GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, October 15, 2014

Bukan Islam Boleh Minum Arak : Haji Hadi seiya sekata dengan Khalid Samad

Kalau diteliti dan dibandingkan kenyataan Hj Hadi di sini dan kenyataan Khalid Samad di sini, tidak ada perbezaannya. Tapi kenapa Khalid Samad dikeroyok oleh dubuk-dubuk UG dan GU? Mereka tuduh Khalid sebagai Islam Liberal ?

 Cuma ada sedikit perbezaan pandangan yang ketara oleh Hj Hadi mengenai adat SATI yg telah pun dimansuhkan, tapi bukan oleh Islam.

 Khalid Samad ada menceritakan sedikit mengenainya dan saya ada memberi sedikit pandangan mengenainya.

Tidak selesa dengan amalan orang bukan Islam tidak bermakna orang Islam boleh melarang mereka mengamalkan budaya mereka, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Menjawab soalan berkaitan kontroversi pesta arak Oktoberfest, Abdul Hadi berkata sekalipun pengambilan arak dibenarkan kepada bukan Islam, tetapi ia tetap dilarang bagi orang Islam.

KENYATAAN YB KHALID SAMAD

Mengikut syariat Islam, yang sememangnya direka Allah untuk masyarakat manusia yang bersifat majmuk, orang bukan Islam boleh hidup dengan aman di bawah pemerintahan Islam. Hak mereka tidak akan dicerobohi termasuk agama mereka. Mereka tidak akan dipaksa memeluk agama Islam dan mereka dibenarkan mengikut ajaran agama mereka dengan aman damai.

 Apa yang dibenarkan oleh agama mereka untuk dimakan minum, mereka akan terus dibenarkan makan dan minum. Maka mereka dibenarkan makan makanan yang haram bagi ummat Islam seperti daging khinzir, daging binatang yang tidak disembelih atas nama Allah dan sebagainya. 

Begitu juga dengan minuman mereka. Apa yang haram bagi ummat Islam tetapi halal mengikut agama mereka, mereka tidak akan dihalang meminumnya. Termasuklah beer dan wine yang merupakan minuman arak yang memabukkan.

 Kebebasan sebegini yang dijamin syariat Islam terhadap orang bukan Islam di bawah pemerintahannya adalah di antara bukti kebenaran dan keagungan Islam. Ianya juga merupakan bukti bahawa Islam mampu memerintah Negara yang bersifat majmuk.

 ‘Ketuanan Islam’, ‘Islam agama persekutuan’ dan sebagainya bukan merupakan alasan untuk ummat Islam untuk menyimpang dari syariat sehingga prinsip hormat kepada hak bukan Islam menjadi kabur. Ianya bukan alasan untuk menekan bukan Islam sehingga memaksa mereka mengikut kehendak orang Islam. Itu merupkan Islam chauvanis seperti yang diperjuangkan ISMA.

   KENYATAAN TGHA

  "Kita tak ganggu orang bukan Islam dalam perkara yang diizin agama (mereka), selain bercanggah, yang langgar fitrah manusia. Seperti upacara bakar isteri yang kematian suami.

"Islam tak benarkan korbankan wanita bila suami mati. Ada dalam adat-adat biasa, walau tak selesa, perkara dibenar oleh agama dia, sama-sama dia. Tapi ada kawalan, jaga sensitiviti," katanya dalam satu sesi soal jawab di Gombak semalam.

KENYATAAN YB KHALID SAMAD

Pada masa yang sama, di dalam kawasan yang diperintah ummat Islam, mereka telah melihat berlakunya amalan ‘suttee’ iaitu amalan di mana janda dibakar hidup-hidup bersama jenazah suaminya apabila suaminya meninggal. 

Dia mengisahkan satu peristiwa dua orang Islam yang berkuda sedang melihat seorang janda dibawa untuk dibakar bersama jenazah suaminya. Ahli keluarga wanita malang itu menangis kesedihan. Wanita itu pun kelihatan keliru dan sedih. 


Maka salah seorang dari orang Islam tersebut bertanya kepada rakannya, “tidakkah sepatutnya kita halang amalan ini?” 


