GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, October 29, 2014

Bakar bible ikut konteks.Kalau Al-Quran?

''Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah, sebelum sesuatu kenyataan itu dikatakan mempunyai kecenderungan menghasut, kenyataan itu hendaklah dilihat secara keseluruhan dan tidak boleh dipisahkan daripada konteks di mana ia dibuat.’’

Itu adalah alasan mengapa Jabatan Peguam Negara tidak mendakwa Ibrahim Ali di bawah Akta Hasutan.

 Kenyataan Ibrahim Ali agar Bible dirampas dan dibakar perlu dibaca secara keseluruhan atau mengikut konteks kejadian yang berlaku di SMK Jelutong.

Apa yang terjadi di SMK Jelutong?

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pada 27 Oktober 2014, pengedaran Bible telah dilakukan kepada pelajar-pelajar SMK Jelutong. Hasil siasatan mendapati:
1. Tiada keterangan kukuh bahawa Bible tersebut diedarkan kepada pelajar Melayu sahaja.
2. Sesiapa sahaja boleh mengambil Bible tersebut daripada suspek-suspek berkenaan.
3. Suspek-suspek tidak mempunyai niat untuk mengedarkan Bible kepada pelajar Melayu sahaja.
 Saya berasa takjub dengan pendekatan yang diambil dalam mendepani kes Ibrahim Ali kerana ianya perlu dilihat dari segi konteks dan secara keseluruhan. Tetapi bagaimana pula dengan kes hasutan Prof.Azmi Sharom?

 Mengapa kenyataan Prof. Azmi : "I think what happened in Perak was legally wrong. The best thing to do is do it as legally and transparently as possible" yang dikira sebagai mempunyai kecenderungan menghasut ini tidak dibaca dari segi konteks dan keseluruhan? Bukankah kenyataan ini adalah berdasarkan fakta kes dan wajar dianggap sebagai legal opinion? Mengapa kenyataan sebegini dianggap menghasut?

 Maka, logik yang wujud ketika ini di Malaysia ialah: 

      Bakar Bible - Bukan menghasut 
Legally wrong - Menghasut 

 Apakah pendekatan yang sama akan digunapakai sekiranya Bakar Bible itu ditukar kepada Bakar Al-Quran? 

Nanti ada yang menjawab " Kalau bakar Al-Quran wajar dianggap menghasut sebab agama Islam agama rasmi negara ini!" 

 Saya setuju Islam adalah agama rasmi negara ini tetapi peruntukan yang sama (Perkara3 Perlembagaan Persekutuan) juga menyatakan "tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan."

 Apakah seruan merampas dan membakar Bible itu selari dengan peruntukan bahawa agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara ini? 

Pada masa yang sama, kenyataan media tersebut juga menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Ibrahim Ali jelas mempertahankan kesucian agama Islam. Menurut kenyataan media itu lagi "Tindakan pengedaran Bible secara percuma dan terbuka di luar perkarangan SMK Jelutong boleh menggugat akidah pelajar-pelajar Islam yang kurang pengetahuan agama mereka jika mereka membaca Bible tersebut...’’
Ini memberi 3 petanda :
Pertama, pelajaran agama Islam di sekolah masih tidak mampu untuk menguatkan akidah pelajar Islam dan ibu bapa gagal memberikan pendidikan Islam yang secukupnya.
Kedua, Orang Islam sangat lemah dan cepat terpengaruh dengan hanya membaca.
Ketiga, membaca Bible yang diedarkan adalah jalan untuk menggugat akidah pelajar Islam.
 Merampas atau membakar Bible bukanlah jalan untuk mempertahankan kesucian agama Islam, jauh sekali untuk menyelamatkan akidah umat Islam. Bahkan, umat Islam boleh sahaja membaca Bible menerusi internet yang tidak boleh dirampas atau dibakar dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja termasuk pelajar sekolah.

 "Maka dengan sebab rahmat dari Allah, engkau(wahai Muhammad) telah bersikap lemah-lembut kepada mereka dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu’’ Ali-Imran :15999

 "Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik’’ An-Nahl:12599 

 Dan sesungguhnya, merampas serta membakar Bible tidak akan mendekatkan masyarakat kepada agama Islam sebaliknya akan terus memberi persepsi negatif yang mencemar kesucian agama Islam! ~ 29 October 2014 Written By Mohd Zharif Badrul
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...