GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, October 15, 2014

Adios Amigo Tamrin

Mohd Tamrin Abdul Ghafar (kanan) dilihat bersama Naib 
Presiden PKR Tian Chua dan aktivis Haris Ibrahim ketika 
ditangkap di bawah Akta Hasutan, tahun lepas.
- The Malaysian Insider, 15 Oktober, 2014. 

Saya sedih dan terharu diatas keputusan Tamrin Ghafar meninggalkan PAS. Saya rasa ramai yang merasakan apa yang saya rasakan. Terima kasih kepada Tamrin kerana pernah membantu Dun Sungai Rapat pada PRU 13 lalu.

Beliau berada selama satu minggu di Ipoh membantu berkempen.Banyak cerita-cerita yang menarik ketika berbual-bual dengan beliau...  

Saya percaya tindakan beliau ini adalah sebagai tanda protes terhadap kekalutan yang sedang berlaku dalam PAS.Semoga Tamrin akan terus menyumbangkan baktinya walaupun berada diluar PAS. Adios Tamrin!

Ikutilah berita seterusnya :

 Anak bekas timbalan perdana menteri Mohd Tamrin Abdul Ghafar hari ini menghantar surat kepada setiausaha agung PAS menarik diri dari menjadi ahli parti Islam itu.

 Tamrin berkata beliau tidak lagi menganggotai PAS berkuatkuasa hari ini.

 "Adalah diharapkan pihak Yang Berbahagia Datuk dapat mengemaskinikan rekod keahlian saya berkaitan keputusan ini," kata Tamrin yang juga bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu.

 Ibu pejabat PAS mengesahkan penerimaan surat bertajuk "Menarik diri sebagai ahli PAS" daripada Tamrin itu.

 Dua tahun lepas, pada 11 Ogos 2012, Tamrin menyerahkan borang keahlian sebagai ahli PAS kepada presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Gombak.

 Tamrin merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam.

 Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu, beliau turut sama dilihat membantu kempen PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

 Tamrin dilaporkan mula tidak senang dengan PAS sejak kemelut pelantikan menteri besar Selangor yang menyaksikan pertembungan antara parti itu dengan rakannya dalam PR.

 Beliau pernah memberitahu The Malaysian Insider sebelum ini, walaupun sekiranya beliau keluar dari PAS, dia tidak akan sekali-kali kembali kepada parti asalnya, Umno.

 "Bagi saya Umno sudah mati," kata Tamrin, anak kepada Tun Abdul Ghafar Baba.

 Langkah seterusnya bagi Tamrin ialah menyertai Gerakan Anti Perkauman (GAP), sebuah badan yang akan memperjuangkan Malaysia yang harmoni dan mengutamakan perpaduan antara kaum.

 GAP merupakan idea beliau yang dicetuskannya pada satu pertemuan sempena memperingati tarikh 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor tahun lepas.

 Gerakan itu akan dilancarkan di Petaling Jaya malam ini. – 15 Oktober, 2014.-  SUMBER
Comments
5 Comments

5 comments :

abuamir said...

Kalau geng UG terus bongkak & angkuh, lama-kelamaan PAS akan tersungkur atau jadi parti lebai malang. Perangai UG ni sama macam pemimpin umno tak boleh ditegur dan bawa berbincang. Tulis kat FB,twitter bukan main hebat tetapi kat dlm parlimen senyap sepi tanpa hujah.

PAS ganti umno bukan perangai serupa umno ada faham??????

Anonymous said...

Selamat beramal di wadah baru yang lebih memerlukan bantuan orang yang brrpengalaman dan berpengetahuan.

Anonymous said...

Allah lebih mengatahui..kita tunggu dan lihat..balik2 UG...DAP dan PKR kamu tak selidik betul2..tok guru aje kamu canang2 ..

Anonymous said...

Lensa kata anwar bersara lah...al hussin x ulas ke?masa lensa suruh pas keluar pr hussin ulas best sangat...kena kepala org kesayangan hussin trus hussin senyap...

Hussin pergi tak program rakyat hakim negara?ramai tak pergi program tu hussin?

Kenapa amk mintak bantuan pas untuk join program rakyat hakim negara wahai hussin?dap tak pergi jugak ke?
Masa mula2 buat program tu kenapa tak ajak pemuda pas?kenapa bila tak ramai orgbaru nk ajak pas?hussin tau tak?

Anonymous said...

Pas patut boikot je program rakyat hakim negara sebab yg ni bukan untuk rakyat...pengkalan kubur aritu mmg betul2 untuk rakyat tapi pkr dan dap boikot slamber je ada pas rayu tak?

Yang ni program peribadi lantak dia lah pas wei tak payah join nak jugak tengok brape ratus ribu yg datang...

Unit amal pas x payah dikerah biar pkr dap urus sendiri...

Time nk maki n hina org tak ingat dunia sekarang sori la aku nk tolong pkr n dap korang setel sendiri ngn jentera upahan korang...hussin ni boleh tolong pasang kanopi dan jg laly lintas...keyboard warrior la konon

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...