipoh 2008 masih kekal. Hatta Presideng + MSU + DUP bergabung pun untuk membuat keputusan esekutif membawa PAS keluar dari PR, PUN TAK AKAN BERJAYA!

Tu pasailah TGHH dan puak UG cuba membuat bermacam-macam onar sepanjang krisis MB Selangor supaya PR YANG MENENDANG PAS KELUAR DARI PR.

Kita kena ingat UG ni kebanyakan kepala-kepala utamanya adalah dari puak PAS Terengganu yang menguasai MSU dan DUP je. Cuma Dato Haron Din je dari luar Ganu. Mokhtar Senik bukan kepala besar. Golongan kepala UG dalam PAS tak ramai. Mereka monoriti sebenarnya. Sokongan mereka hanya atas sifat asobiyah kenegerian je - hanya kat Ganu je. Tempat lain bertompok2. Lebih kepada nak m3numpang naik je seperti Ustaz Norazli Musa dan Dr Azhar Yaakob.

Memang puak UG ni dah rancang untuk menguasai kepimpinan MSU dan DUP. Tu pasai la Din Ayam dan Dr Azhar Yaakob pun dijadikan ahli MSU ( otak kemetot pun boleh duduk MSU!).

Jadi ternyata strat3gi mereka untuk PAS ditendang keluar dari PR tak m3njadi. Sebenarnya mereka t3lah membayar harga yang amat mahal m3nggunakan strat3gi ini. Bukan sahaja PAS menghadapi masaalah keyakinan rakyat yang teruk, TGHH/ UG juga menghadapi masaalah reputasi yang teruk dimata rakyat. YANG L3BIH MENYEDIHKAN MARUAH ULAMAK-ULAMAK BUKAN UG didalam PAS JUGA HANCUR!

Kita s3mua kena beringat, walaubagaimana teruknya kegagalan rancangan mereka, mereka tidak pernah serik. Mereka akan terus melakukan sabotaj-sabotaj bila ada peluang. Kita lihat perkara ini berlaku acapkali selama 6 tahun PAS bersama Pakatan.

Satu cara je menghalang mereka. Turun mereka dari jawatan-jawatan penting didalam PAS yang mereka pegang sekarang. Lepas tu rombak MSU dan DUP. Pastikan MSU dan DUP.diterajui oleh ulamak-ulamak yang berwibawa dari segi ilmu dan sahsiah. Konservatif atau progresif takpe. Jangan yang ada agenda lain dengan memperkudakan PAS seperti yang dibuat oleh puak UG sekarang.

Anonymous said...

Pas tak perlu kluar pakatan tapi haji hadi n the geng kena kluar dari pas baru la betul..

Alhusseyn Alhusseyn said...

Saya dah ulas mengenai entri ini dan akan keluar tengah malam ni nanti, insya'Allah - PAS umpama mlukut di tepi jurang..

Alhusseyn Alhusseyn said...

Salam Bat8, saya setuju...ikuti ulasan saya selanjutnya paa entri berikutnya - PAS umpama melukut di tepi jurang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...