GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, October 28, 2014

Antara yang tefitnah dan yang memfitnah, siapa yang anda bela?


Bahawa hari ini terdapat dua orang ternama akan berdepan dengan perbicaran di Mahkamah sekular dunia....

Kedua-duanya terpalit dengan isu FITNAH. Seorang kerana memfitnah dan seorang lagi terfitnah. Korang sendiri fikirlah.....yang mana satu-satunya...

Entri aku kali ini nak ulas sikit pasal fitnah.Kalau tidak ada tukang fitnah, maka tidak adalah yang terfitnah. Maka eloklah aku menumpukan pasal orang yang buat fitnah. Janganlah pula ada sesiapa yg nak terasa...Aku ada hujah sekadar yg aku mampu, maka korang berhujjahlah dengan baik kalau nak bantah hujjah aku kali ini. 

Bahawa semua orang PAS tahu hadis Rasulullah SAW yang diriwayat oleh Muslim dan Abu Daud yang maksudnya : 
 Bukan dari kalangan kami barangsiapa yang menyeru kepada asobiyyah. Dan bukan dari kalangan kami barangsiapa yg berjuang atas dasar asobiyyah. Dan bukan dari kalangan kami barangsiapa yang mati diatas dasar asobiyyah. 
Para sahabat bertanya : Apa itu Assobiyah Ya Rasulullah? 

Maka Rasulullah SAW menjawab : Asobiyyah itu ialah kamu menolong kaum kamu di atas dasar kezaliman. 

Sadar ataupun tidak, kita sering berbuat zalim. Padahal kezaliman bukanlah perkara remeh. Hukumnya haram dalam syariat Allah. Bahkan Allah mengharamkannya bagi diri-Nya. Dia Yang Maha Suci berfirman dalam hadits qudsi:
 “Wahai hamba-hamba-Ku sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku menjadikannya haram di antara kalian maka janganlah kalian saling menzalimi…” (HR. Muslim) 
 Antara peringatan Allah kepada kita supaya kita tidak berlaku zalim malah tidak sekali-kali bersekongkol dengan mereka dalam melakukan kezaliman adalah sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Hud:113 yg bermaksud:
Janganlah kamu cenderung kepada mereka yang melakukan kezaliman, kelak kamu disambar api neraka ...

Antara sikap zalim itu adalah mencaci dan memfitnah.Perbuatan fitnah itu hukumnya adalah haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Qalam:10-11 yang maksudnya:

Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya) Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai).
Diriwayatkan daripada Khuzaifah Radiallahuanhu, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
 "Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)." (Hadis riwayat Imam Muslim). 
Hanya Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa orang yang membuat fitnah sekiranya orang yang difitnah itu memaafkan kamu. 

Jika kita termasuk dalam definasi ini, atau sikap mempertahankan seseorang seperti definasi di atas. Maka ia adalah sesuatu yang dilarang.

Allah mengajarkan kita semua supaya kita terhindar dari orang-orang yang zalim dan dijauhkan dari fitnah mereka.

 Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh).
 Dalam erti kata yang lain assobiah itu bererti pertolongan, kasih sayang, ketaatan dan yang seumpamanya dari seseorang kepada pihak lain berdasarkan kepada ikatan kekeluargaan, kekumpulanan, kebangsaan, kenegaraan dan sebagainya tanpa didasarkan oleh asas agama.

Wala' (taat setia) seseorang muslim jika diberikan hanya kepada seseorang pemimpin sahaja, sedangkan terhadap pemimpin yang lain dalam perkumpulannya pula tidak , maka sikap ini bererti telah bersikap assobiyah.

Tidakkah kamu hairan melihat mereka yang berbondong-bondong memberikan wala' kepada situkang fitnah itu? WaAllahualam.
Comments
15 Comments

15 comments :

Anonymous said...

Yg difitnah wajib dibela.

Memfitnah itu lebih buruk dari membunuh.

Anonymous said...

