JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Saturday, October 25, 2014

Bila kita meludah ke langit.....

Saya baru terjumpa klip video ni pagi ni. Bila mendengarnya....aku sendiri berasa malu. Ustaz Nasarudin Daud ni umpama meludah kelangit dan kena pada muka sendiri :
0:38 ~ Maka dia sanggup pakai serban pakai jubah…jadi comel…hamba pun tidak kata hudoh….  
0:47 ~ Ni hak tukar…diantara Cikgu dengan Ustaz tukar! Cikgu lain Ustaz lain…..dia ada beza…gak?
Aku kata macam tu sebab dalam PAS sendiri pun ramai yang buat kelaku macam ini. Aku bukan nak menyalahkan beliau. Mungkin Nasarudin ni tak menyedari ada ramai Cikgu, penjawat awam biasa pun suka dengan gelaran Ustaz...

Aku tidaklah nak dedahkan semua nama-nama mereka itu disini. Sekadar untuk menyatakan kebenaran dakwaan aku, maka aku bagi contoh satu nama besar yang lulus sarjana kedoktoran Sejarah seperti yang ini . Tapi percayalah, ramai yang tidak layak dipanggil Ustaz sedang berada dalam PAS.

Ada yang aku kenal tu, dia mengajar matematik kat sekolah, jadi guru biasalah.. tapi orang panggil dia ustaz juga...?

Yang nak tergelak tu, ada sorang penjawat awam, pernah kena ISA tak lama mana pun, Aku ingat hanya sebulan macam tu, kemudian dilepaskan dan dia sambung tugas lamanya di jabatan kerajaan. Aku tergamam bila buat rakaman dgnnya bersama seorang kawan sebab dia bercerita seolah-olah dia kena tahan begitu lama.... Aku jeling saja dari jauh...nasib baiklah hati ku tidak berkata-kata seperti sinetron movie Indon yang boleh didengar berbatu-batu jaraknya....Hampeh!

Gejala ini terjadi kerana PAS terlalu taksub dengan gelaran 'ustaz' yang ada pada nama seseorang. Ada juga ketikanya untuk menambahkan nilai seseorang calon pun, PAS bubuh nama ustaz kepada calonnya....Jangan kata tidak ada, ada!

Gejala yang pernah terjadi pada Umno suatu ketika dulu ialah gila mendapatkan gelaran Datuk atau DR di pangkal nama.... 

Aku kehairanan bila aku tengok ada dua orang Umno yang dah tua bangat, kelulusan MCE pun tak ada; tapi boleh dapat doctorate? 

Aku pelik masa bila diaorang ni mengaji? Bila orang tanya aku, betulkah dia tu Doktor? Aku gelak sajer dan jawab ...dia tu dulu jual air tebu tepi jalan ajer...memang pun!Bila ceramah PAS pun mai jual air tebu siap pakai kopiah puteh....

Aku teringatkan perbualan aku dengan Allahyarham Cikgu Aziz, YDP Kawasan Tambun ketika itu. Dia bekas tahanan ISA yang semasa dengannya dulu. Antara yang beliau ingatkan kepada saya ialah:

 "Cikgu, tolong berawas-awas dengan mereka yang terlepas dari tahanan ISA yang belum cukup waktunya..... mereka tu dilepaskan kerana bersetuju dengan sesuatu syarat tertentu...."

  Yang aku nak bangkitkan di sini, ialah mereka yang tak mengaji sejauh mana, ilmu tak sebanyak mana...tak pernah mengaji menghabiskan kitab secara bertalaqi dengan mana-mana guru... tapi serkup badan dengan jubah dan lilit serban atas kepala ....gah bila orang panggil korang ustaz? 

 Aku pun pelik juga dengan Kazim Elias yg buat komen dalam klip video tu... Kamu tak perlulah nak ulas ucapan  Nasarudin Daud yang dia buat sewaktu berkempun PRK Pengkalan Kubor tu. Dia maksudkan calon Umno di situ , bukan kata kat kamu pun...

 Rupa-rupanya siKazim ni mudah terasa dan tersinggung tak tentu pasal.Aku pun cubalah selidik apasal dia marah sangat tu....

Hmm..pernah menjadi pengawas dan ketua pelajar rupanya dia! Ada tak siapa-siapa penah tengok sijil diploma tahfiz Kazim? Aku akan tanya Imam Rahim, orang yg pernah mengajarnya sewaktu di Mesjid Negeri tu dulu...

  Pendidikan Mohammed Kazim Elias  sumber 
 Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tok Sajak, Batu Kurau Perak. Kemudian menyambung persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Seri Besout, Felda Gunung Besout 1, Sungkai, Perak apabila ibunya ditukarkan ke Sungkai. Menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Besout di Felda Gunung Besout 1. Disini lagi beliau telah menunjukkan ciri ciri kepimpinan apabila dilantik menjadi pengawas dan ketua pelajar dan juga mula mendekatkan diri dengan ilmu-ilmu agama melalui buku-buku yang diperoleh dari perpustakaan sekolah. 

Oleh kerana minatnya yang mendalam di dalam bidang agama, beliau telah memohon dan berjaya memasuki Sekolah Agama Syubbaniah, Batu Kurau selepas tingkatan 5 dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. 

Beliau kemudian menyambung pembelajarannya di Maahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Negeri Perak di Masjid Negeri Perak  sehingga mendapat Diploma Tahfiz Al Quran.


Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Punya la nak drag bagi lama dan panjang isu remeh jadi isu nasional...umno tak pandai memerintah negara..rosak Malaysia..habis semua cerdik pandai agamawan mufti ulama tok guru wartawan politikus gelandangan sibuk pasal anjing...hahahaha...kelakar betul..

Anonymous said...

dah tak ada komen kat blog engko ni ker Sen??

Heh heh

Anonymous said...

Cikgu tu dalam bahasa arab apa maksudnya Sen?

Alhusseyn Alhusseyn said...

Kesian aku tengok ko.penjual petai ke apa ni? Transkrip ada, klip video pun ada...masih tak boleh nak faham dan nak tanya kat aku ...nak jadi macai, biarlah cerdik sikit...tak perlu banyak mana pun...

Anonymous said...

Saudara hussin belum jawab lagi soalan saya tempohari...tak dapat jawab terus diam membisu ke saudara hussin...ke nak saya paste soalan kat entry ni pulak baru nk jawab?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...