JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Saturday, September 13, 2014

Zulhazmi At-Takanan Jawab Ust Norazli

Nampaknya semakin galak orang PAS yang ngaku tak nak kepada Umno, tapi keluar kenyataan menghentam kawan-kawan sendiri di akhbar kepunyaan Umno...Syukurlah, Utusang la ni semakin laris jualannya...muka-muka depa selalu terpampang dimuka depan....tahniahlah kepada kepala Gengster Ustaz aka Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa.

Beliau dilaporkan sebagai berkata, tindakan LUHAM yang tiada kuasa mentafsirkan Perlembagaan Pas seolah-olah cuba membangkitkan ahli parti itu untuk menentang Majlis Syura Ulama.

Katanya, Akta 335 Bahagian 1A Seksyen 18c Akta Pertubuhan memperjelas dan memperkuatkan kuasa pemutus bagi mentafsir perlembagaan yang dimiliki oleh Majlis Syura Ulama menerusi Fasal 8(1)(a) Perlembagaan Pas.Boleh ikuti di sini


Zulhazmi At-Takanan Jawab Ust Norazli

 Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Salawat dan Salam ke atas Baginda Muhammad Rasulullah.

Respon kepada tulisan Ustaz Norazli Musa Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri Perak bertajuk "LUHAM yang tak ada kuasa tafsir Perlembagaan vs Majlis Syura Ulamak yang diberi kuasa?"

Firman Allah dalam surah An-Nisaa' ayat 58 berbunyi :

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.”.

Secara keseluruhannya Ustaz Norazli mempersoalkan hak LUHAM (Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia) yang katanya tidak diberikuasa mentafsir Perlembagaan Pas. Oleh itu LUHAM tiada kuasa mempertikaikan hak dan kuasa Majlis Syura Ulamak (MSU) yang diberikuasa menghurai, mentafsir dan menjelaskan Perlembagaan seperti yang diperuntukkan oleh Fasal 8(1)(a).

Saya ingin mengajak Ustaz Norazli dan semua pembaca untuk membaca kembali kenyataan rasmi LUHAM yang dikeluarkan semalam 9/9/2014. Saya muatnaik semula kenyataan LUHAM seawal perenggan ke-2 seperti berikut :-

 "LUHAM berpendapat bahawa walaupun Fasal 8 (1) (a) Perlembagaan PAS memberi kuasa kepada MSU untuk menghurai, menjelaskan dan menafsirkan mana-mana peruntukan perlembagaan di dalam Perlembagaan PAS sepertimana yang dinyatakan oleh MSU di dalam kenyataan rasmi badan itu, namun terdapat dua (2) prasyarat yang perlu dipenuhi sepertimana yang dinyatakan di Fasal 88 (1) Perlembagaan PAS iaitu perlunya ada perselisihan faham dan adanya rujukan secara rasmi kepada MSU terlebih dahulu. 

 Kemudiannya, jika dilihat kepada Fasal 8 (1) (a) tersebut, peruntukan itu juga menyebut bahawa kuasa menghurai, menjelas dan menafsirkan mana mana peruntukan Perlembagaan PAS itu hanya timbul jika timbulnya kesamaran mengenai maksud dan tujuan mana-mana peruntukan Perlembagaan tersebut. 

Dengan tidak menafikan kewujudan kuasa MSU bagi menghurai, menjelas dan menafsirkan mana mana peruntukan Perlembagaan PAS jika timbulnya kesamaran, LUHAM juga berpendapat menjadi satu keperluan juga bagi MSU benar-benar mengetahui dan memahami kaedah-kaedah penafsiran sesuatu Perlembagan supaya apa-apa tafsiran yang diberikan adalah lebih tepat, munasabah dan memenuhi ruh, matan dan niat perlembagaan itu sendiri."

 Sejak dari permulaan kenyataannnya, LUHAM tidak pernah mempertikai atau menafikan HAK MSU yang diberikan oleh Perlembagaan untuk menghurai, mentafsir dan menjelaskan peruntukkan Perlembagaan. Ini amat jelas. LUHAM tidak menafikan hak MSU. Lebih dari itu LUHAM juga tidak pernah pada bila-bila masa mengatakan bahawa LUHAM berkuasa untuk mentafsir, menghurai dan menjelaskan Perlembagaan, tetapi LUHAM berpandangan bahawa tidak salah bagi LUHAM yang merupakan sebuah lajnah rasmi yang ditubuhkan melalui Perlembagaan PAS untuk memberikan pandangan berkaitan undang-undang yang menjadi teras kewujudan LUHAM.

 Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 53 yang bermaksud :

 “Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).” 

LUHAM menjalankan amanahnya sebagai penasihat yang memberikan nasihat di atas kepakaran yang mereka ada. Kepakaran LUHAM adalah berkaitan perundangan. Ianya adalah sekadar atas dasar memberikan nasihat dan pandangan BUKAN menafikan atau menidakkan hak MSU membuat tafsiran. Malah tindakan LUHAM tersebut adalah selari dengan tuntutan syarak iaitu nasihat menasihati atas yang hak serta selari dengan penubuhan PAS sebagai sebuah parti yang menegakkan Al-Amru Bil Ma'ruf Wan Nahyu 'Anil Munkar.

Ustaz Norazli terbawa-bawa sehingga kepada peruntukkan Seksyen 18c Akta Pertubuhan yang mengatakan segala keputusan badan yang diberikuasa untuk mentafsir Perlembagaan adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah.

Saya berpandangan di dalam konteks MSU sekarang bahawa peruntukkan Seksyen 18c Akta Pertubuhan memberi maksud bahawa sebarang keputusan MSU tidak boleh dicabar di Mahkamah tetapi tidak menyatakan bahawa keputusan tersebut tidak boleh dipertikai secara dalaman. Seksyen 18c tersebut tidak terpakai dalam hal kenyataan LUHAM kerana LUHAM tidak mempertikai hak MSU. LUHAM sekadar memberikan pandangan bahawa MSU menjalankan tugas dan kuasanya tidak mengikut peruntukkan Perlembagaan. Apabila kuasa dan tugas dilakukan secara tidak berperlembagaan, maka dengan sendiri keputusan daripadanya adalah tidak terpakai walaupun keputusan itu muktamad dan tidak boleh dicabar di Mahkamah. LUHAM tidak mencabar MSU di Mahkamah tetapi LUHAM memberikan pandangan dan pendapat. Itu bezanya.

Sekali lagi saya ingin membuka mata dan minda Ustaz Norazli dan semua bahawa jika kita baca dan fahami kenyataan rasmi LUHAM adalah jelas, terang lagi nyata bahawa LUHAM tidak pernah menafikan hak MSU mentafsir Perlembagaan. LUHAM tidak pernah mengambil kuasa MSU untuk mentafsir Perlembagaan tetapi LUHAM bertindak atas kapasiti pemberi pandangan dan nasihat.

Saya juga ingin menarik perhatian semua bahawa kenyataan rasmi LUHAM tersebut telah dibuat dan dikeluarkan setelah ahli LUHAM bermesyuarat, berbincang, berbahas dan memutuskan seperti yang dikeluarkan. Ini jelas disebutkan di perenggan 1 kenyataan LUHAM bahawa.

"Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat ( LUHAM ) telah bermesyuarat pada 8hb September 2014 bagi membincangkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulama ( MSU ) pada 7 September 2014. Setelah berbincang dan meneliti segala peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan PAS termasuk peruntukan-peruntukan tertentu yang dirujuk oleh MSU di dalam kenyataan rasmi tersebut, LUHAM sebulat suara bersetuju supaya suatu kenyataan rasmi dibuat bagi menyatakan pandangan LUHAM berkenaan isu yang dibangkitkan dalam kenyataan rasmi MSU tersebut".

Kenyataan tersebut dikeluarkan atas nama LUHAM melalui Setiausaha LUHAM. Itu cara organisasi LUHAM. Kenyataan rasmi dikeluarkan melalui Setiausaha. Jika tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, jangan dilanyak Setiausaha berseorangan kerana Setiausaha menjalankan amanahnya yang diberikan oleh Lajnah melalui mesyuarat. Setiausaha tidak mengeluarkan kenyataan secara bersendiri. Itulah LUHAM, melakukan sesuatu berdasarkan SYURA berdasarkan kesepakatan keseluruhan mesyuarat. Walau pun di sana ada perselisihan pendapat, pandangan dan kekhilafan tetapi apabila mesyuarat memutuskan maka LUHAM keseluruhan bertanggungjawab.

Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya Allah mengarahkan kamu memberikan amanah kepada yang hak. Yang berhak mentafsir, menghurai dan menjelaskan Perlembagaan ialah MSU tetapi LUHAM juga berhak untuk memberikan pendapat dan pandangan di atas amanahnya sebagai penasihat undang-undang parti. Apabila LUHAM ditubuhkan untuk berfungsi sebagai penasihat undang-undang parti maka MSU juga berhak dinasihati oleh LUHAM kerana MSU juga adalah sebuah badan di dalam parti.

AKHIRNYA, jika Ustaz Norazli mahu mencadangkan LUHAM dan seluruh AJKnya digantung atau dibubarkan, sila usul di dalam muktamar. Jika mahu mencadangkan AJK LUHAM meletak jawatan, saya buka cadangan tersebut kepada semua AJK LUHAM.

Saya menulis atas kapasiti peribadi kerana saya bukan AJK LUHAM tetapi saya adalah ahli PAS yang berprofesyen peguam.

ZULHAZMI SHARIFF
10/09/2014
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

LUHAM tidak berhak untuk membantah kata-kata MSU dan Presiden PAS. Kata-kata MSU dan Presiden PAS ialah undang-undang yang mengikat. LUHAM mesti memahami bahawa MSU dan Presiden PAS membawa undang-undang Islam yang mengatasi sebarang undang-undang lain. Apa-apa yang dinyatakan oleh LUHAM terbatal di sisi MSU dan Presiden PAS kerana LUHAM melihat dari segi undang-undang sekular. Menentang MSU dan Presiden PAS bererti menentang Islam.

LUHAM mesti membatalkan niat untuk berlawan dengan MSU dan Presiden PAS. Tugas LUHAM ialah mendengar dan mematuhi sebarang perintah yang dikeluarkan oleh MSU dan Presiden PAS. Wala' kepada MSU dan Presiden PAS jauh lebih berharga berbanding dengan kerja sia-sia yang dibuat oleh LUHAM.

anakdesa said...

Tuan Alhusseyn..

Kapada anonymous 1.37 pm..
Yang ditafsir oleh LUHAM ialah undang- undang perlembagaan PAS yang telah termakub sejak dahulu sebelum berlaku krisis MB Selangor..

Sebagai Lajnah yang diberi tanggung jawab dalam hal yang bersangkutan dengan perlembagaan PAS kalau LUHAM tidak boleh mentafsir perlembagaan partinya sendiri.. Apa gunanya dirangka perlembaan kalau tidak boleh diikut..

Sdr anonymous berlapang dadalah..

T kasih

Anonymous said...

Even Muhammad saw is not a law how come the above anonymous can sa MSU is the law. It would not happen. Muhammad saw merely athe Medsenger. Some of the God words are law, not all. How come MSU. nonsense....

bat8 said...

Ini satu lagi salah faham yang amat besar. Dari hujah tuan, Perlembagaan PAS adalah perlembagaan sekular! Tapi betulkah? Harap2 ini bukan komen orang UMNO yang menjadi ahli PAS jadian untuk mengambil kesempatan.

2. Perlembagaan PAS ADALAH SEBUAH DOKUMEN YANG MENGGUNAKAN BAHASA PERUNDANGAN . Ia digubal berdasarkan kepada 4 sumber yang menjadi rujukan PAS: Al Quraan, Sunnah, Ijmak dan Qias.

2. Perlembagaan PAS ini ditulis dalam bahasa perundangan kerana ia adalah syarat yang diletakkan oleh Akta Pertubuhan 1966 dimana semua parti2 politik Malaysia berdaftar. Perlembagaan sekular seperti UMNO, MCA,MIC dsb ditulis dalam bahasa perundanga juga atas keperluan Akta yg sama.

Malah enakmen hudud Kelantan dan Terengganu juga ditulis dalam bahasa perundangan yg digunapakai sekarang walaupun ia bersandarkan kepada 4 sumber tadi. Yang menentukan sesuatu undang2 itu Islam atau sekular bukan kepada bahasanya tetapi sumber ia diambil. Bahasa perundangan adalah alat.

