GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, October 13, 2014

Cinta Nik Abduh sudah bersambut....tunggu apa tunggu?

Annuar Musa ajak PAS sertai BN kerana dibuli

Datuk Seri Annuar Musa (BN-Ketereh) hari ini mengusik PAS dengan mengajak parti itu menyertai BN selepas kerap 'dibuli' sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

 "Saya nak tahu kenapa dalam Pakatan Rakyat, PAS dibuli sedangkan Umno pun tak buli PAS.

 "Kita dengan PAS mungkin berbeza pendapat, (tetapi) bercerai tidak.

 "Malah saya mendoakan kalau PAS banyak-banyak kena buli, marilah duduk bersama BN," kata Annuar sewaktu perbahasan Belanjawan 2015 di Parlimen hari ini.

 Annuar sebelum itu menyebut tentang rungutan MP Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) menerusi Facebook yang menuduh PKR dan DAP membuli PAS.

 Memetik kontroversi sekitar penggantungan anggota majlis PAS di Pulau Pinang, Annuar berkata BN sendiri tidak pernah membuli PAS sedemikian rupa.

Beliau kemudian memuji PAS dan pada masa yang sama, beberapa MP BN menepuk-nepuk meja sebagai tanda sokongan.9 "Kekuatan PKR dan DAP bukan datang daripada DAP dan PKR.

 "Kekuatan DAP dan PKR datang daripada PAS.

 "PAS tidak akan hancur kerana mereka 'istiqamah' dalam perjuangan mereka.

 "Yang akan hancur orang lain," katanya merujuk kepada tema muktamar PAS baru-baru ini. Baca seterusnya di sini
Comments
6 Comments

6 comments :

Ahmad Basri said...

MP umnob yg berkuasa melantik dn tabal raja kesukaan umnob ni hanya pandai merapu je.
Tidak kh dapat dia menerima hakikat bahwa kekuatan parti politik bukan terletak pada parti politik yg lain,tk kira musuh atau rakan,tapi pada rakyat yg mengundi.
Jika kekuatan terletak pada parti lain,kenapa mca,gerakan,ppp dn lainnya dlm b bengkok pada hal bergsntung pda umnob?
Umnob kata ada lbih 3 juta ahli dn merupakn parti terbesar dn kuat (kununya) dimalaysia tapi lebih dari 1/2 calon2 nya tewas pda GE 13?
Bangang!

Alhusseyn Alhusseyn said...

Salam Ahmad Basri, MCA dan Gerakan dan PPP rebah walaupun keahlian mereka ramai adalah kerana pendokong dan penyokong mereka ramai yg beralih menyokong DAP.Ini menjadikan DAP perkasa!

Adapun PAS kalau dia ingin memperkasakan parti, PAS perlu matikan Umno kerana PAS berdepan dengan Umno dlm pilihanraya. Bila Melayu sokong PAS, dgn sendirinya Umno akan tumbang. Bukan dgn cara berkawan dengan Umno atau Perkasa.

Anonymous said...

Jgn perasan sgt Pas tu kuat. Pengundi skrg majority dari golongan muda yg lebih terdedah dgn situasi semasa. Pengundi Pas dikalangan yg paku 6" dah beransur pupus.

Anonymous said...

sekarang silakan dengan keluar hormat dari Pakatan dan bergabung dengan Umno dengan segera supaya kita dapat lihat berapa ramai ahli Pas yang kekal dalam Pas atau ramai yang keluar dari Pas.Tawaran sudah di buat oleh Umno dan peluang yang di nanti nantikan oleh puak UG sudah ada depan mata.Kita mohon Hj Hadi dan mustapa Ali serta kumpulan Ug terus bertindak dengan segera.Minta juga restu TGNA agar bagunagn ini akan menjadi Parti yang kuat .Biarkan DAP dan PKR sahaja yang tinggal dalam Pakatan.hidup UMPAS

Anonymous said...

mana2 ahli pas yg berminat tunggu apa lg. sambutlah pelawaan annuar musa tu. jgn lah pulak hati teringin tapi malu nak tampil kedepan!

Anonymous said...

Teringin nak jadi menteri kabinet persekutuan la tu....UG perosak ummah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...