Rakannya jawab, “ianya ajaran agama mereka. Kita tidak boleh campur.” (Kecuali sekiranya janda itu memeluk agama Islam). 


Maka jawab yang pertama tadi, “Alhamdulillah syukur kita kepada Allah yang telah menentu untuk kita agama Islam yang adil dan benar yang penuh dengan rahmat”.


 Mengikut alim ini, melalui dasar tidak campur tangan dalam urusan agama lain, maka kebenaran Islam terserlah. Akhirnya amalan ‘suttee’ ini dikurangkan di kalangan masyarakat Hindu kerana terdapat wanita Hindu yang tidak ingin melakukannya. Sebahagian masyarakat Hindu memeluk Islam dan ada juga yang mengugut untuk memeluk agama Islam sekiranya terus dipaksa melakukannya.

(Penjelasan tambahan al-Husseyn : 1) Mayat penganut Hindu dibakar adalah bercanggah dengan amalan Islam yg mensyariatkan penganutnya supaya menghormati mayat dgn beberapa tatacara tertentu. Namun Islam tidak boleh melarang adat ini atau adat agama lain yang membakar mayat mereka.

2) Adat isteri yang wajib mati bersama suami ini tak wujud lagi sekarang di India. Pada 1987 seorang isteri yang kematian suami telah dibakar hidup-hidup di sebuah kampung di Rajashtan, India, yang masih berpegang kepada adat 'sehidup semati' ini. Ia menimbulkan kemarahan aktivis-aktivis wanita India yang meminta Kerajaan mengharamkan adat kuno itu. Akhirnya kerajaan negeri Rajasthan mewujudkan undang-undang yang membawa hukuman berat kepada sesiapa yang masih berpegang kepada adat sati.)


KENYATAAN TGHA

 Abdul Hadi yang juga naib ketua kesatuan ulama sedunia menjawab soalan berkaitan sejauh manakah sikap toleransi amalan masyarakat bukan Islam yang bercanggah amalan orang Islam seperti Oktoberfest.

 Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata dalam pemerintahan Islam memberi hak kebebasan agama, berbudaya dan berbahasa sekaligus tidak boleh menghalang sesuatu perkara yang diizinkan oleh Islam.

 Boleh berfoya-foya?

 Memberi contoh pendekatan kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu bahawa lesen menjual arak diberikan kepada bukan Islam tetapi dengan syarat ia dijual kepada bukan Islam sahaja.

 "Ini contoh dia. (Orang Islam) tak boleh ganggu perkara yang diizin oleh agama dia (bukan Islam). Kita tak tahu berfoya-foya (dalam) agama dia benar ke? Agama dia pun tak benar kot. Ke tak ada agama.

 "Kena ditapis, sejauh mana agama dia benarkan. Atau dia tak ada agama? Atau dia komunis? Komunis tak ada agama.


"Perkara yang diizin dalam agama dia, maka kawalan mesti dibuat supaya tidak sentuh sensitiviti penganut Islam dan agama lain yang tak setuju perkara yang sama," katanya.

Ketika zaman kemuncak kegemilangan Islam di pelbagai pelosok dunia, MP Marang itu berkata, orang Islam boleh memerintah dengan aman tanpa berlaku pertembungan agama dan budaya. SUMBER

     KENYATAAN YB KHALID SAMAD

Kebebasan sebegini yang dijamin syariat Islam terhadap orang bukan Islam di bawah pemerintahannya adalah di antara bukti kebenaran dan keagungan Islam. Ianya juga merupakan bukti bahawa Islam mampu memerintah Negara yang bersifat majmuk.

 ‘Ketuanan Islam’, ‘Islam agama persekutuan’ dan sebagainya bukan merupakan alasan untuk ummat Islam untuk menyimpang dari syariat sehingga prinsip hormat kepada hak bukan Islam menjadi kabur. Ianya bukan alasan untuk menekan bukan Islam sehingga memaksa mereka mengikut kehendak orang Islam. Itu merupkan Islam chauvanis seperti yang diperjuangkan ISMA. 