2. LUHAM menegaskan bahawa pihaknya tidak mentafsir. Itu tugas MSU. LUHAM memberi pandangan kerana ia menjadi tugas LUHAM menjelaskan aspek-aspek yang melibatkan perundangan.

Dalam menjelaskan Perlembagaan PAS yang ditulis di dslam bahasa peru dangan, SIAPA YANG LEBIH LAYAK MEMBERI PANDANGAN? LUHAM ATAU MSU? Kalau MSU mentafsir hal perundangan adakah tafsiran itu otoritatif? Pasti tidak...kerana bukan bidangnya. Ia hanya menjadi pendapat sahaja seperti pendapat tuan blog atau saya atau tuan. Islam amat m3nekan perkara ini. Jima tidak ia membawa kepada fitnah yang memudharatkan.

Dalam mentafsir Al Quraan, SIAPAKAH YANG LEBIH LAYAK MENTAFSIR AYAT2 AL QURAAN? LUHAM ATAU MSU?

3. Saya tidak bercadang untuk komen fakta2 lain kerana tiada keperluan sebab asasnya pun dah tak betul.

TALIBUN said...

Hukum tertinggi dalam pelembagaan Pas ialah Quran, hadith, qias dan Ijmak. Kuasa MSU untuk menafsir pelembagaan Pas mestilah tidak terkeluar daripada asas ni. Dua keputusan yang dikeluarkan oleh MSU baru2 ni dengan jelas melanggari hukum tertinggi ni.

1 Keputusan MSU dalam memberi kuasa kepada President membuat keputusan tanpa bermesyuarat adalah bertentangan dengan alQuran:

dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.(3:159)

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya; (42:38)

Jadi jika kita menyokong MSU dalam isu ni, kita dengan sengaja menolak perintah Allah.

2 MSU dalam membela Khalid Ibrahim telah mengatakan tidah boleh dipecat Khalid Ibrahim kerana dia tidak pernah disabitkan deangan apa2 kesalahan.

Saidina Omar ra telah memecat Khalid alWalid dengan tanpa ada apa2 kesalahan yg dibuat oleh Khalid alWalid, para sahabat2 dizaman tu tiada siapa yg mengatakan pemecatan tu bertentangan dengan alQuran dan sunnah.

Persolannya adakah MSU akan mengatakan apa yang dilakukan oleh Khalifah Omar ra adalah salah, adakah MSU lebeh berpengatahuan berbanding Khalifah Omar ra.?

Pada mereka yang mengikut buta tuli MSU dan President tanpa mahu merujuk balik kepada hukum tertinggi dalam pas, takut lah kamu kpd Allah, dan balik lah kepanggal jalan.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Salam semua, jangan dimarahi Anon 1:37:00 pm. Sekurang-kurangnya dia cuba nak berhujjah.Ini kita alu-alukan daripada yang yang hanya buat label itu ini. Tapi bila puak ni berhujjah mmg nampak tak berapa cerdik dan korang dgn mudah mematahkan hujahnya dgn baik sekali.Terima kasih kerana berhujah dgn baik tanpa emo.

IbnAbdHalim said...

Kalau yg lulus undang2pun tak leh nak tafsir perlembagaan, maka MSU yg belit serban hingga darah tak jalan ke otak lg tak layak walaupungcada kuasa.

Anonymous said...

Kita semua tak sangka Ustaz Norazli bersikap seperti ulmaka jumud yang lain.kalau dulu ustaz ni terbuka mindanya.mereka ini agaknya melihat dan menerima apa juga yang umno nasihatkan bahawa cina DAP ni kapir dan tidak pulak bagi cina lain,sebab itu ulamak dalam Pas ni begitu menjauhi cina Dap.padahal inilah peluang untuk mentarbiah mereka.

UMMATAUNWASOTO said...

Ada tanda-tanda sesetengah ahli PAS mendewa-dewakan ulamak kitab agama dan merendah-rendahkan profesional yang tidak hafal kitab agama! Saya ahli PAS sejak tahun 1985, sedih melihat golongan ulamak muda yang terlalu menyucikan diri padahal Allah telah pesan "walaa tuzakkuu anfusakum, huwa 'alamu bimanittq", maksudnya "jangan kamu dabik dada kata diri kamu suci, DIAlah yang paling mengetahui siapa sebenarnya yang bertaqwa."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...