GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, September 11, 2014

Menyanggah kenyataan Nik Abduh di Utusan Melayu

 Utusan Melayu Online : Nik Abduh dilaporkan berkata:

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tampil mempertahankan kuasa pemutus Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung senarai nama calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

 1) Beliau menegaskan, tindakan Abdul Hadi itu terpaksa dibuat tanpa perundingan bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP berikutan perbuatan khianat yang dilakukan sekutu mereka itu terhadap Pas.


ulasan al-Husseyn:

Haji Hadi bukan sahaja bertindak sendirian, malah Timbalan dan AJK PAS Pusat pun tidak dirundingkan untuk membuat keputusan.Surat-menyurat diuruskan secara terus antara Hadi dan istana tanpa melalui pejabat Setiausaha Agung.

Timbalan Presiden, Hj Mohd Sabu dan AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti.

Apakah kesemua AJK PAS Pusat termasuk Hj Mohd Sabu itu telah buat khianat sepertimana tohmahan Nik Abduh terhadap PKR dan DAP?

Kalau Hj Hadi sudah hilang kepercayaannya terhadap kesemua AJKnya sendiri, dia tunggu apa lagi? Buatlah usul tidak percaya kepada AJK pada Muktamar nanti.


Nik Abduh dilaporkan berkata:

2) Katanya, pengkhianatan itu tercetus apabila berlakunya tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selangor yang memberi sokongan kepada PKR.

3) "Dua pengkhianat daripada ADUN Pas yang melompat telah memberi sokongan kepada PKR. Ini memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman Pas.

4) "Pengkhianatan PKR terhadap setia kawan dengan Pas dalam pakatan pembangkang apabila mereka menerima pengkhianatan dua ADUN Pas dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.

5) "Sebagaimana dua ADUN itu memutuskan wala' dan kesetiaan kepada Presiden, begitu juga PKR telah memutuskan setiakawan dengan Pas," katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

6) Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh menjelaskan, sesiapa pun yang menginsafi akan memahami tindakan yang perlu dilakukan oleh Abdul Hadi apabila partinya dikhianati dari dalam oleh ahli sendiri.

7) Menurut beliau, pergolakan di dalam Pas sekarang sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan dua ADUN tersebut.

8) "Anda juga sedang melihat akibat pengkhianatan PKR, pergolakan dalam pakatan pembangkang akibat Pas kehilangan taruhan kuasanya dalam menentukan kelangsungan kerajaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang Majlis Syura Ulama Pas putuskan untuk mempertahankannya," katanya.


ulasan al-Husseyn kpd 2,3,4, 5, 7 & 8:

Keputusan muktamar dan ucapan dasar Presiden untuk memperkukuhkan PR telah turut dibahas dan diterima secara sebulat suara oleh perwakilan. Ianya merupakan resolusi di setiap muktamar sejak 2009.

Apa erti para perwakilan menerima dan meluluskan Ucapan Dasar DS Presiden dan merupakan resolusi Muktamar sekiranya ianya tidak dipatuhi dan dilaksanakan oleh sebahagian ahli dan pimpinan sendiri? Tidakkah itu merupakan tindakan tidak wala’ kepada Presiden dan keputusan parti yang dibuat di badan tertingginya, iaitu Muktamar?

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selangor yang memberi sokongan kepada PKR adalah tindakan wala' kepada Presiden dan keputusan parti yang dibuat di badan tertingginya, iaitu Muktamar.

Sebelum kita tuduh dua adun tersebut  atau PKR bersama DAP buat khianat kepada PAS, cerminlah diri sendiri terlebih dahulu; siapa sebenarnya yang telah mengkhianati resolusi parti sendiri dan tidak wala' kepada Presiden?

