GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, October 12, 2014

Bajet 2015: Di mana hak orang Kelantan?

Ahmad Yaakub sekadar mampu senyum kelat saja ketika 
berombongan bawa Hasrat Kerajaan ke Pejabat PM..

Setiap tahun rakyat Kelantan termanggu di depan televisyen melihat Menteri Kewangan membentangkan belanjawan. Pengharapan yang cukup tinggi untuk melihat sesuatu mengalir ke bumi Kelantan.

 Tahun ini sekali lagi bajet yang kononnya untuk rakyat mengecewakan rakyat Kelantan. Di saat rakyat Sabah mendapat manfaatnya bila PM mengumumkan pembinaan lebuhraya Borneo sejauh 1000 kilometer lebih. Rakyat Kelantan masih bergelut dengan lebuhraya maut.

 Lebih memeritkan, disaat hasil bumi Kelantan yang disedut secara rakus oleh Petronas seolah kami ini umpama tidak mempunyai apa-apa hak yang sewajarnya.

 Dato Mustapha Mohd yang juga Menteri penuh dalam kabinet Najib seakan mengiyakan dan membiarkan Kelantan diperlakukan sedemikian.

 Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kelantan melihat situasi ini dengan cukup serius. Adakah hanya kerana perbezaan politik yang berlainan, Kerajaan Pusat menafikan hak rakyat Kelantan? Apakah rakyat Kelantan tidak mempunyai maruah sehingga begitu teganya Kerajaan Pusat mempermainkannya.

 Selain lebuhraya, rakyat Kelantan juga melihat isu Royalti dan menaiktaraf Lapangan Sultan Ismail sepatutnya diberikan keutamaan dan hak yang sepatutnya. Namun seperti tahun-tahun sebelumnya ia hanya mimpi.

 SAMM Kelantan berjanji, akan bersama-sama rakyat Kelantan mengembeleng tenaga untuk menuntut hak ini. Hak yang dinafikan oleh rejim zalim BN.

 Hj Osama
 Penyelaras SAMM Kelantan
Comments
1 Comments

1 comment :

bat8 said...

Tuan Haji

Hak orang Kelantan ialah negeri Kelantan diperintah oleh parti yang menjunjung amanah rakyat.

Betul negeri Kelantan tidak banyak pembangunan fizikal. Kelantan tidak memerlukan KLCC, Lot 10 dsb buat masa ini. Falsafahnya cukup mudah. Buat apa semua itu jika ia dimileki oleh orang bukan melayu dan menjadi alat untuk meng3ksploitasi orang melayu kelantan. Pembangunan ekonomi puj begitu.

Sebenarnya Kelantan adalah tempat yang paling ideal untuk membina kekuatan ekonomi orang melayu Islam jika pemimpin2 kita benar-benar mahu.

Kelantan ideal kerana ia adalah negeri yang mempunyai penduduk 98% orang melayu. Sebarang agenda pembangunan senang dilakukan tanpa meminggirkan kaum bukan melayu kerana jumlah 2% orang bukan melayu itu dengan mudah dapat diintergrasikan didalam masterplan pembangunan ekonomi orang melayu! INI ADALAH SATU SITUASI YANG UNIK YANG TERDAPAT DI KELANTAN!

Kedua, Kelantan mempunyai modal insan yang tinggi yang holeh digerakkan kearah pembangunan ekonomi. Sifat jati diri orang kelantan secara lumrahnya yang berminat dengan perniagaan adalah satu aset yang penting. Juga orang kelantan mempunyai sifat cekal, berdikari, t3kun dan tabah dalam menghadapi hidup juga merupakan asas-asas penting untuk dijadikan tulang belakang massa bagi mengerakkan aktiviti-aktiviti pembangunan ekonomi.

Orang melayu dari negeri-negeri lain juga bopeh digerakkan untuk melengkapi modal insan tempatan yang ada.

Ketiga, Kelantan berhak kepada royalti minyak. Jadi sebahagian dari royalti ini disalurkan untuk menjayakan masterplan pembangunan ekonomi orang Melayu.

Mungkin industri berkaitan dengan petroleum dan industri hilirannya boleh dijadi asas utama disamping beberpa bidang ekonomi lain didalam masterplan ini.

Rancangan ini akan berjaya jika ia dirancang dengan teliti dan melibatkan kerjasama erat diantara kerajaan negeri dan Persekutuan. Maknanya satu masterplan bersama perlu dibuat dengan cermat. Perlaksanaannya dibuat oleh kerajaan negeri dengan dipantau oleh kerajaan pusat.

Mengapa ia perlu dilaksanakan oleh kerajaan negeri? Dalam melaksanakan program seperti ini t3ntulah beberapa polisi-polisi khusus yang pro melayu Islam perlu dibuat. Kerajaan negeri dapat membuat polisi-polisi ini kerna 98% rakyat Kelantan adalah orang melayu dan kepentingan kaum bukan Islam 2% dapat diinte4grasikan didalam polisi-polisi ini. Jadi tiada siapa yang holeh menuduh kerajaan Kelantan bersikap perkauman. Kerajaan persekutuan tidak boleh membuat polisi-polisi seperti ini.

Antara polisi-polisi ters3but ialah kerajaan bol3h menetapkan syarat kepada setiap pelaburan asing mesti dip3gang ol3h orang melayu sebanyak 30% dan syarat2 lain yang bol3h membantu meningkatkan kemahiran orang melayu dibidang yang dic3buri oleh pelabur asing. Kerajaan pusat pula mengalakkan kedatangan pelabur2 asing dari sektor2 yang dikenal pasti didalam masterplan ke Kelantan. Kerajaan Pers3kutuan menyumbang kepada pembinaan infrastruktur-infrastruktur yang diperlukanm

Cantikkan plan ini...Disini kita jadikan tapak asas yang kukuh yang kemudiannya akan dikembangkan kelua4 dari kelantan kenegeri-negeri lain membentuk jaringan ekonomi yang kuat yang mampu memberi saingan kepada kekuatan ekonomi bukan melayu.

Kita rancangan pembangunan ini secara jangka panjang. Katakan untuk tempoh 30 tahun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...