Hujjah sensitiviti dan sebagainya adalah persoalan yang boleh ditangani dalam keadaan hak bukan Islam terus dijamin. Ianya ditangani dengan dikenakan syarat tertentu ke atas penganjurnya seperti tidak dibenarkan orang Islam bersama, tidak diiklankan di kawasan dan akhbar kebiasaan orang Islam, dianjurkan di kawasan majoriti orang bukan Islam dan sebagainya.

 Namun ianya tidak boleh dihadiri orang Islam dan dari sudut perlaksanaannya dan cara ianya diurus, pihak PBT perlu memantau dan mengawal. Ini telah juga saya sebutkan dalam interview berkenaan.

Pendirian Islam yang sebegini menjadikan Islam mampu memerintah dunia yang bersifat majmuk.

Nota : Kenyataan YB Kahali diatas boleh di rujuk di sini. Tang mana salahnya kenyataan Khalid Samad hingga dicemuh dan dicerca?
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Org kapir minum arak tak berdosa ke ?

IbnAbdHalim said...

Khalid Samad salah sebab dia bukan golongan UG, itu saja. Islam hijacked!!!

Anonymous said...

apa masalah nye betul la tu..apa sal nk dihukum kn yg bkn Islam ngan hukum Islam..perlembangaan pn menghalal kn..lagi pn mesia ni negara Islam ke??

Anonymous said...

Dah depa nak minum biaq je lah.. kasi setiap minggu buat arakbest.. hidup mati dengan arak.. masalah kesan arak bergunung lah... dah kenal apa itu dap..

Anonymous said...

Salam tuan hussin dan tuan bat8...

Ulas skit kenapa DAP sarawak nk keluar PR kalau PAS nk buat hudud...jgn kaitkan dengan Umno sbb kita bukan bodoh kalau umno xde dlm malaysia ni dap setuju ke pas buat hudud?

Agak kecewa bila bukan Islam nk minum arak dap guna ayat hak asasi dan hak bukan Islam dan sy juga bersetuju dengan hak nk minum arak itu bgi bukan islam...tetapi apakah org islam tidak ada hak untuk guna hukum diorang dlm malaysia ini?...

Boleh tuan yg bijaksana ulas sikit

Alhusseyn Alhusseyn said...

Anon October 20, 2014 7:30:00 am,
1) kenapa DAP sarawak nk keluar PR kalau PAS nk buat hudud...

Apakah penentangan DAP terhadap hudud merupakan persoalan baru?.

2) jgn kaitkan dengan Umno sbb kita bukan bodoh kalau umno xde dlm malaysia ni dap setuju ke pas buat hudud?
Bodohlah kalau tak kaitkan dgn Umno! Sebab Umno laha maka Hudud tidak dapat dilaksakan di M'sia.Buat masa ini saya merasakan PAS masih boleh bekerjasama dgn DAP atas isu-isu kebajikan rakyat dan utk menjatuhkan rejim Umno yg ada.Keadaan sekarang ini pun tidak memungkinkan PAS mampu melaksanakan Hudud atau utk menukarkan perundangan yg sedia ada sbb kuasa masih ada pada Umno yg mahu terus mengekal perundangan penjajah.
Jadi kewajipan melaksanakan Hudud sebenarnya ini adalah terletak pada kuasa Umno.Kalau PAS nak laksanakan Hudud, penyokong-penyokong Umno kena beraleh menyokong PAS supaya PAS ada kuasa utk melaksanakan amanah tersebut.


2. apakah org islam tidak ada hak untuk guna hukum diorang dlm malaysia ini?...
Kamu baca ke tidak kenyataan Hj Hadi mengenai minum arak ni? Baca dulu sebelum tanya soalan yg kurang berapa cerdik ni

Anonymous said...

Ya saya dah baca kenyataan pasal arak itu yg hj hadi bukan menolak hak bukan islam untuk minum arak cuma perlu ada kawalan dalam menjaga sensitiviti...saya cuma bertanya adakah org islam tidak ada hak untuk buat apa yg ada dalam agama diorang itu sahaja tuan hussin...mana soalan yg tidak cerdiknya?ke tuan hussin tak nak jawab or tak terjawab dan terus kata soalan tak cerdik?mcm tu ke?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...