Jelas bahawa pergolakan di dalam PAS sekarang bermula dari U-turn Hj Hadi sendiri :

a) Mesyuarat AJK PAS 178, Hj Hadi sendiri telah menamakan WAWI sebagai calon pertama dan Azmin Ali calon no.2.Dalam mesyuarat MPPR, Hj Mohd Sabu sebagai wakil PAS bersetuju hanya nama WAWI sahaja dipersembahkan kerana Azmin Ali menarik diri. Pada PC di Kota Baru, bersama TGNA dan Mustafa Ali, bila wartawan tanya samada menghantar nama WAWI satu tu sahaja menyalahi keputusan Mesyuarat AJK PAS 178, Haji Hadi dan Mustafa Ali menyatakan :
3:55-4:59 ~ Wartawan: Sekiranya, minta maaf… diserahkan nama Wan Azizah, tidakkah bercanggah dengan…  
4:00 – 4:06 ~ Mustafa Ali: Tak! Tak! Tak! Tak! tu… tidak bercanggah! Itu kaedah sahaja. (kedenganran TGHH turut ‘bertaktak’ dan mengatakan ‘tidak bercanggah’ juga) Videonya di sini
Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh dalam satu kenyataannya pada 22 ogos lalu berkata:

“Tetapi Pas tetap dengan pendirian bahawa kita cadang dua nama, satunya (Dr Wan Azizah) sebab ambil daripada muafakat tersebut, kita tidak tolak kerana itu (suara majoriti) PR tetapi pegangan Pas sebagaimana yang saya tegaskan tadi,” katanya kepada media di Majlis Aidilfitri Pas Terengganu, di sini.

Dr Zuhdi Marzuki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS dalam satu staus Face booknya secara sinis menggelar Hj Mohd Sabu sebagai 'Ayam Daging'

b) Gejala penentangan oleh MSU dan mereka yang sewaktu dengannya ini berpunca dari Dr Zuhdi Marzuki hingga telah mendorong PAS mengadakan satu lagi mesyuarat pada 258.Dalam mesyuarat kali ini , ketegangan berlaku kerana Hadi buat U-Turn.

Hj Hadi berkeras tidak mahukan WAWI manakala 13 Adun PAS Selangor pula menolak Azmin untuk dicalonkan sebagai MB Selangor.Kenapa Hj Hadi berdegil mahukan Azmin? Rupa-rupanya Hj Hadi telah menemui Azmin dan memujuknya menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.Walaupun dakwaan tersebut dinafikan oleh setiausaha politiknya, sehingga kini PAS tidak mengambil apa-apa tindakan mahkamah untuk menidakannya.Sekadar penafian untuk tutup malu Presiden.Bukankah PAS ada Asmuni Awi dan Hanifah Maidin yang boleh memberikan khidmat percuma?

c) Perlu diambil perhatian, keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat pada 178 itu tidak dimansuhkan ketika mereka bermesyuarat lagi pada 258. Ini bermakna PAS masih berpegang kepada keputusan dua nama iaitu, WAWI dan Azmin.


Nik Abduh dilaporkan berkata:

9) Tambah Nik Mohamad Abduh, terdapat dua pilihan yang perlu dilakukan Abdul Hadi dan salah satunya adalah untuk terus bertindak drastik dan keras dengan mendorong parti Pas ke arah keluar daripada pakatan pembangkang. 

10) "Pengkhianatan, daripada sudut hukum, semestinya menjadi faktor utama pembatalan tahaluf siyasi," jelasnya.


ulasan al-Husseyn:

Jika Hadi memilih untuk bertindak drastik dan keras iaitu keluar daripada PR, sila buat muktamar tergempar dan buat usul pembatalan tahaluf siyasi kerana ianya merupakan resolusi di setiap muktamar sejak 2009.

Sila bentangkan segala butir pengkhianatan yang telah dilakukan ke atas PAS untuk mendapatkan mandat baru daripada parti supaya keluar PR. Presiden atau MSU tidak ada kuasa wewenang begitu saja untuk menyeret PAS keluar PR mengikut selera mereka sendiri.

Kita ada tatacara iaitu resolusi muktamar adalah yang paling tertinggi yang Presiden dan MSU wajib patuhi.

Perlu diingat, jika PAS keluar daripada gabungan itu dan bersendirian, ia akan menguntungkan Umno kerana rakyat sudah tiada lagi gabungan alternatif untuk disokong. Kalau PR jatuh kita akan kembali kepada zaman 1950-an dan 1960-an di mana rakyat tiada pilihan.

Nik Abduh dilaporkan berkata:


11) Kedua, kata beliau, adalah Abdul Hadi bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman Pas dan hubungan dengan PKR serta pakatan pembangkang.

12) Bagaimanapun, tegas beliau, Abdul Hadi telah memilih pilihan kedua dan tindakan itu menerima pujian apabila Pas melalui mesyuarat 17 Ogos lalu, memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada Abdul Khalid.

