GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, October 04, 2014

Aidul Adha kepada Semua


Selamat menyambut Aidul Adha kepada semua. Tempuh bertenang untuk semua....kita serang lembu dan kambing pulak.....jumpa lepas hari tasyriq.

Apa itu hari tasyriq? Abu Ubaid berkata:

 “Ada dua pendapat ulama tentang ajorit penamaan hari-hari tersebut dengan hari Tasyriq: Pertama, dinamakan hari Tasyriq kerana kaum muslimin pada hari itu menjemur daging korban untuk dibuat dendeng. Kedua, kerana kegiatan berkorban, tidak dilakukan, kecuali setelah terbit matahari.” (Lisanul Arab, 10:173).

 ‘Hari Tasyriq’ adalah pada tarikh 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Ada juga yang menyatakan, bahawa hari Tasyriq meliputi empat hari, hari Aidil Adha dan 3 hari selepas itu.

Hari-Hari Untuk Makan Dan Minum

 Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha dan Hari-Hari Tasyriq, berikut dibawa amalan pada Hari-Hari Tasyriq moga boleh dipraktikkan agar meraih banyak manfaat.

 Hari-hari Mina adalah hari-hari yang ditentukan sebagaimana firman Allah Ta’ala :
 وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ 
“Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) Dalam beberapa hari Yang tertentu bilangannya…”
(Al-Baqarah 2: Ayat 203)

 Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illah, Allahu Akbar Allahu Akbar wa lillahil hamd… 

 Di Hari Tasyriq kita dilarang untuk berpuasa. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutnya sebagai hari makan dan minum, serta banyak berzikir kepada Allah.

 Dari Nubaisyah al-Hudzali radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda: 

أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ لِلَّهِ
 “Hari Tasyriq adalah hari makan, minum, dan banyak mengingat Allah.” 
(HR. Muslim, Ahmad, Abu Daud, Nasa’i).

Daripada Nubaisyah Al-Huzali bahawasanya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda: 

 “Hari-hari (berhimpunnya jemaah haji) di Mina adalah hari-hari untuk makan dan minum dan berzikir.” (Imam Muslim r.a.) .

 Dan dalam riwayat Imam Ahmad bin Hanbal :

 “Sesiapa yang berpuasa (pada Hari Tasyriq) maka hendaklah dia berbuka, kerana sesungguhnya hari tersebut adalah hari-hari untuk makan dan minum.” 
Comments
2 Comments

2 comments :

CEO Siber said...

(( Rahsia Dibuka )) - UMNO Mahu Jatuhkan Azmin SEKALI Lagi!!

Walaupun akhbar Utusan Malaysia meletakkan gambar lucah Azmin bersaiz A4 di muka depannya, ia tidak pun releven oleh rakyat selangor, malah seluruh rakyat Malaysia sekalipun sgt yakin dgn kreadibiliti Azmin sbg MB Selangor yg baru...

Bukan itu saja, penyokong BN bertubi2 mahukan Azmin menjadi MB baru dgn 'menjilat' kembali khalid bg menidakkan Wan Azizah sbg MB yg baru...

Wan Azizah yg tidak dpt bertanding pada pru yg lepas hanyalah orang tengah Anwar utk menguatkan lg PKR di Selangor. Memadai hanya berada di dun... dan Nurul Izzah di parlimen...


UMNO nak buat apa skrg?
Adakah UMNO mahu meletakkan Video Lucah 3G Azmin di Muka Depan Akhbar pujaannya?... Cubalah...

Yg pasti semakin ramai penyokong BN yg sukakan Azmin selepas ini...

Sayang selangor.. sayang PKR...

TAHNIAH ANWAR... TAHNIAH WAN AZIZAH... :-D


Sumber berita

>>>> Klik Di Sini

Anonymous said...

Tuan, rakyat Malaysia bolehlah di ibaratkan seperti lembu korban. Demi untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin rakyat trpaksa dikorbankan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...