JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, October 20, 2014

Azmin: Apa nasihat AG? Saya nak tahu

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili memberi penjelasan berhubung nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara sehingga menyebabkan dokumen perjanjian air tidak boleh didedahkan.

 Azmin berkata, beliau sebelum ini telah meneliti dokumen tersebut dan mendapati tiada perkara yang boleh menjejaskan keselamatan negara sehingga menyebabkan Peguam Negara menghalang dokumen itu daripada didedahkan kepada umum.

 "Perlu beri penjelasan kenapa (dokumen) ini ditolak kerana perjanjian itu tidak melibatkan isu keselamatan. Hanya kontrak perniagaan antara dua pihak. Kenapa perlu disembunyikan.

 "Jika terma itu melindungi kepentingan rakyat, maka tak ada sebab kerajaan pusat bersungguh-sungguh menghalang daripada dokumen ini didedahkan.

 "Apa nasihat dia (Peguam Negara)? Saya nak tahu. mesti ada justifikasi kenapa dokumen itu dihalang," katanya.

 Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan kerajaan di Shah Alam.

 Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata beliau sehingga kini belum menerima surat rasmi daripada kementerian itu berhubung penolakan untuk mendedahkan dokumen perjanjian air tersebut.

 Beliau menjelaskan dokumen itu perlu didedahkan kepada umum bukan bertujuan untuk membatalkan perjanjian berkenaan sebaliknya hanya untuk kepentingan rakyat.

 "Sampai sekarang saya belum terima surat rasmi daripada kementerian dan menteri. Lebih adil jika saya teliti dulu jika kerajaan persekutuan tolak permintaan kerajaan negeri untuk dedahkan perjanjian tersebut maka saya akan teliti dulu surat tersebut.

 "(Saya) bukan nak batalkan (perjanjian) tapi mesti ada ketelusan kalau tidak akan membebankan rakyat," katanya.9 

 Pada Sabtu lalu, Maximus berkata kandungan perjanjian air antara Putrajaya dan kerajaan Selangor belum boleh didedahkan kepada umum selepas mendapatkan khidmat nasihat yang diberikan Pejabat Peguam Negara. SUMBER
Comments
2 Comments

2 comments :

Ahmad Basri said...

Syabas Yab,demi rakyat dn keadilan serta ketulusan krajaan rakyat,desak mereka agar rakyat turut dimaalomkn apa yg akn dipikul mereka.
Tk ada sbb perjanjian niaga dirahsiakn melainkn tujuan nk menipu dn menzalimi rakyat,maka dirahsia krana takut rakyst " murka".
Yab be the vanguard for the people fight against corruption and abuse of power.

Anonymous said...

Berani kah kementerian dan peguam negara melanggar perentah Najib yang memberi tender kepada keroni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...