13) Tindakan itu, ujarnya, telah dilakukan walaupun dilihat bercanggah dengan keputusan asal Majlis Syura serta mengejutkan pihak yang menyokong Abdul Khalid.

14) Malah, jelas Nik Mohamad Abduh, Abdul Hadi mengemukakan dua nama calon baharu termasuk Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga dilihat bercanggah dengan keputusan asal Majlis Syura.

15) "Lihat, alangkah berjiwa besarnya Presiden (Abdul Hadi). Beliau mampu mempengaruhi Majlis Syura agar menerima hakikat pakatan pembangkang perlu diselamatkan," tegasnya.

ulasan al-Husseyn:

Nik Abduh merapu bila dia kata "...apabila Pas melalui mesyuarat 17 Ogos lalu, memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada Abdul Khalid." 

Apa maksud Nik Abduh 'memberikan sokongan sementara kepada Abdul Khalid' ? 

Bukankah pada mesyuaarat itu Hj Hadi sendiri mencadangkan nama Azizah sebagai calon pertama dan Azmin Ali calon no.2? Mana ada sebut nama Khalid?

Nik Abduh merapu lagi dengan katanya, "Abdul Hadi mengemukakan dua nama calon baharu termasuk Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga dilihat bercanggah dengan keputusan asal Majlis Syura."

MSU membuat keputusan mengekalkan TSKI sbg Menteri Besar pd 6/8/2014 tetapi bila 2 Adun membuat keputusan menyokong DS Wan Azizah selepas TSKI dipecat. Apabila TSKI dipecat dari parti beliau, maka keputusan MSU yang menyokong beliau sudah terbatal kerana TSKI bkn lagi ahli PKR yang bersama PR yang mana PAS di dalam PR.

Maka itu Setiausaha MSU, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh pada 22 ogos lalu buat kenyataan baru:
“Tetapi Pas tetap dengan pendirian bahawa kita cadang dua nama, satunya (Dr Wan Azizah) sebab ambil daripada muafakat tersebut, kita tidak tolak kerana itu (suara majoriti) PR tetapi pegangan Pas sebagaimana yang saya tegaskan tadi,” katanya kepada media di Majlis Aidilfitri Pas Terengganu, di sini. 
Dimanakah percanggahannya wahai Nik Abduh? Ini macam kes ketinggalan teksi ....

Cakap mahu menyelamatkan Pakatan pembangkan tapi bermukah dengan Umno :
.....dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.  
"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.  
AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.  
AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”  
Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno. 
"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu di sini 
Comments
22 Comments

22 comments :

Anonymous said...

Nak berunding buat apa. Asik bocor je. Media tak payah tanya soalan. Tengah mesorat cerita pun bocor. Untung Malaysia kini/M Insider.

Monkey Shooter said...

Nik Abduh (Nik Jet) ini semasa dalam ISA, psk gerak saraf UMNO sudah memasukkan jarumnya cukup-cukup supaya Nik Jet ini akan bertindak songsang terhadap agenda partinya (sebab beliau anak kepada TGNA). Yang lain fikirkanlah sendiri, sebab puak-puak serban tinggi ini susah untuk di explain-kan kerana mereka dah on-line dengan para anbia, jadi itu pasal lah mereka ini bebal.

Sorry Bro Al-Husseyn, itu hari aku silap tembak (nak tembak Pak Karamu -Blogger Totok PAS (UG)), tetapi tertembak Bro pulak....(ubat pun dah makan, hari ini ok lah).

Ritchie Blackmore said...

Ini bukan masalah bocor sebenarnya.Ini adalah proses natural apabila dalam usus bergelora dgn bahan2 toksin dan pelbagai kebusukkan yg amat membusukkan maka lobang jubor akan mengepam bahan2 busuk yg menyebabkan usus ergelora itu keluar sebagai NAJIS.Takkan kita tetap nk kata najis itu tidak busuk...???fikirkanlah......

Ritchie Blackmore said...

Bukan bocor bro tapi usus mengepam keluar bahan kotor yg menyebabkan perut sakit yg kita sebut sebagai taik...!!!!

Anonymous said...

Kita ni tahu sedikit aje hal sebenar..dah terus kecam presiden seolah2 langsung tiada jasa presiden..ilmu tak setinggi mana..kerja jemaahpun tak sekuat mana..saya yakin presiden lebih kenal rancangan pkr dan dap

Anonymous said...