Kesian aku tgk PJ Kedah di Mahkamah kelmarin... Hanya loyar dia Zulhazmi Sharif & keluarga dia saja yg bersolidariti utk dia... Org lain tak nampak muka...Kesiannnn...

paparock said...

soalan secara terbuka vs soalan tertutup tujuan terbuka...

1. siapa fitnah siapa?
2. siapa yang memfitnah?
3. siapa yang difitnah?

SIAPA PULA SI BATU API...PENGADU DOMBA...

paparock

Anonymous said...

Tuduh Hadi memfitnah? Pernahkah Hj Hadi menamakan sesiapa yang menjadi pengedar pil kuda?? Tolong sebutkan nama yang disebut oleh Hj Hadi. Kamu sebenarnya Husein, adalah pemfitnah tersohor. Dah tua tapi masih buat kerja terkutuk.

Anonymous said...

kesian al tahit al ustak ni

Anonymous said...

Kes apa?

Anonymous said...

http://youtu.be/gmiJairllyI

bat8 said...

Tak payah nak tunjuk bangang...pi kat utube tengok sendiri video yang dikatakan TGHH buat fitnah tu. Berapa ramai calon PKR yang bertanding di kerusi DUN Bukit Besi dalam PRU 13 lalu? Kalau ramai memanglah kita suruh Tuan Haji Hussien kita s3but nama? Ada sampai 30 org calon PKR ke bertanding di kerusi DUN Bukit Besi yang TGHH tuduh jual pil kuda?

Anonymous said...

Bukti nya bila ada pertandingan tiga penjuru

Anonymous said...

anon 11.53 janganlah jadi penjilat totok.Apakah kau tak faham tuduhan pada calun yang betanding atas tikit PKR menjual pil kuda.Sudah pasti manusia yang bertanding dalam PRu dulu,dan Hj Hadi terus hantar calun Pas untuk berttanding sama .Tak faham ke .bodohnya.Tak perlu sebut nama pun orang fham Hj Hadi tuduh siapa.APA? Kau pulak pandai tuduh orng pemfitnah tersohor.Hj Hadi tak ajar kau ke tentang dosa fitnah.bodoh

Anonymous said...

Anonmouse 12.38 kesian kau al bodoh wal bangang

Alhusseyn Alhusseyn said...

Aku pun serba salah...nak ketawa pun ada, kesian pun ada. Lumrahnya orang beragama ni, kalau mengaji kitab, selalunya sesuatu masalah itu dibahaskan melalui beberapa kaedah...tapi dlm isu ini, macamana mereka buta melihat kepada kebenaran yg begitu jelas dan nyata ....menuduh orang walaupun tidak sebut nama, kalau tidak ada bukti, itulah fitnah.Tuntutan utama dalam perbicaraan pil kuda ini ialah menuntut Hj Hadi namakan siapa yg dia maksudkan bila dia tuduh ada calon PKR jual pil kuda dan kata PAS tidak boleh bekerjasama dgn orang sebegini....Kemudian HJ Hadi sendiri yg keluarkan watikah untuk calon PAS bertanding ditempat-tempat terlibat...

Anonymous said...

kalau menuduh se seorang tampa tujukan pada sesiapa,makna nya orang yang menuduh tu merapu....

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=pVnsjQqj8Nw&feature=youtube_gdata_player

tuan bat8 saya dah tgok video tu kt mana hj hadi kata calon bukit besi jual pil kuda boleh tuan bg tahu pada minit yg ke berapa hj hadi kata calon bukit besi jual pil kuda?kt terengganu bukan bukit besi je yg bertindih pas ambik dua lagi seberang takir dan kota putera...boleh tuan bat8 jelaskan...

Anonymous said...

Tuan hussin yg bijaksana...kenapa tak jawab soalan saya tempohari kt posting pasal arak tu?tak dapat jawab terus senyap ke?kurang2 jawab la "saya mengaku kalah saya salah tuan" hahaha...jgn jd mcm utusan meloya tuan hussin ha3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...