GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, October 15, 2014

Adik Hishamuddin terima kontrak label arak RM77 juta

Memang beruntung dapat abang seorang menteri kanan.Abang saudara pula PM! Abang saudara sorang lagi tu pula,CEO CIMB! Korang jeleskan kat aku?

Adik Hishamudin dan sepupu PM Najib 

DAP mempertikaikan penganugerahan kontrak bernilai RM77 juta yang didakwa diberi secara rundingan terus kepada saudara Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

 MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa kontrak label keselamatan arak itu dianugerahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia kepada sebuah syarikat.

Dakwanya, saudara Hishammuddin itu mempunyai 68 peratus saham dalam syarikat itu.

 Beliau mengajukan dua soalan untuk dijawab kerajaan mengenai dakwaannya itu.

 "Apa sebabnya kerajaan menawarkan kontrak untuk mencetak label keselamatan ini secara rundingan terus kepada syarikat ini?

 "Soalan kedua, adakah penggunaan label keselamatan ini berkesan untuk mencegah penyeludupan arak?" tanya Tony.

 Menurutnya, syarikat sama sebelum ini mendapat kontrak untuk mencetak label keselamatan kotak rokok pada harga yang mahal iaitu 11 sen bagi setiap kotak.

 "Adakah syarikat ini sahaja yang mampu mencetak label keselamatan di negara ini pada harga atau kos yang paling rendah?" tanya beliau.

 Menurut Tony, penggunaan label keselamatan pada kotak rokok dan arak tidak mampu mencegah aktiviti penyeludupan.SUMBER 

Komen al-Husseyn: Label keselamatan ini hanyalah topeng untuk menghalalkan penjualan arak dan rokok.Umpama tanda Halal Jakim pada item-lain dipasaran... Saya syorkan Jakim ambil aleh label keselamatan ini digantikan dengan label : Haram bagi orang Islam menjual, membeli dan menghisap atau meminumnya. 

Buat kilang arak atau tanam tembakau, itu ok! tak mengapa....??
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...