Beria2 kecam presiden dan org yg mentaatinya..yg anwar buat pembohongan tu diam pulak.punca dari pkr..dlm islam mana ada lantik pentadbir boneka..tapi Alhamdulilah Allah akan tunjuk muka2 yg berkepentingan dan jahil ni....gamaknya nak lantik anear jadi presiden kot..tak pun mat sabu

Anonymous said...

Jangan main2 jika silap langkah berlaku perpecahan ..kamu yg bertanggungjawab.langsung tak ada sifat kasih sayang..ini org yg memberi hujah ikut akal dan perut sahaja..kalau kamu kata sayang pas kerana islam..saya yakin presiden dan ulamak lebih dari kamu dan seangkatan dgn kamu.

Anonymous said...

Percaya perkataan dari org yg berada dlm ajk pas pusat..entah2 itu le yg ada agenda tersendiri..kesian dah lama dalam parti pun masih tak tahu beza yg lebih utama utk diberi kepaercayaan

Anonymous said...

Nik abduh ni main ikut sedap dia je kot. Buatla kajian dulu

Amuraria said...

nik pembelot sebenar ! ABU !

Anonymous said...

He knows how to write but does not know what to write I mean Nik Abduh. From the above can we conclude that is there something wrong happened made our leaders being remotely controlled. Whats that.

Anonymous said...

Pas kini ingin kembali menjadi parti lebai kulop...presideng dgn kuncu2 yg merasakan diri mereka ulalama bakal dikencing oleh umporno
ni bukan ulama lagi ni spesies ular dalam semak hari ni cakap lain esok cakap lain

1Crony said...

Sumber yang hampir dengan Tuang Presideng mengatakan bahawa Hj Hadi Awang terlalu bencikan Anwar. Mungkin di antara sebabnya populariti Anwar melebihi dari beliau kerana ramai di antara pemimpin dan golongan pertengahan PAS lebih menghormati Anwar dari beliau. Mungkin dari segi ilmu Tauhid berteraskan Islam maka beliau lebih tinggi berbanding Anwar tetapi jika dibandingkan kelayakkan dari pelbagai bidang termasuk ekonomi, perundangan, pendidikan dan modal insan maka dari sudut itu Anwar jauh meninggalkan beliau. Beliau juga mungkin terasa dimalukan kerana saman fitnah sebanyak 2 juta telah dikeluarkan oleh individu di dalam/gabungan PKR terhadap beliau kerana tuduhan “mengedar pil kuda” sebelum PRU13. Jika direnungkan semula, hasad dengki dan dendam kesumat beliau terhadap Anwar hanya memburukan lagi reputasi beliau dan parti yang beliau ketuai di mata anggota bawahan PAS mahupun rakyat yang selama ini mengharapkan sesuatu pemerintahan yang suci dan murni dari individu ber-title ulamak di dalam PAS (apalagi ianya dari seorang Presiden). Tidak payah tunggu sehingga PRU14 muncul, sekarang pun rasanya rakyat yang celik politik telah beranggapan bahawa setiap pemimpin yang naik dari parti PAS, pastinya membawa masalah dan tidak lebih mulia pun berbanding dari seorang pemimpin UMNO (parti sekular). Tunggulah 50 tahun lagi untuk membersihkan segala kekotoran yang telah kamu sendiri sebarkan untuk para penyokong dan pelbagai bangsa rakyat di negara ini.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Anon 11:10:00 am - Mendedahkan kerja jahat dgn tujuan utk dibendung dari berlaku itu adalah satu kebajikan.

Monkey Shooter, Yg kena tahanan ISA itu bukan ini orenglah, Nik Adli, anaknya yg ke-4. Nik Aziz ada 10 orang anak -5 lelaki 5 pompuan.Gi makan ubat cepat!

Alhusseyn Alhusseyn said...

Anon 1:21:00 pm Yg sebenarnya boneka sekarang ini ialah Hj Hadi. Hj Hadi bukan bodoh sangat, tp oleh kerana dia dah kena remote kontrol, maka jdlah dia nampak bodoh, buat keputusan flip flop.Ini semu grand design Umno/BN untuk becah belahkan PR.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Anon 1:17:00 pm berlaku perpecahan kerana sikap Hj Hadi sendiri. Aku tidak ada kuasa apa utk mempengaruhi sesiapa pun. Tanya Hj Hadi apasal dia ponteng mesyuarat tidak berani bersemuka dgn AJK Pusat?

Anonymous said...

Nasihat saya kpd kpd sdr al-Husseyn tak payah layanlah budak mentah yg tak sedar diri ni. Sepak terajang politik mana dia tahu.

fadzil mohd said...

Beria betul bloger tua nie hentam habis pemimpin2..stakat dgn menulis je ikot sedap tgn..nk tunjuk pndai..pdahal masalah sbnr bknnya tau pn...nk kata nik Abduh agen umno..dia brapa tahun duduk dlm isa? Nk petikaikan perjuangan org...smua yg pemimpin pas ckp ko hentam bloger tua..nie la blagak bgs..padahal apa pn tarak..perosak parti..!!

Anonymous said...

Pada aku memperjuangkan Islam bukan hak milik mereka yang MENAMAKAN diri ulama tetapi milik mereka yang ikhlas dengan bimbingan dan landasan yang betul, Ulamak bukan hanya dengan lulusan pengajian agama sebab ada ulamak jahat, ulamak pengampu dunia dan ulamak yang lunak dengan pemerintah yang zalim. Aku yang selama ini mengundi PAS bukan sebab ulamak semata mata tapi atas keindahan dan kesempurnaan Islam yang aku lihat dalam PAS bukan sebab PAS itu parti Islam sahaja. Kalau geng geng ustaz atau ulamak kata parti ini milik mereka dena segala jenis ciptaan perkataan arab yang dimelayukan sedangkan penyokong melayu islam sendiri pun tak berapa faham apatah lagi yang bukan Islam, dengan label geng erdogan, anwarinas, munafik haraki etc, aku boleh cakap pada geng ulamak ni BOLEH PERGI MAMPUS DENGAN PAS. TAK PANDAI NAK HORMAT DAN JAGA HATI ORANG LANGSUNG LE ULAMAK BODOH BODOH DALAM PAS SEKARANG

Boley Jalan said...

Masalah simple je........dlm pas banyak lebai tak berilmu namun mengaku tinggi ilmu, maka jadilah wala buta tuli!

Alhusseyn Alhusseyn said...

fadzil mohd,Masa bila Nik Abduh kena ISA? Nampak sangat kamu ni tidak tahu apa-apa nak nyibuk ikut orang bersembang. Gi sunnat dulu lepas tu baru datang! Kah!3

JAKA said...

kalau wanita jadi MB memang haram disisi agama, berterus teranglah pada PKR. bukankah agama itu nasihat dgn hikmah. tp byknya yg ckp bukan kerana wanita tp kerana taknk pemimpin boneka dan kak wan dianggap tk berwibawa.

nampaknya sudah jadi mcm imam2 syiah yg mengetahui akan datang. mcmana dh tau kak wan tkwibawa jadi MB sedangkan itu adalah peristiwa masa depan? berilah peluang jika tk layak nanti tukarlah.

tidak ada org yg tidak boneka. semua org boneka. yg tidak boneka adalah ungka mati beragan yg hidup mati sorang2 tanpa pengaruh sapa2.

najib pun boneka kakmah. semua negara2 dunia boneka kuasa2 besar. hj hadi mungkin boneka harun din atau boneka menantu dia. anwar boneka kpd rakyat bawahan.

guan eng boneka kit siang. wan abduh boneka nik Aziz. muhriz dah tentulah boneka Mahathir. Mahathir boneka soros. (hahaha). soros boneka yahudi. yahudi boneka dajjal.

dah yg paling teruk ialah pemimpin yg jadi boneka hawa nafsu tamak haluba. boneka syaitan.

dulu Khalid boneka PKR. tp bila ada tanda2 nk jadi boneka umno maka elok rehatkan Khalid. bukan benci Khalid tp nk selamatkan Khalid dan Selangor.

boneka tidak salah asalkan benar perkara yg dibonekakan tu. yg salah jadi boneka golongan jahat yg membawa kehancuran.

dlm keadaan begini beruntunglah AsSyahid Ust Lotfi. mentalak dunia dan berjual beli dgn Allah utk meraih hasil yg kekal abadi.

aku mencemburui mu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...